Langkau ke kandungan utama

31) Kenapa Perlu Pakaian Yang Sedikit?

Salam sejahtera,
           Semua pencinta minimalism,





          Anda pernah pindah rumah? Saya, sejak seminggu yang lepas, telah berpindah ke kediaman yang baru. Saya dapati antara barang yang banyak dan berat ialah pakaian. Ia sangat meletihkan untuk membawanya.


          Kebanyakan orang tidak memandang banyaknya jumlah pakaian , sebagai satu beban dan akan memakan masa dan tenaga kita. Sebenarnya,  pakaian yang terlampau banyak, menjadi beban kepada kita. Mengapa kita hanya memerlukan pakaian yang sedikit sahaja?
       



            Dengan sedikitnya pakaian ia akan menjimatkan Wang, masa dan tenaga kita.


         Saya ada beberapa tips bagaimana untuk memiliki pakaian yang sedikit:


1. Selepas anda tahu apa kebaikan jika pakaian anda cukup dengan keperluan anda, buatlah keputusan segera. Kurangkan pakaian berlebihan. Supaya ia menjadi kenyataan yang dapat anda rasakan dalam hidup anda. Dan keadaan almari pakaian anda pun turut berubah.



2. Utamakan kualiti pakaian bukannya kuantiti. Dengan memiliki pakaian yang sedikit, anda jadi lebih mampu membeli pakaian yang berkualiti. Tetapi tidak perlu banyak.

       

3. Dengan sedikitnya pakaian, anda boleh memilih dan memiliki pakaian yang anda suka sahaja. Yang anda tak berminat tidak perlu dibeli.

       Salah satu kebaikannya, bila anda membuka almari pakaian, semua yang ada adalah baju yang anda minat, tersusun kemas dan tidak berserabut.


4. Jika anda berminat dengan warna tertentu, dengan sedikitnya pakaian, anda boleh melebihkan warna2 yang anda suka sahaja. Tidak perlu yang penuh berwarna-warni.


5.Tetap dengan stail dan gaya anda yang tersendiri. Tidak petlu berubah2 mengikut fesyen semasa. Anda suka gaya anda, anda bebas dengannya, tak perlu terikut2 dengan orang lain.



           Anda tak perlu pakaian yang banyak untuk hidup gembira sebenarnya. Pakaian yang banyak bermakna anda perlu wang yang banyak , tenaga untuk mencuci dan masa untuk menjaganya.


          Jom bersama saya dengan pakaian yang sedikit.



Padang Jawa,
24/3/19



Anda ada pendapat? Emelkan ke

wamon2017@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...