Langkau ke kandungan utama

35) Puasa Melatih Kita Hidup Minima

Salam sejahtera,


        Ketika saya menulis ini, Ramadan sudah masuk hari ke 25. Kita melalui bulan puasa ini dengan perasaan yang berbeza. Ada yang suka kerana bulan ini ada banyak makanan dan diakhirnya akan berpakaian baru. Ada juga yang suka kerana dapat kontrol kesihatan atau kontrol perbelanjaan.


        Ada juga yang tidak suka kerana tidak dapat makan disiang hari dan bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga.


          Sebenarnya, bulan Ramadan adalah bulan latihan dan bulan meraih ganjaran lumayan Dari Allah.


           Di bulan ini kita diajar mengurangkan makan , mengurangkan hal yang sia2 , meninggalkan benda yang berlebihan dan menumpulan kepada amal soleh. Kita dilatih berlapar supaya merasakan susahnya orang yang susah. Kita diajar bersederhana dalam hal keduniaan supaya kita tidak tertipu olehnya dan tidak membazir.


          Apabila kita mengurangkan hal2 yang berbentuk nikmat dunia, kita disuruh pula menambahkan amal soleh seperti solat,  sedekah , istighfar dan baca Quran. Ini dijanjikan pula dengan ganjaran yang besar iaitu syurga yang indah.


        Begitulah juga proses hidup minima seorang Muslim. Minimalist Muslim cukup dengan yang minima dalam hal2 fizikal. Dengan itu diharap dapat menumpukan perhatiannya kepada hal yang lebih penting dan berguna. Seperti kasih sayang sesama manusia, ibadah , sedekah dan kesihatan.


          Sesungguhnya Ramadan adalah bulan latihan hidup minima. Supaya kembali kepada fitrah kita yang asal.




Padang Jawa.
30/5/19


       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...