Langkau ke kandungan utama

25) 6 Sebab Mengapa Perlu Hidup Minima

Salam sejahtera,
 

       



         Dua tahun lalu saya mengambil keputusan untuk mengamalkan cara hidup minima. Walaupun ianya berjalan sedikit demi sedikit mengikut kefahaman dan kesanggupan diri sendiri.


          Pada mulanya, sebabnya hanya ringkas iaitu mengapa saya perlu menyimpan barangan yang saya tak perlukan? Ia membuang masa dan tenaga.


           Ianya tidak membawa saya lebih gembira dan tenang. Bahkan ianya menghalang saya dalam banyak hal yang lebih utama.


             Oleh itu tiada lain caranya kecuali mengurangkan barangan yang tidak perlu dari rumah dan hidup saya.  Dan menumpukan tenaga yang ada kepada hal lain yang bukan berbentuk fizikal.


           Hidup_minima bagi saya bukanlah hanya suatu perkataan yang tiada apa2. Ianya adalah satu cara hidup yang lebih baik kerana ia membuka minda kita ke suatu ruang yang lebih luas.


            Perhatikan 6 sebab ini mengapa kita perlu hidup_minima:


1) Dapat menilai apa yang lebih penting.

           Hidup kita yang sekejap ini adalah penting. Oleh itu, utamakan yang penting sahaja dan kurangkan yang kurang penting. Barangan fizikal bukan semuanya lebih penting dari kasih sayang, membantu orang yang susah, atau berbuat kebajikan yang lain.

          Dengan cukup hidup dengan cara minima, boleh kita halakan kekuatan kita yang ada kepada hal2 yang lebih bermenafaat.



2) Lebih bernas dalam setiap hal.

          Bermacam2 mesej, pendapat dan iklan yang kita terima mempengaruhi kita. Ia mempengaruhi kita didalam kepercayaan, apa yang kita makan, pakai dan membuat keputusan.


         Dengan fikiran yang bernas kita dapat mengambil sesuatu keputusan yang lebih baik. Hidup minima mengajak kita menilai sesuatu dengan lebih baik. Maka dengan itu ia mengembalikan kita supaya mengawal hidup kita sendiri dengan sebaik2 nya.


3) Hidup lebih simple dan ringan.


          Hidup masakini lebih kompleks.  Ia memerlukan masa dan tenaga yang lebih untuk melayan semuanya. Sedangkan masa dan tenaga kita adalah terhad.

         Jadi, dengan hidup minima dapat mengurangkan beban dan hal yang perlu kita tanggung.


4) Lebih fokus kepada kepada tujuan kita.

          Kita perlu fokus kepada makna sebenar hidup kita. Kepuasan hidup jangka pendek bukanlah tujuan sebenar hidup kita. Tujuan yang sebenar adalah hidup yang kekal abadi.


           Dengan hidup minima, kita mampu untuk fokus kepada hal yang lebih penting. Berbuat amal, mengutamakan orang lain dan sanggup berkorban.


5) Lebih mudah berubah.


           Dengan memiliki barangan yang kurang, kita mudah merubah hidup kita kearah yang lebih baik.  Ia meringan perbelanjaan, memudahkan mengemas rumah, mengubah habit yang lama dan mengawal cara kita berbelanja.

        Satu hal yang besar yang kita dapat ialah kebebasan - iaitu kebebasan dalam mengawal diri sendiri.


6) Inspirasi kepada yang lain.


           Dunia kita sedang tenggelam dalam angan2 konsumerism. Kita mementingkan kebendaan lebih daripada kemanusian. Rumah lebih besar dan cantik, tetapi tiada kegembiraan. Wang yang berjuta tetapi tiada ketenangan.

           Hal2 ini menyebab kan manusia tertekan, cemas, kesal, marah dan sebagainya.  Hidup lebih aman dengan hidup minima dan bersyukur.


          Minamalis adalah inspirasi kepada dunia kini. Amalkan hidup minima untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.



Padang Jawa
19/2/19
       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...