Langkau ke kandungan utama

15) Selari Dengan Keimanan

Salam sejahtera,









        Menjalani gayahidup minima bukan saja untuk kebersihan, kelapangan dan keceriaan, tetapi ia sangat selari dengan keimanan yang saya pegang sebagai Muslim.

        Dengan hidup minima kita hidup dengan cara yang paling sederhana. Baik dari segi rumah, kenderaan, pakaian, hiasan, makan- minum dan juga perbelanjaan. Kita cukup dengan yang ada dan yang perlu sahaja. Tidak berlebihan sehingga membazir.

        Ia juga suatu perjalanan spiritual yang nyata sebenarnya. Semua yang kita lihat dan nilai, adalah dengan matahati berbanding mata fizikal sahaja. Kita melihat sesuatu dengan kebaikan dan keburukan. Ia adalah satu yang hidup dengan hati bukan hanya mengikut nafsu semata2.

        Dengan hidup minima kita dapat merasai keperitan hidup orang yang susah. Kalau hidup penuh dengan kelebihan, kita tidak akan faham hidup orang yang kekurangan. Kita tidak dapat menilainya dengan matahati , hanya menilai dengan pandangan mata.

         Dengan itu kita mahu menyumbang kepada mereka yang kekurangan dan tidak bernasib baik. Ianya satu jalan hidup yang sihat.

        Kita juga dapat mengelakkan hidup bermewah2. Yang mana bukan semua orang boleh hidup mewah. Dan ini selari dengan keimanan sebagai seorang Muslim yang baik.
Yang percaya disuatu masa sesudah mati ada satu balasan bagi mereka yang beriman dan berbuat baik.

12/8/18
Padang Jawa


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...