Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Seorang sahabat bertanya nabi s.a.w mengenai amalan yang mampu dan mudah dilakukan. Dari ‘Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu bahwa ada seorang lelaki berkata,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam ini telah banyak bagiku, maka beritahulah kepadaku sesuatu yang boleh aku pegang selalu.”
Beliau menjawab,
“Hendaklah lisanmu selalu basah kerana berdzikir kepada Allah.”
(HR. Tirmidzi, ia mengatakan bahwa hadits ini hasan)
[HR. Tirmidzi, no. 3375. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.
Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada sahabat ini satu ibadah yang ringan tapi pahalanya besar. Jika kita tak mampu mengerjakan berbagai macam sunnah , ada sunnah yang ringan untuk dikerjakan, boleh dibuat bila-bila masa saja, iaitu berzikir kepada Allah swt.
Inilah ibadah yang ringan tapi pahalanya besar. Namun ditinggal kan oleh banyak orang. Hanya sebahagian orang saja yang diberi taufik oleh Allah swt untuk dia mengerjakan amal yang ringan ini.
Dalil-dalil besarnya pahala zikir
Terlalu banyak dalil-dalil yang menunjukkan betapa besarnya pahala orang yang berzikir.
1. Antaranya ialah,
sabda nabi sa.w, “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.”
(Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
2. Antaranya lagi nabi s.a.w bersabda,
“Barangsiapa mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya)
dalam sehari 100 kali, itu sama pahalanya dengan membebaskan sepuluh hamba sahaya dan ditulis kan untuknya seratus kebaikan, serta dihapuskan dari dirinya seratus kejelekan (dosa). Dzikir ini juga penjaga dirinya dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petangnya. Dan tidak ada seorang pun yang datang membawa amal yang lebih baik daripada yang ia bawa, kecuali ada orang yang beramal lebih banyak daripada dirinya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Memerdekakan seorang hamba bukanlah mudah, seseorang harus membelinya dahulu kemudian memerdekakannya seorang saja dapat membebaskan ia dari azab neraka. Inikan pula jika 10 orang hamba.
3. Contohnya lagi ,
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Redha kepada hambaNya yang apabila ia makan sesuatu makanan, lalu ia memuji Allah atas makanan itu dan apabila ia minum suatu minuman, lalu ia memuji Allah atas minuman itu”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Dengan memuji Allah setelah makan, setelah minum , akan meraih keredhaan Allah swt.
4. Kemudian, sabda nabi lagi,
"Barangsiapa mengucapkan, "Subhanallah al-azhim wa bihamdihi," niscaya ditanam untuknya sebatang pohon kurma di syurga."
(HR: at Tirmidzi)
Menurut Syaikh Majdi Abdul Wahab Al-Akhmad, maksud dari kata "ditanam" pada hadits tersebut bermakna ditancapkan di atas tanah. Dengan ertian, setiap kali membaca zikir tersebut maka ditanam untuk pembacanya sebatang pohon kurma di syurga. Ini pahala yang luarbiasa.
5. Contoh lagi, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dua kalimah yang ringan di atas lidah, yang berat pada penimbang, yang disukaï oleh yang maha Pemurah iaitu Subhana Llahi wabihamdih, subhana Llahi l-`azim (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ ٱلْعَظِيمِ)”
(HR: Bukhari/ 6682)
6. Contoh lagi,
Dari Abu Malik al-Asy’ari dia berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
“Suci adalah sebahagian iman, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi apa yang ada antara langit dan bumi"
(HR: Muslim , 328, sahih)
Iaitu pahalanya memenuhi antara bumi dan langit iaitu bila dibaca dengan penuh keyakinan dan penghayatan.
7. Rasulullah juga bersabda,
“Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”
(Riwayat al-Bukhari, 7563)
Ini contoh zikir-zikir yang mudah tapi tinggi nilainya.. Dan terlalu banyak dalil keutamaan orang yang berzikir. Allah mengatakan,
Iaitu lelaki atau perempuan yang banyak berzikir, Allah kurniakan keampunan dan pahala yang besar kepadanya. Kalau kita dapat hadiah dari boss pun kita suka, inikan pula hadiah dari Allah.
