Langkau ke kandungan utama

24) Soal Ini Sebelum Membeli.

Salam,

                             
                             

            Kita hidup di dalam dunia yang dipenuhi dengan janji2 konsumerism. Janji2 yang manis. Seperti:

     - Untuk menarik perhatian seorang gadis, belikan pewangi ini.

     - Supaya rumah jadi ceria, beli televisyen ini.

      - Untuk menarik perhatian kawan2, beli jam ini.

       -Untuk hidup yang lebih aman, belilah rumah yang besar ini.

       - Supaya semua orang menoleh, beli kereta ini



             Kata2 seperti ini telah kita hadam hari2. Walaupun mungkin kita tak mahu, ianya tetap ada disekeliling kita. Sehingga ia sedikit sebanyak mempengaruhi kita dalam membuat keputusan secara sedar atau tidak.

          Hasilnya, kita selalu membeli barangan yang tidak kita perlukan, alamari yang penuh dengan pakaian, rak yang penuh dengan buku yang tidak dibaca, garaj yang sudah tidak muat dengan kereta dan rumah besar yang tiada penghuni.


          Akhirnya hidup kita 'ditimbusi' oleh barangan itu yang perlu diberi perhatian pada masa2 tertentu. Banyak masa dan wang pergi kepadanya.


          Untuk melawan janji2 manis tersebut saya suka mengsyorkan lima perkataan ini.

          Iaitu: "Bagaimana jika saya tidak membelinya?"


           Bila saja kita tertarik hati untuk membeli sesuatu, tanyakan diri kita, bagaimana jika aku tak membeli barang ini , apakah kebaikan yang dapat, dan apa pula keburukannya. Kerana setiap pembelian mempunyai kos pulangan nya.


         Contohnya:

Jika tidak membeli televisyen skrin besar, berapa banyak hutang yang boleh dielakkan.

Jika tidak membeli rumah yang lebih besar, berapa banyak kos yang boleh diselamatkan untuk pergi umrah?

 Jika berhenti dari membeli lebih banyak baju, berapa banyak wang  yang boleh ditabungkan?


         Jadi, kita fikirkan pula apa kesan yang baik jika kita tidak membeli sesuatu itu? Kerana setiap pembelian kita itu, kita terpaksa mengorbankan sebahagian hidup kita yang lain pula. Oleh itu fikir-fikirkan lah.



Padang Jawa
14/2/19



P/s: Jika anda ada artikel sendiri untuk dikongsi di sini, emel ianya ke wamon2017@gmail.com. Insya Allah saya akan masukkan ke sini untuk tatapan umum.

         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...