Langkau ke kandungan utama

20) Hidup Bahagia

Salam,

           

            Orang mencari bahagia dengan bermacam cara. Ada yang dengan harta dan wang yang banyak, menjadi terkenal, menjadi pujaan ramai, badan yang sasa, menjauh diri dari orang ramai dan bermacam2 cara lagi. Semuanya ingin bahagia.

         Tetapi ironisnya ada orang kaya, terkenal, bergaya, dipuja orang ramai dan lengkap segala2 nya tetapi mati membunuh diri. Kenapa?

          Saya suka memberi sedikit inspirasi bagaimana untuk hidup bahagia dengan cara yang sederhana. Baca di sini:

1) Bersyukur kepada Allah:

          Allah memberi kita semua yang kita ada. Logiknya, jika kita memberi sesuatu ke anak kita, lantas dia berterima kasih dan menghargainya, kita pasti suka dan bangga.

         Begitu juga Allah yang maha Pemberi Rezeki. Bila kita syukur dan memuji Nya diatas setiap apa yang kita ada, Allah suka dan membalasnya dengan kebaikan yang lain. Salah satunya ialah rasa bahagia di dalam hati.

2) Bersabar:

          Siapa pun tidak mahu musibah, tragedi atau kemalangan menimpanya. Kita tidak mahu gagal, tapi gagal terjadi juga. Kita tidak sangka kehilangan orang yang disayang, tapi ia pergi juga. Kita tidak mahu perkara  yang buruk2, tetapi ia hadir juga didalam hidup kita. Itu semua membuat kebahagiaan kita rasa tercabut dari hidup kita.

           Bagaimana mengatasinya?

           Bila kita ditimpa musibah, haruslah bersabar. Dan mengembalikannya kepada Allah. Dengan bersabar kita dapat menghadapi perkara itu dengan tenang walau jiwa kita tertekan. Bersabar dan solat dan minta pertolongan dari Allah. Sabar sehingga keadaan kembali tenang. Setiap kesusahan itu akan disusuli dengan kesenangan akhirnya.

3) Berbelanja secukupnya:

           Anda mungkin kayaraya dan bisa berbelanja semau2 nya. Tetapi berbelanja secara boros bukanlah cara yang betul. Berbelanjalah secara secukupnya. Maka anda akan ada wang yang ditangan.

          Di sana ada orang ditakdirkan hidup susah. Kitalah yang harus meringankan kesusahan mereka. Dengan pertolongan kita, mereka akan suka dan Allah pun suka. Orang yang disukai pasti bahagia.

4) Doa dan ibadah:


             Apabila kita berdoa dan beribadah, kita membuat hubungan secara langsung dengan Allah. Kita ada masalah, minta Allah tolong. Kita ada hajat, minta pada Allah.

         Kita ibadah  kepada Allah, Allah mendekat kepada kita. Allah senang dan redha.

          Bila Allah suka, dia beri kita rasa bahagia di dalam hati. Manusia tak boleh bagi bahagia kepada kita.

5) Makan secukupnya:

            Makanlah dengan kadar yang sederhana, tidak melampau baik dari segi banyaknya atau harganya. Makan secara berlebihan mengakibatkan berbagai penyakit. Itu membuatkan hidup sengsara. Makan secara sederhana juga menjimatkan wang dan mengingatkan kita orang yang tiada makanan.

6) Bersenam secara rutin:

             Bersenam secara rutin dapat membakar kalori yang kita makan hari2. Jika tidak digunakan kalori yang ada, badan akan terasa lesu, malas dan boleh timbul penyakit.

           Bila kita bersenam seperti berbasikal atau berjogging, satu hormon dikeluarkan oleh badan yang membuatkan kita rasa lapang dan senang.

7) Terima seadanya:

          Kita dilahirkan dalam keadaan yang seadanya. Kita tidak dapat mengubahnya. Seperti mungkin kita cacat sejak dilahirkan.

         Hendaklah kita menerima diri kita seadanya. Bersyukur dan bersabar kerana Allah mahu memberi pahala percuma kepada kita. Itu tidaklah bermakna kita boleh bermalas2 dengan alasan kita dilahirkan bersikap pemalas. Itu tidak betul, sebab perbuatan itu boleh diubah atas usaha kita sendiri.

8) Sebarkan salam:

         Berjumpa dengan seseorang , berilah salam dan jawablah salam. Salam bermakna kedamaian dan keselamatan. Kita doakan seseorang agar ia selamat dan damai. Itu adalah asas kedamaian dalam masyarakat. Bermakna kita menyebarkan kedamaian dalam masyarakat. Masyarakat yang damai, hidup bahagia.

         Banyak lagi sebenarnya apa yang boleh membawa kita kepada hidup bahagia. Kalau mau ditulis semuanya, boleh menjadi sebuah buku yang tebal.

         Secara ringkasnya ialah bahagia itu adalah hal yang subjektif. Ia tak dapat dikesan dengan mata kasar, tetapi boleh dirasakan oleh diri sendiri. Hal yang satu, buatlah orang lain bahagia, nescaya kita akan rasa bahagia.



13/1/19
Padang Jawa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...