Keutamaan/ fadhilat zikir
Ibnu Qayyim r.h (691-751 H) menyebutkan lebih 70 keutamaàn berzikir kepada Allah swt. Maka, disebut kan di sini sebahagian dari keutamaan tersebut. Agar kita bersemangat membasahi lidah kita berzikir kepada Allah. Di antaranya:
1. Berzikir menghidupkan dan menguatkan hati.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Abu Musa al-Ash'ari RA, Nabi bersabda: “Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
( HR: Bukhari)
Yang mati itu hatinya. Kalau sudah mati , payah untuk diberi nasihat. Susah mendengar nasihat. Maka jika mahu hati yang hidup , banyakkan berzikir kepada Allah.
Dalam riwayat yang lain nabi bersabda,
"Perumpamaan rumah yang digunakan untuk zikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuk zikir, laksana orang hidup dengan orang yang mati.” (HR. Muslim)
Kalau rumah selalu diisi dengan tilawat alquran, solat-solat sunat, berzikir, diadakan pengajian, maka rumah itu diisi dengan kebahagia- an. Seperti orang yang hidup. Tetapi sebaliknya jika rumah itu diisi dengan maksiat, seperti menonoton filem-filem lagha, muzik-muzik dan lagu-lagu nyanyian, ghibah dan namimah, maka rumah tersebut seperti mati , tidak ada kebahagiaan di dalam- nya.
Menguatkan fizikal
Ketika Fatimah r.ha penat bekerja di rumahmya sehingga tapak tangannya keras kerana sering menggiling gandum, lalu ia meminta nabi s.a.w memberinya pembantu. Nabi s.a.w tidak memberinya tetapi ia bersabda,
“Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu. Aku ( Ali) tidak pernah meninggalkan amalan itu selepas mendengar dari nabi."
(HR: Bukhari Muslim)
Bila seseorang mengamalkan ini, bila ia bangun tidur, badannya kuat tidak keletihan. Maka terap kan hadis ini dalam kehidupan.
Allah juga berfirman tentang orang yang berjihad,
Dengan mengingat atau berzikir kepada Allah, seseorang menjadi kuat dalam berjihad dijalan Allah.
3. Allah akan menyebut-nyebut nama orang yang berzikir.
Dalilnya dari firman Allah,
Bila kita berzikir kepada Allah , maka Allah akan meningat-ingat kita itu maksudnya dengan memberi keampunan dan pahala kepada kita. Sedangkan keampunan Allah adalah perkara yang mahal.
Di dalam hadis qudsi riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Allah s.w.t. berfirman : Aku membalas hambaKu mengikut apa yang disangka terhadapKu. Aku bersamanya apabila dia mengingati Ku. Jika dia mengingatiKu sendirian, Aku mengingatinya pada diriKu."
4. Berzikir mendatangkan kebahagiaan
Orang mengeluh kerana solatnya tidak khusyu, tidak bahagia, bila mendengar nasihat dari quran tidak terkesan, cepat bosan membaca al quran. Kenapa?
Kerana kurangnya berzikir kepada Allah. Allah berfirman,
Hati orang beriman itu tenang dengan berIkir kepada Allah. Syaratnya ia beriman kepada Allah dan hari akhirat dulu.
Menyebut manusia, menyebut Allah
Maka sebab itu Abdullah bin Aun (66-151H) berkata,
" Menyebut-nyebut hal manusia adalah penyakit, tetapi menyebut-nyebut Allah adalah ubat ( bagi hati.)"
Az -Zahabi (672- 748 H) dalam mengomentari perkataan ini, berkata,
" Sungguh menakjubkan, oleh sikap dan kebodohan kita, bagaimana kita meninggalkan ubat sebaliknya menerjang penyakit? Maka benarlah kata-kata Abdullah bin Aun".
