Langkau ke kandungan utama

37) APA TUJUAN HIDUP INI?

Bismillah,
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum 

             Sangat penting untuk kita tahu apa dan mengapa kita hidup yang kita lalui  sekarang. Ia seperti orang yang sedang main bola. Ia perlu sedar bahawa ia sedang main bola. Kerana dengan itu ia akan tahu tujuan akhir bola itu direbut-rebut , iaitu untuk menjaringkan gol. Gol itu tujuan atau matlamat bermain bola.

Tujuan akhir

          Begitu juga hidup. Kita mesti tahu tujuan akhir kita sebenarnya. Tapi saya dan anda tidak tahu, kecuali jika diberitahu oleh orang yang tahu. Nabi Muhammad s.a.w tau hal ini kerana ia diberitahu oleh Tuhan yang mencipta kita semua. Dia adalah petunjuk atau ikutan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.





           Kata Allah, " Maka tiadalah (dinamakan) kehidupan di dunia melainkan ia permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa".
(Al An'am:32)




          Kenapa dikatakan hidup ini permainan yang sia- sia? Kerana ia satu hidup yang bukan semata- mata hidup sebenarnya. Jika  kita hidup ini semata-mata untuk hidup tanpa memikirkan hari akhirat, maka itu dipanggil permainan yang sia-sia. Di dunia ini tempat kita diuji sebenarnya . Samada kita kaya atau miskin, pandai atau tidak, senang atau payah, atau  apa saja. Semuanya diuji. Allah nak lihat siapakah yang paling baik amalannya. 


Tertipu

       Jika kita tidak faham, ia jadi seperti satu permainan yang sia- sia sahaja. Kita ditipu oleh hidup kita sebenarnya.

          Pemimpin tertipu dengan kuasa yang ia ada. Sebelum berkuasa cakap bukan main manis. Bila berkuasa, ia jadi lain.

          Ulama tertipu dengan ilmu dan pengikutnya. Bila ia sudah menjadi selebriti, ia bukan lagi ulama yang memimpin ummat. Keutamaannya sudah lari dari yang asal. Kadang-kadang  ia terpengaruh dengan politik, kadang-kadang ia lalai dengan kemewahan.


             Orang kaya tertipu dengan kekayaan. Sudah ada satu juta, mahu dua juta, 3 juta dan lagi dan lagi. Habis usianya hanya untuk mengejar wang dan harta sahaja.


             Orang miskin yang tertipu pun ada juga. Mereka kecewa sehingga melampaui batas kekufuran. Sehingga sanggup berbuat apa saja walaupun terpaksa menggadaikan aqidah sendiri.


          Sedangkan kaya dan miskin itu adalah ujian bagi seseorang. Jika yang kaya berinfak dengan kekayaannya dengan ikhlas , ia lulus ujian. Jika si miskin sabar dan berusaha tanpa putus asa, ia lulus ujiannya. Kaya dan miskin bukan ukuran di sisi Allah, tetapi apa yang ia respon dengan kekayaan atau kemiskinan itu menjadi ukuran Allah.


              Suami atau isteri tertipu apabila ia mengabaikan tanggungjawab masing-masing  tetapi mengutamakan perkara yang lain yang bukan keutamaannya.

         
            Begitu juga pemuda-pemudi tertipu bila ia lupa dan lalai dari beribadat. Ia merasa takkan mati muda. Ia merasa hidup mahu  seronok sahaja.


            Begitu lah jika seseorang tidak tahu ke mana hendak menendang bola kehidupannya. Ia tidak tahu dimana gol yang sebenarnya.


            Tetapi Allah sudah beri jawapan. Katanya, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah menyembah Ku". (Azzariyat:56)


          Beribadah dengan makna yang luas iaitu memulakan setiap aktiviti kita dengan zikrullah dalam perkara  yang diredhai Allah sahaja. Menunaikan setiap  ibadah yang wajib dan ditambah dengan yang sunat. Setiap kerja dan amal yang soleh mesti disertakan dengan keikhlasan kepada Allah . Dan mengikut  petunjuk rasul s.a.w.

      Ya, inilah gol yang kita cari-cari. Tujuan hidup kita yang paling penting ialah menyembahNya, mengesakanNya serta tidak mensyirikkanNya.


           Itulah gol, itulah kerja kita. Selain daripada itu kita beraktiviti dengan segala macam bentuk aktiviti yang sesuai dengan diri masing-masing dengan menjadikan panduan al quran dan sunnah nabi sebagai jalan hidup kita.


Persinggahan

          Hidup ini persinggahan seperti pengembara yang singgah berehat. Destinasi hidup adalah bertemu tuhan untuk dibalas apa saja yang kita buat semasa hidup ini. Oleh itu sekali lagi, hiduplah seperti yang Tuhan kehendaki bukan seperti yang kita kehendaki

Semoga bermenafaat.





Padang Jawa
5/8/19



           


         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...