Langkau ke kandungan utama

41) REZEKI SUDAH DITETAPKAN?

Salam,



         Adakah benar rezeki kita sudah ditetapkan sejak dari azali? Jika benar apa dalilnya?

Lihat hadis Muslim no. 2643:

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. "

     Di sini kita dapati Allah dah tetapkan rezeki kita. Kalau Fikir secara kasar rezeki dah tetap, buat apa nak usaha lebih-lebih? Kan buang tenaga je?. Dapat banyak tu juga.. .. mesti kita fikir macam tu..



       Jawabannya ialah,

       Allah dah tetapkan rezeki kita sekian-sekian banyak. Allah yang tahu. Tapi kita tak tahu. Berapa banyak, dimana dan bila. Kita tak tahu. Masa kita masih sekolah kita tak tahu apa kerja kita nanti, berapa gaji kita. Tapi kita ada akal lalu berusaha ikut kehendak kita. Maka akhirnya dapat kerja dan gaji. Kita yang pilih kerja kita tu, tiada siapa paksa, tidak juga Allah yang paksa. Jadi adakah kita nak salahkan Allah sebab tetapkan rezeki kita? Padahal kita yang gunakan akal dan kudrat kita sendiri memilih dan berusaha. Allah tak kawal usaha kita. Kita sendiri yang kawal.

        Jadi apa maksud rezeki sudah ditetapkan sebenarnya? Maksudnya ialah, itu urusan Allah yang maha bijaksana. Bukan urusan kita. Urusan kita ialah menggunakan akal yang diberi untuk mencari dan berfikir mencari rezeki. Perbuatan atau usaha itu kerja kita. Tapi apa akhirnya yang kita dapat itu urusan Allah. Jangan kita masuk campur dalam urusan Allah. Kalau kita masuk campur urusan Allah hidup kita akan rosak, hati kita akan rosak.


Apa faedah rezeki itu ditetapkan?

         Kita  tak tau rezeki kita banyak mana. Ada orang usaha dapat banyak ada orang usaha juga dapat sikit. Hati kita memang nak banyak tak mau yang sikit   tapi Allah tetapkan banyak mana rezeki kita. Apa faedahnya?

        Faedahnya hanya ada kalau kita orang beriman. Iaitu kita beriman dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita. Jadi kita serah pada Allah maka hati akan tenang. Tidak gelabah tidak marah-marah dan berdengki. Serahan hati kita pada Allah itu Allah nak gantikan dengan syurga.

       Tapi kalau kita tak beriman, hati jadi gelabah, runsing, merajuk,  jauh hati dan stress. Itu pentingnya beriman kepada qadar Allah. Lagipun susah tidak akan selamanya. 


Bagaimana Hidup Dengan Tenang?

        Realitinya kita lihat ada orang kaya ada orang miskin. Allah yang tetapkan dia miskin jika menurut hadis diatas. Adilkah ini? Tenangkah hati orang miskin?

        Benar ada orang miskin dimana2. Dan ada orang kaya dimana-mana. Tapi ingat disisi Allah kaya atau miskin tak bermakna ia mulia atau hina. Kaya tak semesti mulia, miskin tak mesti hina.


Lihat surah Al Anbiya:35,



"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan."


        Jadi miskin dan kaya itu adalah ujian sebenarnya. Kaya itu ujian, miskin pun ujian. 

        Apa ujian orang kaya? Syukur. Itu ujiannya. Apakah ia bersyukur dengan menafkahkan sebahagian hartanya? Dan merendahkan  hatinya kepada Allah iaitu pemberi kekayaannya. Ramai orang lupa diri bila kaya.

         Apa ujian orang miskin? Sabar. Itu ujiannya. Adakah ia bersabar sehingga ia tak menyalahkan     sesiapa kerana kemiskinannya?      Adakah ia dapat menahan tangannya dari mengambil harta orang lain? Itu ujiannya.

          Jika orang tahu apa sikap yang patut ada bila ia diuji , ia akan tenang. Dia tahu itu semua ujian. Kaya boleh hilang. Miskin bukan selama-lamanya. Lagipun kaya bukan mesti mulia miskin bukan bererti hina.



Siapakah Orang Yang Mulia?

         Siapakah orang yang mulia? Apa dalilnya:



" Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13).


            Jadi kaya bukan ukuran mulia. Sebab kalau kaya ukuran mulia, Qarun lebih mulia dari nabi- nabi. Sebab kebanyakan nabi adalah miskin harta. Tapi Qarun jatuh dalam kehinaan. Sedang nabi Musa Allah muliakan.

         Taqwa itu ukuran mulia. Bagaimana ? Iaitu jika dia kaya apa dia buat dengan kekayaan itu, itu ukuran taqwa. Iaitu adakah dia syukur. Jika dia miskin apa sikap dia dengan kemiskinannya itu ukuran taqwa. Iaitu adakah  dia sabar.

   

Kesimpulan

       Kesimpulannya , kaya atau miskin itu semua ujian dari Allah. Allah boleh nak jadikan semua orang kaya. Boleh je. Tapi tidak  , Dia jadikan ada miskin ada kaya. Itu untuk menguji manusia yang berakal. Kerana selepas itu Dia nak kurniakan balasan yang setimpal dengan ujian yang Dia berikan. Balasan syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Atau balasan neraka yang apinya mendidihkan otak-otak kita.

      Maha suci Allah.


Padang Jawa,

30/3/23

                 




       

      





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...