Langkau ke kandungan utama

17) Hidup Sementara

Salam,


           Jikalau kita perhatikan hari2 yang kita lalui, kita akan dapati berlakunya kematian insan yang kita kenali atau yang tidak kita kenali, lepas satu, satu. Kita mungkin dapat berita  dari whatsapp atau melalui surat khabar, atau apa saja alat,  yang mengatakan orang itu sudah meninggal dunia. Satu persatu kita mendapat berita seperti  ini.

         Jadi, hidup ini bukanlah kekal, hanya sementara sahaja. Kita pun menuju saat yang sama, yang entah bila. Kita pun tak tahu.

      Oleh itu ,perkara terbaik untuk kita jalani hidup yang singkat ini adalah dari firman tuhan:

Al-'An`ām:32 -" Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

        Ya, apa saja yang kita buat atau miliki akan sia2 sahaja jikalau tidak selari dengan apa yang diajarkan Tuhan dan dan tidak dibuat dengan penuh keikhlasan.

        Contoh, jika kita orang yang kaya, kita patutlah memberi derma dan memberi makan kepada orang yang susah dengan seikhlas hati. Dengan itu tidak lah sia2 kekayaan yang kita ada.

        Disebalik itu semua, jika kita mengamalkan hidup minima, kita tidak akan rasa keberatan untuk berderma. Kerana ianya selari dengan gayahidup kita. Jika tidak, mungkin kita rasa berat.

         Contoh orang yang hebat zaman Sahabat dulu, mereka hidup sederhana saja, tetapi kuat menderma untuk kesejahteraan orang lain. Sebab itu, zaman mereka sangat gemilang dan terpahat di dalam sejarah yang tidak dapat diatasi kehebatannya.

        Hidup minima mengajar kita tidak berlebih2an dalam memiliki harta benda. Cukup sekadar yang penting sahaja. Itu lebih melapangkan jiwa dan meringankan penghisaban dihari perhitungan amal nanti. Bukankah itu lebih baik?

3/10/18

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...