Langkau ke kandungan utama

39) Bahagia Dengan Minimalism

 Salam semua,





      Di dunia yang serba serbi maju sekarang adakah hidup minima boleh membahagiakan kita? Tentu ada yang berkata ya dan ada yang berkata tidak. 


Berikut adalah 15 sebab mengapa minimalism boleh membawa bahagia:


1. Mengurangkan barangan akan mengurangkan tekanan terhadap minda.

    Dengan mengurangkan barangan sehingga kepada yang sepatutnya sahaja, akan mengurang perhatian kepada barangan tersebut. Ini akan mengurangkan bebanan minda.


2. Berkurangnya barangan, masa dapat difokus ke lain hal.

      Kita perlu memberi perhatian kepada kenderaan kita yang banyak, contohnya. Jika kenderaan  itu dapat dikurangkan, masa yang ada boleh dihala kepada hal yang lebih baik.


3. Merehatkan minda dari keserabutan benda2

        Sejenak dengan  mengosongkan minda dari hal-hal dunia, akan melegakan jiwa. Tentu saja solat terutama solat malam dapat menumpukan fokus kepada tuhan yang Esa dan mengecilkan masalah-masalah  dunia.


4. Dengan Minimalism itu anda melihat dunia ini simple dan jelas.

   Pandangan dan praktis ini dapat merehatkan minda anda dari bebanan dunia yang tak berkesudahan ini.


5. Meringkaskan hidup anda akan secara alami membahagia kan anda.

         Hidup dibawah jadual yang ketat pasti membebankan jiwa. Kita perlu masa terluang untuk kerehatan fizikal dan minda.


6. Hidup dengan tekanan kerja pasti menyebabkan bebanan di jiwa.

      Kurang kan bebanan yang berlebihan. Hidup secara mudah. 


7. Fokus kepada jiwa ,bukan material.

         Minda, tubuh dan jiwa memerlukan latihan untuk menjadi bahagia. Ia perlu input yang sihat supaya mencapai kebahagiaan sebenar.Solat,  baca quran , berzikir dan beramal adalah keperluan diri manusia.


8. Keseimbangan dalam semua hal.

         Setiap hal perlukan masanya yang tertentu. Seimbangkan masa untuk bekerja, beribadah, bersama keluarga dan beriadah. Pasti anda bahagia.


9. Dengan barangan yang kurang, kurang kerja2 pembersihan.

         Dengan itu anda ada masa untuk melakukan hal2 lain. Dermakan barangan yang tidak dipakai.


10. Kurangnya barangan bermakna anda lebih senang bergerak.

      Banyaknya barangan menyebabkan kita perlu kenderaan yang lebih besar untuk bergerak. Ini menyusahkan diri.

         Biarlah kita  berasa lapang, dan mudah kemana-mana.


11. Kurangkan masa dengan teknologi media sosial yang mengikat anda.

Tutup tv, tutup hp anda. Pergilah keluar rumah, pergi ke majlis ilmu ,pijak rerumput dan berjalan .


12. Alihkan fokus kepada hubungan sesama keluarga atau kawan-kawan.

      Kebahagiaan bukan datang dari banyaknya barangan, tetapi dari hubungan baik sesama manusia dan kepada Allah.


13. Berhenti dari kesibukan, tumpukan kepada jiwa anda sendiri.

      Dengan menilai sendiri anda diri , baik dan buruknya, menyucikan jiwa dari karat dosa, pasti kebahagiàn akan datang.


14. Beri masa untuk bersama keluarga.

          Perbualan,  bertukar fikiran, bertanya masalah sesama keluarga itu lebih membahagiakan. Bukan dengan banyaknya perhiasan dan barang-barang.

        

15. Minimakan barangan seperti kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya.

     Utamakan kebaikan, pengorbanan, ambil peduli dan lain-lain Memori-memori itu tetap menjadi kenangan yang bahagia.


     Pendek kata, barangan yang kita kumpulkan tidak semestinya membawa bahagia. Bahkan kadangkala ia membebankan.


        Utama hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan.


Padang Jawa

18/10/21

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...