Langkau ke kandungan utama

Catatan

41) REZEKI SUDAH DITETAPKAN?

Salam,          Adakah benar rezeki kita sudah ditetapkan sejak dari azali?  Jika benar apa dalilnya? Lihat hadis Muslim no. 2643: Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. "       Di sini kita dapati Allah dah tetapkan rezeki kita. Kalau Fikir secara kasar rezeki dah tetap, buat apa nak usaha lebih-lebih? Kan buang tenaga je?. Dapat banyak tu juga.. .. mesti kita fikir macam tu..        Jawabannya ialah,        Allah dah tetapkan rezeki kita sekian-sekian banyak. Allah yang tahu. Tapi kita t...

40) MERASA CUKUP, KUNCI HIDUP BAHAGIA

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum   Diberi Rezeki         Ada orang diberi rezeki yang lebih, dan ada juga diberi rezeki yang kurang. Sebab itulah masyarakat itu di kelaskan mengikut kadar gaji atau hasil yang mereka perolehi.          Bagaimana kita ingin hidup bahagia dengan apa yang kita ada? Orang kaya memang ternampak bahagia dengan rumah besar, kereta mewah dan lain-lainnya. Apakah mereka benar-benar bahagia?  Tuhan saja yang mengetahuinya.          Jika anda hidup sekadarnya saja, atau miskin, apakah anda tidak boleh bahagia? Atau anda pasti tidak bahagia kerana anda miskin? Itu persoalannya.           Kata Dr. Firanda, " Jadilah engkau orang yang bersyukur, dan tinggalkan membanding-banding- kan ".  Kunci bahagia    Jadi, itu kunci bahagia. Siapa pun anda, bersyukurlah dengan apa yang ada. Berterimakasih kepada tuhan, kerana semuanya itu dari Alla...

39) Bahagia Dengan Minimalism

 Salam semua,       Di dunia yang serba serbi maju sekarang adakah hidup minima boleh membahagiakan kita? Tentu ada yang berkata ya dan ada yang berkata tidak.  Berikut adalah 15 sebab mengapa minimalism boleh membawa bahagia: 1. Mengurangkan barangan akan mengurangkan tekanan terhadap minda.     Dengan mengurangkan barangan sehingga kepada yang sepatutnya sahaja, akan mengurang perhatian kepada barangan tersebut. Ini akan mengurangkan bebanan minda. 2. Berkurangnya barangan, masa dapat difokus ke lain hal.       Kita perlu memberi perhatian kepada kenderaan kita yang banyak, contohnya. Jika kenderaan  itu dapat dikurangkan, masa yang ada boleh dihala kepada hal yang lebih baik. 3. Merehatkan minda dari keserabutan benda2         Sejenak dengan  mengosongkan minda dari hal-hal dunia, akan melegakan jiwa. Tentu saja solat terutama solat malam dapat menumpukan fokus kepada tuhan yang Esa dan mengecilkan masala...

38) Mengapa Membazir?

Salam sejahtera,                   Membazir makanan adalah satu perbuatan yang buruk. Tetapi  perkara ini tidak diambil berat oleh kebanyakan dari kita. Tidak kira di rumah, di sekolah, di majlis2, di masjid dan dimana saja, pasti berlaku pembaziran. Kenapa ini berlaku?          Baca pengalaman seseorang ini yang saya petik dari Facebook: Jerman adalah sebuah negara industri terkemuka. Di negara seperti ini, banyak yang mengira warganya hidup berfoya-foya. Ketika saya tiba di Hamburge , saya bersama kawan kawan masuk ke restoran. Kami lihat banyak meja kosong. Ada satu meja di mana sepasang anak muda sedang makan. Hanya ada 2 piring makanan dan 2 tin minuman di meja mereka. Saya bertanya dalam hati apa hidangan yang begitu simple dapat disebut romantis dan apa si gadis itu akan meninggalkan si pemuda kedekut tersebut? Kemudian ada lagi beberapa wanita tua di meja lainnya. Ketika makan...

37) APA TUJUAN HIDUP INI?

Bismillah, Alhamdulillah. Assalamu'alaikum               Sangat penting untuk kita tahu apa dan mengapa kita hidup yang kita lalui  sekarang. Ia seperti orang yang sedang main bola. Ia perlu sedar bahawa ia sedang main bola. Kerana dengan itu ia akan tahu tujuan akhir bola itu direbut-rebut , iaitu untuk menjaringkan gol. Gol itu tujuan atau matlamat bermain bola. Tujuan akhir           Begitu juga hidup. Kita mesti tahu tujuan akhir kita sebenarnya. Tapi saya dan anda tidak tahu, kecuali jika diberitahu oleh orang yang tahu. Nabi Muhammad s.a.w tau hal ini kerana ia diberitahu oleh Tuhan yang mencipta kita semua. Dia adalah petunjuk atau ikutan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.            Kata Allah, " Maka tiadalah (dinamakan) kehidupan di dunia melainkan ia permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu...

36) Kepuasan Hidup

Salam sejahtera,             Ada orang kaya, ada orang miskin. Perbezaan antara keduanya tentulah Dari segi kekayaan hartabenda dan Wang ringgit. Yang kaya memenangi segala2 nya.           Tapi ada satu hal yang belum tentu dimenangi oleh sikaya, iaitu kepuasan hidup.            Jika seseorang itu mendapat separuh saja dari harta, tetapi ia selalu bersyukur dengan apa yang ia ada,  dia telah dapat semuanya, dia akan merasa puas sehingga merasa hartanya cukup dan memuaskan hatinya. Jiwanya merasa kaya.            Tetapi seseorang yang ada harta yang penuh, wang yang banyak, tetapi tetap mahu dan mahu lagi, lupa bersyukur, ia tidak akan merasa puas.  Ia tidak dapat apa-apa sebenarnya. Jiwanya tetap tidak puas, atau jiwanya masih miskin          Ia  umpama seorang yang sakit kuat. Orang yang sakit kita pakaikan baju yang pa...

35) Puasa Melatih Kita Hidup Minima

Salam sejahtera,         Ketika saya menulis ini, Ramadan sudah masuk hari ke 25. Kita melalui bulan puasa ini dengan perasaan yang berbeza. Ada yang suka kerana bulan ini ada banyak makanan dan diakhirnya akan berpakaian baru. Ada juga yang suka kerana dapat kontrol kesihatan atau kontrol perbelanjaan.         Ada juga yang tidak suka kerana tidak dapat makan disiang hari dan bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga.           Sebenarnya, bulan Ramadan adalah bulan latihan dan bulan meraih ganjaran lumayan Dari Allah.            Di bulan ini kita diajar mengurangkan makan , mengurangkan hal yang sia2 , meninggalkan benda yang berlebihan dan menumpulan kepada amal soleh. Kita dilatih berlapar supaya merasakan susahnya orang yang susah. Kita diajar bersederhana dalam hal keduniaan supaya kita tidak tertipu olehnya dan tidak membazir.           ...