Langkau ke kandungan utama

18) Kesederhanaan

Salam,



        Pernahkah anda rasa jiwa yang kosong, semangat yang hilang dan hilang arah tujuan?

        Jika pernah, ada sesuatu yang lari dari alignment hidup anda, yang boleh membawa anda kepada kecelakaan.

       Jika hidup anda hanya mengejar Wang, wang, pangkat dan harta sahaja, jiwa anda jadi letih dan kosong. Mengapa? Kerana kita tidak diciptakan untuk itu. Kita bukan hamba wang. Wang hanyalah alat mencapai hajat kita sahaja.

         Jadi bagaimana kita? Adakah tidak perlu cari wang?

         Jawapannya ialah gantikan wang dengan kesederhanaan. Ya kesederhanaan. Kita boleh kaya banyak wang, tapi sederhanalah dalam hidup. Kesederhanaan itu apa?

        Kesederhanaan itu ialah menyembunyikan kekayaan dan bersyukur. Tidaklah maksud menyembunyikan itu kita kedekut dari berbelanja, tidak. Ia bermaksud tidak mempamerkan kekayaan. Kaya itu boleh, pamer kekayaan itu tidak boleh. Jika anda kaya dan suka mempamerkan kekayaan anda, itu sikap yang salah. Kerana ia membawa keburukan kepada diri kita dan kepada orang lain yang melihatnya.

         Cubalah hidup sederhana walau anda kaya. Makan dan berkenderaan seperti orang biasa. Bersyukur dan bersedekah.  Pasti anda akan menikmati keindahan dan ketenangan hidup.




Padang Jawa
12/11/18


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...