Langkau ke kandungan utama

Catatan

15) Selari Dengan Keimanan

Salam sejahtera,         Menjalani gayahidup minima bukan saja untuk kebersihan, kelapangan dan keceriaan, tetapi ia sangat selari dengan keimanan yang saya pegang sebagai Muslim.         Dengan hidup minima kita hidup dengan cara yang paling sederhana. Baik dari segi rumah, kenderaan, pakaian, hiasan, makan- minum dan juga perbelanjaan. Kita cukup dengan yang ada dan yang perlu sahaja. Tidak berlebihan sehingga membazir.         Ia juga suatu perjalanan spiritual yang nyata sebenarnya. Semua yang kita lihat dan nilai, adalah dengan matahati berbanding mata fizikal sahaja. Kita melihat sesuatu dengan kebaikan dan keburukan. Ia adalah satu yang hidup dengan hati bukan hanya mengikut nafsu semata2.         Dengan hidup minima kita dapat merasai keperitan hidup orang yang susah. Kalau hidup penuh dengan kelebihan, kita tidak akan faham hidup orang yang kekurangan. Kita tidak dapat menilainya dengan mata...

14) Rumah Bandar

Salam,                                      "Own less, live more"           Jika kita tinggal dibandar atau pinggirbandar, dan duduk dirumah teres atau flat, masalah utama adalah ruang rumah yang sempit. Bayangkan duduk di rumah flat yang luasnya hanya 730 kaki persegi, dan ada lima anak. Pasti terasa rimas dan bosan. Betul?           Jikalau kita tak mengawal kuantiti barang2 yang masuk  ke dalam rumah, dengan ruang yang sempit, buku2 dan pakaian yang penuh ditepi dinding, perabot, alat2 elektrik dan sebagainya, ruang yang kecil yang ada, akan menjadi lebih sempit.  Sehingga sesetengahnya, ruang tamu menjadi tempat makan dan tempat tidur. itu masalah yang dibuat oleh kita sendiri sebenarnya. . Kita sedang menekan jiwa kita sendiri.                     Apa solusinya? ...

13) Kebaikan (5): Kurangnya Perbelanjaan

Salam,           Satu lagi menafaat jika mengamalkan gaya hidup minima ialah berkurangnya perbelanjaan.          Jikalau kita cukup dengan yang sedikit dan yang perlu sahaja, maka tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak lagi seperti sebelumnya. Harta atau barang2 kepunyaan kita yang banyak bukan sahaja kelihatan semak, tapi ia juga memerlukan kos. Iaitu ruang untuk menyimpan, membaiki, membersih dan menjaganya. Semua ini memerlukan kos.          Dengan barangan yang perlu sahaja, bukan sahaja tidak kelihatan semak, tetapi juga mengurangkan kos kita.         Ramai orang menyangka kebebasan kewangan dicapai dengan adanya lebih banyak wang. Realitinya lebih banyak wang menarik kita untuk lebih banyak berbelanja. Mahu dan mahu lagi. Sehingga rasa masih tidak cukup.        Sebaliknya kebebasan kewangan ada pada pengamal gaya hidup minima. Mereka cukup ...

12) Mulakan Langkah Pertama Yang Ringan

Salam, Faith is taking the first step even when you don’t see the whole staircase.”  – Martin Luther King, Jr.          Anda mungkin baru cuba untuk membersihkan rumah anda dari segala yang anda fikir untuk menjadi hidup minima. Disana mungkin ada bermacam2 benda, baik yang lama atau yang baru, yang mahal atau yang murah dan lain2 lagi.         Mungkin anda terfikir apakah perlu dibersihkan semuanya? Walaupun ianya mahal, ada nilai sentimental, sayang untuk dinyahkan atau mungkin pasangan tidak bersetuju.        Ya, semua orang berfikir begitu. Tapi apa yang penting anda mulakan dengan langkah pertama yang ringan. Contohnya, bersihkan laci anda, kereta anda, bilik atau yang kecil2 dahulu. Dan rasakan perubahannya. Rasakan kenikmatannya.  Langkah seterusnya adalah mengikut keselesaan anda sendiri.           Ia seperti berbasikal sejauh 50km. Nampak macam mustahil. Tap...

11) Minima Dalam Makan-minum

Salam,            Hidup minima bukan sahaja dalam hal benda2 atau barang2 sahaja. Ianya termasuk dalam hal makan -minum kita.           Kita suka membeli makanan dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana kita rasa kita akan berasa puas dengan banyaknya dan mahalnya apa yang kita makan. Kerja untuk makan kata sesetengah orang.         Tapi sebenarnya kita hanya perlukan sedikit sahaja makanan yang perlu. Selebihnya hanya men jadi lemak dan menggemukkan badan kita. Akhirnya kita mendapat sakit seperti diabete dan obesiti. Keluarga atau kerajaan terpaksa menanggung kos merawat orang sakit ini dengan banyaknya.          Makanan yang tidak habis dimakan akan dibuang begitu saja. Terutama dalam bulan puasa, atau dihotel2, bertan2 makanan dibuang. Ianya satu pembaziran.          Makan dalam kadar yang sedikit itu menyihatkan. Berapa ramai orang merana sakit hanya...

10) Kebebasan Dari Sikap Membanding2

Salam,            Sudah menjadi budaya kita, seseorang mahu memiliki harta yang banyak. Iklan2 mempengaruhi kita supaya membeli yang terbaharu dan terhebat. Kita sentiasa melihat ini dan membandingkannya dengan orang lain. Oleh itu kita mahu memiliki banyak dan banyak  lagi.           Akhirnya tenaga berharga kita banyak dihabiskan dengan membanding milikan kita dengan orang lain. Kita ambil tahu apa yang dia buat di harijadinya, apa teknologi yang ada dalam poketnya dan apa  jenis pakaian yang ia pakai. Ini menyebabkan kita berharap memiliki benda yang  sama. Boleh jadi juga impian dan harapan ini berubah menjadi perasaan dengki.         Tanpa kita  sedari, sebenarnya kita gagal untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki, sedangkan itu yang sepatutnya. Kita asyik melihat apa yang belum kita  miliki.       Apa punca suka membanding2 itu? 1. Hati yang tidak ikhlas dal...

9) Kebebasan Dari Nafsu Untuk Memiliki

Salam,                  Kita bekerja tiap hari untuk memenuhi kehendak lahiriah yang wajib. Sesudah itu kita terus juga bekerja demi mengumpul sedemikian banyak benda2 yang kita letakkan disetiap ruangan rumah.        Semakin  lama semakin banyak,kerana kita menyangka semakin banyak bermakna semakin bahagia. Harta simbol kebahagiaan. Ia telah menjadi budaya yang mengakar dizaman moden ini.        Tapi adakah itu benar?        Tidak. Kerana harta yang banyak hanya membebankan jiwa. Kerana kita perlu menjaga, membaiki, menambah, rasa khuatir dan lain2. Kita perlukan lebih lagi wang untuk tujuan itu.          Namun, dengan         Mengamalkan hidup minima kita dapat membebaskan kita dari nafsu ini. Kita tidak perlu menghabiskan waktu yang maksimum untuk mengumpul harta yang melampau. Waktu kita adalah terhad, Oleh itu waktu ...