Langkau ke kandungan utama

21) 6 Cara Menggunakan Prinsip Pembersihan Dalam Kewangan

Salam,




          Menjadikan rumah kita sesuai dengan visi hidup_minima adalah mudah ( walau agak berat) yang semua orang boleh faham. Pembersihan dalam rumah adalah mengenalpasti apakah barangan yang tidak diperlukan untuk dinyahkan. Ia mungkin satu keputusan yang berat , tapi kita tahu apa yang perlu dilakukan.

            Tetapi jika ia melibatkan hal kewangan yang berkaitan dengan visi bebas_tekanan , ia adalah lebih rumit, yang mana ramai yang tidak dapat mengikutinya. Ianya tidak mudah dilihat sepertimana kita melihat barangan di dalam rumah sendiri.

           Berita baiknya ialah kita boleh menggunakan prinsip yang sama dalam hal pembersihan dalaman rumah kita, sesuai bagi  siapa saja.

         Disini saya senaraikan 6 strategi berkenaan:

1. Tahu apa yang perlu.

               Hidup_minima adalah apa saja berkenaan menyahkan segala yang tidak penting dan menyimpan apa yang perlu sahaja. Ianya adalah satu proses peribadi kerana ianya adalah tidak sama antara seseorang dengan yang lain. Apa yang ditinggalkan menunjukkan nilai yang dimiliki oleh seseorang.

        Begitu juga dalam hal kewangan. Kita mengenalpasti apakah benda yang perlu untuk dibeli dan yang mana yang kurang penting. Ini penting supaya mudah bagi menyesuaikannya dengan visi hidup_ minima.

2. Nyah dulu, susun kemudian.

       Kesilapan terbesar dalam proses menyahkan barangan yang tidak perlu ialah cuba menyusun semula barangan itu sambil tidak menyahkannya langsung. Ini menyebabkan ruang diperlukan untuk barangan tersebut. Akhirnya kita melupakan terus pokok masalah nya iaitu kita tidak memerlukan barangan tersebut tetapi masih disimpan.

          Begitu juga dalam hal kewangan. Anda cuba menyusun semula hutang2 dan pembelian dengan berbagai cara. Ini sebenarnya tidak melarikan anda dari bebanan kewangan. Apa yang penting ialah mengenalpasti pembelian yang perlu sahaja dan tidak menambah hutang walau dengan apa cara sekalipun. Sebelum anda dibebani dengan beban kewangan yang berat.


3. Mulakan dengan yang ringan.

         Seperti untuk membersihkan rumah dari barangan yang tak diperlukan lagi, haruslah dengan cara kecil2an dan ringan dahulu.  Bukanlah sekaligus dengan barangan yang berharga atau bernilai tinggi.

        Begitu juga dalam hal kewangan. Kita mengenepikan perbelanjaan yang kurang penting yang bernilai kecil dahulu. Contohnya jika melanggan TV berbayar, tapi kita pun tidak ada masa untuk menonton, elok dipotong sahaja. Atau makan luar secara kerap, boleh dikurangkan kekerapannya.



4) Setiap barang ada tempatnya.

        Di dalam rumah minimalis, setiap tempat adalah untuk barang2 yang perlu saja. Yang tak diperlukan boleh dikeluarkan .

        Begitu juga hal kewangan. Mana2 perbelanjaan yang membazir, tidak bermenafaat, haruslah dihentikan. Wang yang ada bolehlah digunakan kearah yang lebih berguna seperti infak ke fakir miskin, menziarah saudara mara, tabung hari tua dan sebagainya.


5).   Secara rutin.


Membersihkan ruangan dengan sedikit-sedikit tetapi secara harian lebih baik daripada menunggu dibuat banyak sekaligus. Kerana ianya dapat menjimatkan ruang, masa , tenaga dan emosi.

         Contohnya bila kita menerima emel yang melambak, seelokya kita buang emel yang tak berguna setiap hari sedikit demi sedikit. Daripada menunggu ribuan emel masuk baru nak dipilih. Ianya menyebabkan kekecewaan bila tidak berjumpa mencari emel penting yang entah dimana letaknya dicelah lambakan emel itu.

       Begitu juga dalam kewangan. Rajin2lah memeriksa akaun pembelian dan bayaran kita. Dan mula berhenti dari membuat transaksi yang tidak perlu sangat. Jangan menunggu hingga datangnya bil2 yang merimaskan kita.


6. Ianya kerja yang berterusan.

         Pembersihan ruangan bukanlah satu kerja yang 'sekali-siap'. Kita harus melakukannya terus dan terus. Kerana barangan ada yang masuk dan ada yang keluar. Mungkin kita perlu kan ia disatu masa, dan tak perlukannya dimasa yang lain.

        Begitu juga dalam kewangan kita. Kita harus selalu memeriksa wang masuk dan keluar supaya apa yang kurang penting boleh dihentikan dan jika perlu menambah pendapatan . Dengan itu kita mendapat kelegaan dalam masalah kewangan.


Padang Jawa
11/2/19



   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...