Langkau ke kandungan utama

32) 6 Cara Mudah Memulakan Gaya Hidup Minima.

Salam sejahtera,





         Anda mungkin sudah membaca apakah maksud hidup_minima , dan apa kebaikannya untuk hidup kita yang singkat ini. Dengan masa yang terhad, wang ringgit dan tenaga yang terhad, kita memerlukan gaya hidup ini yang dapat memaksimakan tenaga, masa dan wang kita kepada hal yang lebih perlu dan penting sahaja.


          Mungkin anda teruja hendak merasakan dan memulakan gaya hidup ini dalam rumahtangga anda. Tapi tak tau nak memulakannya bagaimana. Bila? Apa?

   
          Tak kira anda siapa, gaya hidup minima sesuai untuk siapa saja. Mari saya berikan anda 6 tips yang mudah untuk anda memulakan gaya hidup minima hari ini juga:


1.Pastikan anda memiliki barangan yang diperlukan sahaja.

          Sebenarnya barangan seperti pakaian, buku, alat2 elektrik dan barang hiasan yang kita perlukan hanya sedikit sahaja. Ada pakaian yang kita ada, tidak pernah dipakai selama setahun. Ini sebenarnya pakaian yang sudah berlebihan dan tidak perlu.

        Jadi, pastikan kita hanya memiliki barangan yang perlu saja dalam rumah kita. Yang berlebihan itu tidak diperlukan. Ianya boleh di berikan kepada orang yang memerlukannya atau dijual.

         Pasti rumah lebih lapang, bersih dan menenangkan.


2. Biar kawan yang sedikit, tapi berkualiti.

          Banyak sahabat tapi hanya mendorong kepada keburukan tidaklah berguna. Cukuplah bersahabat dengan yang sedikit tetapi boleh mendorong hidup yang baik samada dari sudut dunia mahupun akhirat.


           Sahabat yang baik membawa kebahagiaan , saling membantu dalam susah dan senang.


3. Hanya melakukan aktiviti yang berguna.


         Di dalam hidup yang singkat ini, kita sepatutnya memilih aktiviti yang berguna bagi diri kita sahaja. Tinggalkan aktiviti yang melalaikan, kerana wang, tenaga dan masa kita adalah terhad.

         Berbuat baiklah untuk diri sendiri dan untuk orang lain. Apa yang baik dan apa yang buruk haruslah dipelajari.



4. Memiliki pakaian yang benar2 dipakai sahaja.

           Kita sebenarnya hanya memerlukan beberapa helai pakaian saja untuk dipakai. Pilihlah pakaian yang paling kita suka dan akan dipakai. Selainnya hanya membuatkan almari kita padat dan memeningkan kepala.  Yang lainnya boleh didermakan atau dijual saja.


5.  Berkunjung ke tempat yang penting sahaja.


              Ada sesetengah tempat yang tidak memberi banyak faedah untuk dikunjungi. Seperti tempat2 hiburan, pesta2 dan sebagainya.

           Pastikan kita gunakan Wang, masa dan tenaga kita ketempat yang berfaedah. Contohnya tempat ilmu diajarkan.



6. Tidak menghabis Wang dan tenaga semata2 kerana mau menunjuk2.


         Seorang minimalis tidak perlukan cara hidup yang menunjuk2 samada dalam hartanya atau statusnya. Walaupun dia seorang yang kayaraya.


          Hidupnya cukup sederhana. Pakaian, rumah, kenderaan , hiasan dan gayanya cukup simple. Dia tidak mau membebankan otaknya dengan hal yang remeh-temeh. Hidup cukup sekadar keperluan, dan tumpuannnya adalah kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.


         Mahu bersama saya melayari hidup yang simple ini?





Padang Jawa,
17/4/19
       




           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...