Langkau ke kandungan utama

26) 9 Sebab Mengapa Harta Tidak Membawa Kebahagiaan

Salam sejahtera,











              Membeli dan mengumpul barangan fizikal tidak lah mampu memenuhi keinginan kita mencapai kebahagiaan. Ia mungkin benar bagi sebahagian manusia, tetapi ia hanyalah dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Ianya sementara sahaja. Mengapa?


            Saya mengumpulkan 9 sebab mengapa memiliki barangan fizikal secara berlebihan tidak membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan yang kekal:


1. Ianya akan pudar.


              Semua benda2 adalah bersifat sementara secara alami. Ia mungkin cantik, berkilat dan nampak baru semasa didalam stor. Bila saja bungkusannya dibuka, ia mulai pudar, lusuh dan akan rosak pada satu masa nanti.


2. Sentiasa ada yang baru.


            Hari ini sesuatu itu mungkin yang terbaru, gaya terkini atau teknologi terbaru. Tetapi gaya dan teknologi sentiasa berubah. Hari ini kita membeli yang terkini, esok atau lusa ia mungkin sudah ketinggalan zaman. Kita mengejar sesuatu yang melelahkan.


3. Setiap tambahan itu membawa keresahan.


           Tiap2 satu benda baru yang kita beli akan menambah keresahan di dalam hati, samada mahu atau tidak. Barangan2 boleh jadi rosak, dicuri atau berlaku kemalangan. Ini semua menimbulkan keresahan yang baharu kepada kita.





4. Hartabenda perlu pemuliharaan.


               Hartabenda yang kita miliki perlukan tenaga, masa dan fokus dari kita. Ia perlukan ruangan, pembersihan , penyusunan dan pembaikian jika rosak. Ini semua menarik tenaga, masa dan komitmen kita kepadanya. Akhirnya, kegembiraan yang dicari bertukar menjadi kepenatan.




5.Nilai pembelian sebenarnya lebih mahal dari apa yang kita sedari.


         Nilai sesuatu barangan di premis jualan itu dinilai dengan ringgit dan sen. Tetapi seperti kata  Henry David Thoreau , “The price of anything is the amount of life you exchange for it.

        Kita membeli bukan dengan duit sebenarnya, tetapi dengan masa dari hidup kita yang kita korbankan untuk meraih duit tetsebut. Kita menukar masa kepada barangan.


6. Tidak semua orang hairan dengan apa yang kita beli.

         Secara tidak sedar (bahkan mungkin secara sedar) kita ingat semua orang akan hairan atau takjub dengan apa yang kita beli. Dengan kereta baru kita, komputer yang canggih atau kasut yang mahal.

        Sebenarnya hanya sedikit orang saja yang terpegun. Yang lainnya tidak peduli langsung dengan apa yang anda beli. Mereka sibuk dengan urusan masing2.


7. Orang lain ada lebih banyak.

            Kebahagiaan yang bersandarkan atas longgokan barangan adalah berjangka pendek sahaja. Ini kerana kita meletak satu nilai itu diatas asas yang palsu. Jika kita merasa bahagia dengan banyaknya harta dan wang , ada orang mempunyai lebih banyak lagi. Ia seperti mengejar fatamorgana.


8. Membeli-belah tak dapat memberi kepuasan.


       Kepuasan tidak akan didapati kerana beli dan beli lagi barangan. Dalilnya lihat saja di almari anda. Walaupun ia sudah padat dengan pakaian, anda masih mahu beli dan beli lagi. Belum juga puas.



9.Amal mulia lebih baik dari harta benda.


              Memiliki barangan hanya memberi kepuasan yang sementara sahaja. Ini kerana kemahuan kita telah dipenuhi . Tetapi kemahuan tiada berpenghujung. Ia akan datang lagi.


         Saya tidaklah bermaksud haram memilili harta. Ianya suatu yang di halalkan. Tetapi tidak lah dengan berlebih2an. Yang melebihi dari keperluan diri dan orang yang dibawah tanggungan kita.

             Amal yang mulia lebih baik dan memberi kesan kepada hati. Ini kerana kebahagiaan itu adalah dihati. Amal seperti sedekah akan memberi kegembiraan kepada sipenerima. Ini membuat hati pemberi juga bahagia.





Padang Jawa
26/2/19


     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...