Langkau ke kandungan utama

Catatan

26) 9 Sebab Mengapa Harta Tidak Membawa Kebahagiaan

Salam sejahtera,               Membeli dan mengumpul barangan fizikal tidak lah mampu memenuhi keinginan kita mencapai kebahagiaan. Ia mungkin benar bagi sebahagian manusia, tetapi ia hanyalah dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Ianya sementara sahaja. Mengapa?             Saya mengumpulkan 9 sebab mengapa memiliki barangan fizikal secara berlebihan tidak membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan yang kekal: 1. Ianya akan pudar.               Semua benda2 adalah bersifat sementara secara alami. Ia mungkin cantik, berkilat dan nampak baru semasa didalam stor. Bila saja bungkusannya dibuka, ia mulai pudar, lusuh dan akan rosak pada satu masa nanti. 2. Sentiasa ada yang baru.             Hari ini sesuatu itu mungkin yang terbaru, gaya terkini atau teknologi terbaru. Tetapi gaya dan teknologi sentiasa berubah. Hari ini kita memb...

25) 6 Sebab Mengapa Perlu Hidup Minima

Salam sejahtera,                    Dua tahun lalu saya mengambil keputusan untuk mengamalkan cara hidup minima. Walaupun ianya berjalan sedikit demi sedikit mengikut kefahaman dan kesanggupan diri sendiri.           Pada mulanya, sebabnya hanya ringkas iaitu mengapa saya perlu menyimpan barangan yang saya tak perlukan? Ia membuang masa dan tenaga.            Ianya tidak membawa saya lebih gembira dan tenang. Bahkan ianya menghalang saya dalam banyak hal yang lebih utama.              Oleh itu tiada lain caranya kecuali mengurangkan barangan yang tidak perlu dari rumah dan hidup saya.  Dan menumpukan tenaga yang ada kepada hal lain yang bukan berbentuk fizikal.            Hidup_minima bagi saya bukanlah hanya suatu perkataan yang tiada apa2. Ianya adalah satu cara hidup yang lebih baik kerana i...

24) Soal Ini Sebelum Membeli.

Salam,                                                                         Kita hidup di dalam dunia yang dipenuhi dengan janji2 konsumerism. Janji2 yang manis. Seperti:      - Untuk menarik perhatian seorang gadis, belikan pewangi ini.      - Supaya rumah jadi ceria, beli televisyen ini.       - Untuk menarik perhatian kawan2, beli jam ini.        -Untuk hidup yang lebih aman, belilah rumah yang besar ini.        - Supaya semua orang menoleh, beli kereta ini              Kata2 seperti ini telah kita hadam hari2. Walaupun mungkin kita tak mahu, ianya tetap ada disekeliling kita. Sehingga ia sedikit sebanyak mempengaruhi kita dalam membuat keputusan secara sedar atau t...

23) Halal Yang Di Hisab

Salam,                                Hidup minima bukan saja kerana kebaikan yang kita dapat semasa kita hidup sehari2, seperti lapangnya ruangan dan ringannya bebanan, tetapi ia berkait dengan kehidupan kita selepas mati.           Bagaimana?           Ada satu kisah zaman khalifah Hisyam b Abdul Malik, begini;           Khalifah Hisyam suatu hari datang ke Madinah, ia meminta ulama, Abu Hazim memberinya satu nasihat.            Tidak lama kemudian, Abu Hazim telah tiba dan menemui sang Khalifah. “Berikan aku sebuah nasihat, wahai Abu Hazim, namun persingkatlah nasihatmu,” kata sang Khalifah.          Maka Abu Hazim berkata, ” Takutlah kepada ALLAH, dan bersikap zuhudlah terhadap dunia, sebab yang halal akan dihisab dan yang haramnya akan diazab.“   ...

22) Minimalis Bukanlah Tidak Punya Apa2

Salam,         Orang yang mengamalkan hidup_minima dipanggil minimalis.         Sejak dari kecil kita diajar supaya berjaya dalam pelajaran dan dapat kerja yang bagus dan bergaji tinggi. Dengan itu kita boleh beli rumah yang besar yang melebihi keperluan, kereta mewah , pakaian yang terkini yang bukan semuanya dipakai dan teknologi tercanggih.  Kita menghabiskan banyak masa mengumpul wang untuk tujuan tersebut. Dan merangkul semuanya selagi boleh.         Tetapi ada orang yang berfikir sebaliknya;         "Hidup 'simple', selebihnya untuk perkara  lain"           Benar!  Minimalis memang kelihatan simple dan kurang. Rumahnya sederhana, pakaian secukupnya sahaja, kenderaan satu sahaja dan semuanya cukup2 untuk keperluan sahaja. Tetapi adakah Minimalis tidak bahagia? Adakah kurang memiliki itu satu yang buruk? Tentu tidak!         ...

21) 6 Cara Menggunakan Prinsip Pembersihan Dalam Kewangan

Salam,           Menjadikan rumah kita sesuai dengan visi hidup_minima adalah mudah ( walau agak berat) yang semua orang boleh faham. Pembersihan dalam rumah adalah mengenalpasti apakah barangan yang tidak diperlukan untuk dinyahkan. Ia mungkin satu keputusan yang berat , tapi kita tahu apa yang perlu dilakukan.             Tetapi jika ia melibatkan hal kewangan yang berkaitan dengan visi bebas_tekanan , ia adalah lebih rumit, yang mana ramai yang tidak dapat mengikutinya. Ianya tidak mudah dilihat sepertimana kita melihat barangan di dalam rumah sendiri.            Berita baiknya ialah kita boleh menggunakan prinsip yang sama dalam hal pembersihan dalaman rumah kita, sesuai bagi  siapa saja.          Disini saya senaraikan 6 strategi berkenaan: 1. Tahu apa yang perlu.                Hidup_minima adalah apa saja berkenaan ...

20) Hidup Bahagia

Salam,                         Orang mencari bahagia dengan bermacam cara. Ada yang dengan harta dan wang yang banyak, menjadi terkenal, menjadi pujaan ramai, badan yang sasa, menjauh diri dari orang ramai dan bermacam2 cara lagi. Semuanya ingin bahagia.          Tetapi ironisnya ada orang kaya, terkenal, bergaya, dipuja orang ramai dan lengkap segala2 nya tetapi mati membunuh diri. Kenapa?           Saya suka memberi sedikit inspirasi bagaimana untuk hidup bahagia dengan cara yang sederhana. Baca di sini: 1) Bersyukur kepada Allah:           Allah memberi kita semua yang kita ada. Logiknya, jika kita memberi sesuatu ke anak kita, lantas dia berterima kasih dan menghargainya, kita pasti suka dan bangga.          Begitu juga Allah yang maha Pemberi Rezeki. Bila kita syukur dan memuji Nya diatas setiap apa yang kita...