Langkau ke kandungan utama

Catatan

18) HIDUP SEDERHANA

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum,         Pernahkah anda rasa jiwa yang kosong, semangat yang hilang dan hilang arah tujuan?         Jika pernah, ada sesuatu yang lari dari alignment hidup anda, yang boleh membawa anda kepada kecelakaan.        Jika hidup anda hanya mengejar Wang, wang, pangkat dan harta sahaja, jiwa anda jadi letih dan kosong. Mengapa? Kerana kita tidak diciptakan untuk itu. Kita bukan hamba wang. Wang hanyalah alat mencapai hajat kita sahaja.          Jadi bagaimana kita? Adakah tidak perlu cari wang?          Jawapannya ialah gantikan wang dengan kesederhanaan. Ya kesederhanaan. Kita boleh kaya banyak wang, tapi sederhanalah dalam hidup. Kesederhanaan itu apa?         Kesederhanaan itu ialah menyembunyikan kekayaan dan bersyukur. Tidaklah maksud menyembunyikan itu kita kedekut dari berbelanja, tidak. Ia ber...

17) Hidup Sementara

Salam,            Jikalau kita perhatikan hari2 yang kita lalui, kita akan dapati berlakunya kematian insan yang kita kenali atau yang tidak kita kenali, lepas satu, satu. Kita mungkin dapat berita  dari whatsapp atau melalui surat khabar, atau apa saja alat,  yang mengatakan orang itu sudah meninggal dunia. Satu persatu kita mendapat berita seperti  ini.          Jadi, hidup ini bukanlah kekal, hanya sementara sahaja. Kita pun menuju saat yang sama, yang entah bila. Kita pun tak tahu.       Oleh itu ,perkara terbaik untuk kita jalani hidup yang singkat ini adalah dari firman tuhan: Al-'An`ām:32 -" Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"         Ya, apa saja yang kita buat atau mil...

16) Membersihkan Persekitaran Dan Jiwa

Salam,                 Hidup sederhana walaupun kita mampu hidup lebih daripada itu adalah lebih terpuji. Dengan barang2 yang ringkas dan keperluan sahaja, rumah akan kelihatan kemas dan bersih. Tiada kelihatan semak yang menyakitkan mata. Kita pun senang untuk menjaganya dengan kos yang murah pula.           Selain pada itu dengan menumpuk2 kan barang2 yang berlebih2an tanpa keperluan yang mesti, akan menyebabkan jiwa terbeban. Kita mungkin rasa akan dicuri, pecah, rosak dan sebagainya.            Barang2 yang keterlaluan banyak, adalah bukan hak kita sepenuhnya. Ia ada hak orang lain di dalamnya. Oleh itu kita harus mendermakan sedikit daripadanya.           Ada kala tanpa kita sedar, wang yang kita gunakan untuk membeli sesuatu itu kurang bersih. Mungkin kita ada bercakap bohong, curi tulang dan lain2. Jadi untuk membersihkan jiwa dan harta , kita sedekah at...

15) Selari Dengan Keimanan

Salam sejahtera,         Menjalani gayahidup minima bukan saja untuk kebersihan, kelapangan dan keceriaan, tetapi ia sangat selari dengan keimanan yang saya pegang sebagai Muslim.         Dengan hidup minima kita hidup dengan cara yang paling sederhana. Baik dari segi rumah, kenderaan, pakaian, hiasan, makan- minum dan juga perbelanjaan. Kita cukup dengan yang ada dan yang perlu sahaja. Tidak berlebihan sehingga membazir.         Ia juga suatu perjalanan spiritual yang nyata sebenarnya. Semua yang kita lihat dan nilai, adalah dengan matahati berbanding mata fizikal sahaja. Kita melihat sesuatu dengan kebaikan dan keburukan. Ia adalah satu yang hidup dengan hati bukan hanya mengikut nafsu semata2.         Dengan hidup minima kita dapat merasai keperitan hidup orang yang susah. Kalau hidup penuh dengan kelebihan, kita tidak akan faham hidup orang yang kekurangan. Kita tidak dapat menilainya dengan mata...

14) Rumah Bandar

Salam,                                      "Own less, live more"           Jika kita tinggal dibandar atau pinggirbandar, dan duduk dirumah teres atau flat, masalah utama adalah ruang rumah yang sempit. Bayangkan duduk di rumah flat yang luasnya hanya 730 kaki persegi, dan ada lima anak. Pasti terasa rimas dan bosan. Betul?           Jikalau kita tak mengawal kuantiti barang2 yang masuk  ke dalam rumah, dengan ruang yang sempit, buku2 dan pakaian yang penuh ditepi dinding, perabot, alat2 elektrik dan sebagainya, ruang yang kecil yang ada, akan menjadi lebih sempit.  Sehingga sesetengahnya, ruang tamu menjadi tempat makan dan tempat tidur. itu masalah yang dibuat oleh kita sendiri sebenarnya. . Kita sedang menekan jiwa kita sendiri.                     Apa solusinya? ...

13) Kebaikan (5): Kurangnya Perbelanjaan

Salam,           Satu lagi menafaat jika mengamalkan gaya hidup minima ialah berkurangnya perbelanjaan.          Jikalau kita cukup dengan yang sedikit dan yang perlu sahaja, maka tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak lagi seperti sebelumnya. Harta atau barang2 kepunyaan kita yang banyak bukan sahaja kelihatan semak, tapi ia juga memerlukan kos. Iaitu ruang untuk menyimpan, membaiki, membersih dan menjaganya. Semua ini memerlukan kos.          Dengan barangan yang perlu sahaja, bukan sahaja tidak kelihatan semak, tetapi juga mengurangkan kos kita.         Ramai orang menyangka kebebasan kewangan dicapai dengan adanya lebih banyak wang. Realitinya lebih banyak wang menarik kita untuk lebih banyak berbelanja. Mahu dan mahu lagi. Sehingga rasa masih tidak cukup.        Sebaliknya kebebasan kewangan ada pada pengamal gaya hidup minima. Mereka cukup ...

12) Mulakan Langkah Pertama Yang Ringan

Salam, Faith is taking the first step even when you don’t see the whole staircase.”  – Martin Luther King, Jr.          Anda mungkin baru cuba untuk membersihkan rumah anda dari segala yang anda fikir untuk menjadi hidup minima. Disana mungkin ada bermacam2 benda, baik yang lama atau yang baru, yang mahal atau yang murah dan lain2 lagi.         Mungkin anda terfikir apakah perlu dibersihkan semuanya? Walaupun ianya mahal, ada nilai sentimental, sayang untuk dinyahkan atau mungkin pasangan tidak bersetuju.        Ya, semua orang berfikir begitu. Tapi apa yang penting anda mulakan dengan langkah pertama yang ringan. Contohnya, bersihkan laci anda, kereta anda, bilik atau yang kecil2 dahulu. Dan rasakan perubahannya. Rasakan kenikmatannya.  Langkah seterusnya adalah mengikut keselesaan anda sendiri.           Ia seperti berbasikal sejauh 50km. Nampak macam mustahil. Tap...