Langkau ke kandungan utama

36) Kepuasan Hidup

Salam sejahtera,



            Ada orang kaya, ada orang miskin. Perbezaan antara keduanya tentulah Dari segi kekayaan hartabenda dan Wang ringgit. Yang kaya memenangi segala2 nya.

          Tapi ada satu hal yang belum tentu dimenangi oleh sikaya, iaitu kepuasan hidup.

           Jika seseorang itu mendapat separuh saja dari harta, tetapi ia selalu bersyukur dengan apa yang ia ada,  dia telah dapat semuanya, dia akan merasa puas sehingga merasa hartanya cukup dan memuaskan hatinya. Jiwanya merasa kaya.

           Tetapi seseorang yang ada harta yang penuh, wang yang banyak, tetapi tetap mahu dan mahu lagi, lupa bersyukur, ia tidak akan merasa puas.  Ia tidak dapat apa-apa sebenarnya. Jiwanya tetap tidak puas, atau jiwanya masih miskin

         Ia  umpama seorang yang sakit kuat. Orang yang sakit kita pakaikan baju yang paling mahal sekalipun, apalah guna baginya. Sakitnya itu menyebabkan baju yang mahal tak memuaskan hatinya. Begitu juga harta yang menimbun.

           Tetapi jika orang yang sihat, makan yang murah, baju yang murah, dan kenderaan yang seadanya, memuaskan hatinya. Semua itu cukup baginya kerana ia dapat hidup sihat walaupun seadanya.

            Kerana Allah tak jadikan harta dunia ini memberi ketenangan. Kalau tidak, mengapa kita lihat orang kaya lagi terkenal masih lagi kusut hidupnya, hisap dadah, bunuh diri dan membunuh orang lain?

           Sebaliknya dengan hidup minima, bersyukur dan berinfak menjadi kan hati puas dan tenang.

          Kita lihat orang kaya yang sudah keseluruh dunia berjalan, masih merasa  tak tenang. Akhirnya ia hidup seperti hidup orang miskin baru  ia merasa tenang. Ia hidup dihujung kampung, berbasikal dan mencari ikan disungai seperti orang miskin, baru ia rasa ketenangan. Contohnya.

         Apa sebab kaya itu bukan alat ketenangan dan kepuasan? Sebab Allah tak takdirkan harta dan takhta punca ketenangan. Harta itu punca kesibukan. Tetapi syukur, sedekah, Ibadah dan berkorban untuk Allah itu punca ketenangan dan kepuasan.
         
         
           Kerana hidup ini adalah jambatan sahaja untuk menuju ke alam akhirat. Sebab itu bukan kerja kita untuk mengumpul harta dan Wang sebanyak2 nya. Itu hanya alat. Yang akan kita bawa untuk bertemu Allah ialah jiwa yang tenang



Padang Jawa.
19/7/19
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...