Langkau ke kandungan utama

22) Minimalis Bukanlah Tidak Punya Apa2

Salam,

        Orang yang mengamalkan hidup_minima dipanggil minimalis.


        Sejak dari kecil kita diajar supaya berjaya dalam pelajaran dan dapat kerja yang bagus dan bergaji tinggi. Dengan itu kita boleh beli rumah yang besar yang melebihi keperluan, kereta mewah , pakaian yang terkini yang bukan semuanya dipakai dan teknologi tercanggih.  Kita menghabiskan banyak masa mengumpul wang untuk tujuan tersebut. Dan merangkul semuanya selagi boleh.


        Tetapi ada orang yang berfikir sebaliknya;

        "Hidup 'simple', selebihnya untuk perkara  lain"


          Benar!  Minimalis memang kelihatan simple dan kurang. Rumahnya sederhana, pakaian secukupnya sahaja, kenderaan satu sahaja dan semuanya cukup2 untuk keperluan sahaja. Tetapi adakah Minimalis tidak bahagia? Adakah kurang memiliki itu satu yang buruk?

Tentu tidak!

           Kerana, jika kita ada barangan yang sedikit sahaja kita:

        - tak perlukan ruang yang banyak untuk menyimpan
         - tak risau benda itu hilang atau rosak
         - tak perlu masa yang banyak untuk penjagaannya.
         - tak perlu duit yang banyak untuk membelinya.

          Jika kita kurangkan kerja dan komitmen, kita akan ada lebih masa dengan orang yang kita sayang, ibubapa, isteri dan anak2. Wang ringgit tak dapat menggantikan kasih sayang kita kepada mereka. Masa bersama adalah masa yang amat berharga. Sekali kita terlepas, tak dapat mengembalikannya.


          Jika kita dapat kurangkan masa menonton TV , banyak perkara yang boleh dibuat. Seperti membaca buku, menjahit, bersosial, memasak, bersenam dan lain2.


       Jika kita kurangkan makan, terutama yang dah berumur, kita perlukan duit yang kurang untuk membeli, kurang kegemukan, kurang perlu pembakaran kalori dan tak risaukan masalah kesihatan yang teruk.


        Pendeknya, jika kita kurangkan barangan, kita mempunyai lebihan wang, masa dan kebebasan untuk membuat perkara yang kita suka. Samada mahu membantu orang yang lebih memerlukan,  menambah ilmu dan lain2.


        Bukanlah kurang barangan itu bermakna minimalis itu kurang sempurna hidupnya, bahkan itu adalah satu kelebihan dengan kelebihan yang tersendiri.



Padang Jawa,
20/1/19

       


     

       

         
       

   






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...