Langkau ke kandungan utama

23) Halal Yang Di Hisab

Salam,

                     

         Hidup minima bukan saja kerana kebaikan yang kita dapat semasa kita hidup sehari2, seperti lapangnya ruangan dan ringannya bebanan, tetapi ia berkait dengan kehidupan kita selepas mati.

          Bagaimana?

          Ada satu kisah zaman khalifah Hisyam b Abdul Malik, begini;

          Khalifah Hisyam suatu hari datang ke Madinah, ia meminta ulama, Abu Hazim memberinya satu nasihat.

          Tidak lama kemudian, Abu Hazim telah tiba dan menemui sang Khalifah. “Berikan aku sebuah nasihat, wahai Abu Hazim, namun persingkatlah nasihatmu,” kata sang Khalifah.


         Maka Abu Hazim berkata, ” Takutlah kepada ALLAH, dan bersikap zuhudlah terhadap dunia, sebab yang halal akan dihisab dan yang haramnya akan diazab.“
         Maka khalifah pun tunduk dan insaf.

          Ya, hidup minima amat penting untuk dunia dan akhirat kita. Di akhirat kita mesti sedar bahawa setiap lebihan barangan yang kita ada akan dihisab satu satu. Yang haram apalagilah, pasti diberi balasan yang adil kerana setiap yang haram akan di balas dengan azab.

         Di dunia ,dengan mengamalkan hidup minima seseorang akan:

1. Jika ia seorang pemimpin, dia terhindar dari mengambil kesempatan untuk dirinya.

2. Jika dia jutawan, ia akan hidup sederhana dan menyumbang kepada orang lain.

3. Jika dia anak muda, dia terhindar dari iklan2 yang menyesatkan.

4. Jika dia orang miskin, dia akan bersyukur.

5. Jika dia ahli ilmu, ilmunya akan  berkat

6. Jika dia seorang bapa atau ibu, bebannya akan berkurang.

        Memang hidup minima sepatutnya menjadi trend bagi mereka yang mahukan kehidupan yang aman.. Kerana banyak berlaku peperangan dan permusuhan dek kerana merebutkan harta dan kuasa.

       Mari bersama saya, minimalis.

Padang Jawa.

7/2/2019

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...