Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Ketika iblis membuat salah, sombong tak mahu sujud, tapi siapa yang disalahkannya? Adam a.s. Kata syaitan, " Gara-gara kamu, aku terusir dari syurga. Gara-gara kamu aku dimurkai Allah dan dilaknat. Semuanya gara-gara kamu" Subhanallah. Dia yang buat salah tapi orang lain yang dituduh. Bukankah perangai macam ini banyak? Berkelahi semut sama gajah , orang lain yang salah. Bukankah lucu? Yang salah itu iblis. Adam a.s tak pernah melobi supaya orang sujud kepadanya. Ada Adam a.s membisik kepada Allah supaya orang sujud kepadanya supaya terangkat darjatnya.? Tidak. Adam hanya menerima takdir, dia menjadi bahan ujian bagi malaikat dan iblis. Kerana iblis, dek rajinnya beribadah sudah seperti malaikat. Tapi ternyata...