Langkau ke kandungan utama

40) MERASA CUKUP, KUNCI HIDUP BAHAGIA

Bismillah.

Alhamdulillah.

Assalamu'alaikum  




Diberi Rezeki

        Ada orang diberi rezeki yang lebih, dan ada juga diberi rezeki yang kurang. Sebab itulah masyarakat itu di kelaskan mengikut kadar gaji atau hasil yang mereka perolehi. 

        Bagaimana kita ingin hidup bahagia dengan apa yang kita ada? Orang kaya memang ternampak bahagia dengan rumah besar, kereta mewah dan lain-lainnya. Apakah mereka benar-benar bahagia?  Tuhan saja yang mengetahuinya.


         Jika anda hidup sekadarnya saja, atau miskin, apakah anda tidak boleh bahagia? Atau anda pasti tidak bahagia kerana anda miskin? Itu persoalannya.


          Kata Dr. Firanda, " Jadilah engkau orang yang bersyukur, dan tinggalkan membanding-banding- kan ". 


Kunci bahagia

   Jadi, itu kunci bahagia. Siapa pun anda, bersyukurlah dengan apa yang ada. Berterimakasih kepada tuhan, kerana semuanya itu dari Allah, baik sedikit atau pun banyak. Baik yang senang atau yang susah. Dengan itu beban itu tidak lagi terpikul oleh anda seorang, tetapi ada Allah yang maha pengasih tempat mengadu.


Jangan membanding- bandingkan

          Dan jangan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain, kelak akan menekan jiwa. Baik mengenai harta, wang atau pangkat. Lalui saja dan nikmati saja apa yang ada tanpa berkeluh-kesah.


Ada kesenangan

Firman Allah,


        Percayalah, setelah kesusahan ada kesenangan. Syaratnya bersabar dan bersusah-susah dahulu. Ini telah dibuktikan oleh ramai orang.


       Jadi, bahagia itu tidak wajib mesti kaya. Sebab bahagia itu barang yang seni, sebab itu didalam doa , ada doa supaya kaya. Kaya disitu bukan hanya kaya harta, tetapi termasuk kaya hati. Iaitu hati yang cukup dan syukur dengan setiap apa yang ia ada.

     

     Ini bukan bermaksud kita tak payah bekerja, bukan. Kerana kerja itu amalan anggota yang perlu. Sedangkan dalamasa yang sama, syukur dan sabar itu amalan hati. Ia kena berjalan serentak.


        Kata imam Syafi'e, "Sekiranya kau memiliki hati yang qana'ah (cukup) , kau dan raja sama saja" .


    Ya, anda berasa lapang dan akur dengan kehidupan anda, tidak tergiur dengan apa yang ada di tangan orang lain. Yang penting anda mengawal diri anda sendiri. Bukannya ' Biar papa, asal bergaya'. Itu membunuh diri sendiri.


           Hidup sekadarnya atau hidup minima itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

            

Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.






Padang Jawa.

16/2/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...