Langkau ke kandungan utama

Catatan

35) Puasa Melatih Kita Hidup Minima

Salam sejahtera,         Ketika saya menulis ini, Ramadan sudah masuk hari ke 25. Kita melalui bulan puasa ini dengan perasaan yang berbeza. Ada yang suka kerana bulan ini ada banyak makanan dan diakhirnya akan berpakaian baru. Ada juga yang suka kerana dapat kontrol kesihatan atau kontrol perbelanjaan.         Ada juga yang tidak suka kerana tidak dapat makan disiang hari dan bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga.           Sebenarnya, bulan Ramadan adalah bulan latihan dan bulan meraih ganjaran lumayan Dari Allah.            Di bulan ini kita diajar mengurangkan makan , mengurangkan hal yang sia2 , meninggalkan benda yang berlebihan dan menumpulan kepada amal soleh. Kita dilatih berlapar supaya merasakan susahnya orang yang susah. Kita diajar bersederhana dalam hal keduniaan supaya kita tidak tertipu olehnya dan tidak membazir.           ...

34) Mengapa Kami Mengajak Kepada Hidup Minima?

Salam sejahtera,                     Sehingga setakat ini, saya telah memaparkan 33 artikel mengenai hidup minima. Tapi mengapa? Apa tujuan saya? Apa motif saya? Ya, selain dari mengajak kepada hidup yang lebih tenang, mengurangkan kos hidup, mengalihkan tumpuan kepada hal yang lebih utama, ada satu hal yang penting yang harus kita ambil tahu. Iaitu kemurkaan Tuhan!              Apa hubungannya dengan kemurkaan Tuhan? Ya, iaitu apabila kita bermewah- mewahan sehingga melampaui batas dan mengabai kan orang2 susah dan miskin. Sila baca fakta dibawah: Kemewahan Makanan dan Akibatnya Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, di tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki di...

33) 8 Cara Minimalism Menjimatkan Perbelanjaan

Salam sejahtera,            Pendapatan seseorang tidak sama. Ada yang banyak, ada yang sedikit. Seseorang yang mengamalkan minimalism, akan dapat menjimatkan perbelanjaannya.           Saya senaraikan 8 cara bagaimana minimalism dapat menjimatkan perbelanjaan: 1. Menjual barang yang tak perlu.              Minimalist tidak menyimpan barang berlebihan yang tak perlu. Barang ini boleh dijual kepada orang yang mahukannya.  Ini memberi pulangan kepada tuanpunya, walaupun berapa harganya. 2. Kurangnya pembelian.           Oleh kerana minimalist hanya memiliki barang yang kurang atau secukupnya, tidak berlebihan,maka pembelian turut berkurang. Barang yang sudah ada tidak ditambah lagi. 3. Tidak menyimpan barang berlebihan.            Bila kita menyimpan barangan sebagai stok secara berlebihan, ini menyebabkan perbelan...

32) 6 Cara Mudah Memulakan Gaya Hidup Minima.

Salam sejahtera,          Anda mungkin sudah membaca apakah maksud hidup_minima , dan apa kebaikannya untuk hidup kita yang singkat ini. Dengan masa yang terhad, wang ringgit dan tenaga yang terhad, kita memerlukan gaya hidup ini yang dapat memaksimakan tenaga, masa dan wang kita kepada hal yang lebih perlu dan penting sahaja.           Mungkin anda teruja hendak merasakan dan memulakan gaya hidup ini dalam rumahtangga anda. Tapi tak tau nak memulakannya bagaimana. Bila? Apa?               Tak kira anda siapa, gaya hidup minima sesuai untuk siapa saja. Mari saya berikan anda 6 tips yang mudah untuk anda memulakan gaya hidup minima hari ini juga: 1.Pastikan anda memiliki barangan yang diperlukan sahaja.           Sebenarnya barangan seperti pakaian, buku, alat2 elektrik dan barang hiasan yang kita perlukan hanya sedikit sahaja. Ada pakaian yang kita ada, tidak ...

31) Kenapa Perlu Pakaian Yang Sedikit?

Salam sejahtera,            Semua pencinta minimalism,           Anda pernah pindah rumah? Saya, sejak seminggu yang lepas, telah berpindah ke kediaman yang baru. Saya dapati antara barang yang banyak dan berat ialah pakaian. Ia sangat meletihkan untuk membawanya.           Kebanyakan orang tidak memandang banyaknya jumlah pakaian , sebagai satu beban dan akan memakan masa dan tenaga kita. Sebenarnya,  pakaian yang terlampau banyak, menjadi beban kepada kita. Mengapa kita hanya memerlukan pakaian yang sedikit sahaja?                     Dengan sedikitnya pakaian ia akan menjimatkan Wang, masa dan tenaga kita.          Saya ada beberapa tips bagaimana untuk memiliki pakaian yang sedikit: 1. Selepas anda tahu apa kebaikan jika pakaian anda cukup dengan keperluan anda, buatlah keputusan segera. Kurangkan pakai...

29) Sebuah Video Minimalism

Salam sejahtera,       Berikut adalah sebuah video mengenai hidup_minima, tujuh masalah yang boleh diselesaikan dengan cara mengurangkan barangan yang kita miliki.  Oleh Joshua Becker.           Selamat menonton! https://youtu.be/Urlygyu9vGU Padang Jawa, 21/3/19

28) Kesan Diderot

  The Diderot Effect states that obtaining a new possession often creates a spiral of consumption which leads you to acquire more new things. As a result, we end up buying things that our previous selves never needed to feel happy or fulfilled. Denis Diderot, discoverer of the Diderot Effect Denis Diderot as depicted by Louis-Michel van Loo in 1767. In this painting Diderot is wearing a robe similar to the one that prompted his famous essay on the Diderot Effect. Why We Want Things We Don’t Need Like many others, I have fallen victim to the Diderot Effect. I recently bought a new car and I ended up purchasing all sorts of additional things to go inside it. I bought a tire pressure gauge, a car charger for my cell phone, an extra umbrella, a first aid kit, a pocket knife, a flashlight, emergency blankets, and even a seatbelt cutting tool. Allow me to point out that I owned my previous car for nearly 10 years and at no point did I feel that any of the previously mentioned items were ...