Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Wahai Sofiah isteriku, Hari ini aku menoleh ke belakang, Mengenang perjalanan panjang kita, Tiga puluh lapan tahun kau di sisiku, Menjadi teman dalam suka dan duka, Menjadi kekuatan ketika aku tidak berdaya. Maafkan aku, isteriku, Kerana mungkin terlalu lambat menyedari, Betapa besarnya pengorbananmu selama ini, Betapa banyak lelah yang kau sembunyikan, Betapa banyak air mata yang kau titiskan, Demi keluarga yang kita bina bersama. Aku terlalu biasa dengan kehadiranmu, Hingga kadangkala terlupa mengucapkan terima kasih, Aku terlalu selesa dengan pengorbananmu, Hingga tidak menyedari betapa penatnya dirimu, Aku menyangka kasihmu akan sentiasa ada, Tanpa memahami betapa banyak yang telah kau korbankan. Maafkan aku, Jika ada kata-kataku yang pernah melukakan, Jika ada sikapku yang membuatmu terasa, Jika ada waktumu ya...