Lihat dalam kehidupan kita. Kita sering menyebut ini, menyebut itu , berita ini, berita itu, bukannya di larang, tapi bandingkan masa yang kita gunakan untuk mengingat Allah. Dalam 24 jam, banyak mana kita mengingat Allah, banyak mana kita mengingat manusia?
Ketika kita melihat berita itu dan ini, membaca berita-berita manusia terus-menerus, hati kita menjadi sakit. Terlalu banyak informasi yang tidak perlu, yang membuat kita bermaksiat , membenci, membuat kita sedih, dan bermacam-macam sehingga hati kita susah untuk bahagia.
Kemudian dampaknya, solat susah khusyu. Kenapa? Kerana kita terlalu banyak meninggalkan zikir kepada Allah swt.
5. Setiap ibadah bertujuan mengingati Allah.
Allah berfirman kepada Musa a.s,
Ulama mengatakan pahala solat yang kita dapat bergantung kepada sebanyak mana kita mengingati Allah dalam solat tersebut.
Allah berfirman lagi,
Dua fungsi solat
Ulama mengatakan solat itu ada dua fungsi. Yang pertama, untuk mencegah kemungkaran dan perbuatan keji, dan yang kedua untuk mengingati Allah. Manakala fungsi kedua itu lebih penting dari yang pertama. Kerana Allah mengatakan, dirikanlah solat untuk mengingati Ku.
Sebab itu ulama mengatakan setiap ibadah yang semakin banyak zikirnya, semakin besar pahalanya. Bukankah rasulullah s.a.w ketika berbicara tentang ibadah haji, bersabda,
" Tidaklah disyariatkan tawaf, atau sa'i, atau melempar jamarat kecuali untuk berzikir kepada Allah swt."
Yang paling baik
Maka jika ditanya siapa orang yang paling baik ibadahnya? Iaitu orang yang paling banyak zikirnya dalam ibadah tersebut.
Siapakah mujahid terbaik? Iaitu yang paling banyak berzikir ketika berjihad.
Siapakah haji yang terbaik? Sebaik-baik haji ialah yang paling banyak talbiah dan paling banyak menyembelih korban.
Siapakah orang yang paling baik solatnya? Iaitu yang paling banyak mengingati Allah dalam solatnya. Iaitu dikirannya fokus mengingar Allah, buka fikirannya kesana kemari.
Puasa siapakah yang paling baik? Iaitu orang yang paling banyak zikirnya kepada Allah. Kerana zikir adalah tujuan kita beribadah kepada Allah swt.
6. Terhindar dari maksiat-maksiat lisan
Kenapa kita sering mengghibah (mengumpat) ? Kenaps kita sering merendahkan orang lain? Kenapa kita banyak komen itu ini.? Kerana kita kurang berzikir kepada Allah swt.
Seandainya seseorang sering berzikir kepada Allah swt, maka dia tak sempat lagi untuk mengghibah, atau menceritakan kejelekan orang lain, atau merendah kan orang lain. Kerana ia sibuk dengan berzikir kepada Allah swt.
Faedah zikir terlalu banyak, hingga tidak sempat hendak dijelaskan ditempat yang terhad ini. Tetapi ada beberapa contoh zikir yang patut kita amalkan secara tetap.
Bermacam-maacam zikir
Iaitu zikir pagi dan petang. Jangan ditinggalkan.
Zikir selepas solat. Jangan terburu-buru untuk bangun. Sambil dihayati maknanya. Ia memberi faedah membuat hati kita nyaman dan bahagia .
Sering-sering lah membaca al quran, iaitu firman-firman Allah yang menciptakan kita.
Juga membaca zikir-zikir kegiatan harian. Zikir keluar rumah, zikir masuk rumah, sebelum makan selepas makan, pakai pakaian, masuk bilik air, keluar bilik air, masuk masjid, keluar masjid, berhubung dengan isteri, naik kenderaan, masuk pasar, maka hendaklah kita hafal zikir-zikir tersebut.
Semoga Allah mudahkan kita unruk membasahi lisan kita dengan mengingati Allah .
Semoga bermenafaat.
Dari khubah Dr. Firanda.
Klang.
28/11/24
Ulasan
Catat Ulasan