Langkau ke kandungan utama

11) Minima Dalam Makan-minum

Salam,




           Hidup minima bukan sahaja dalam hal benda2 atau barang2 sahaja. Ianya termasuk dalam hal makan -minum kita.

          Kita suka membeli makanan dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana kita rasa kita akan berasa puas dengan banyaknya dan mahalnya apa yang kita makan. Kerja untuk makan kata sesetengah orang.

        Tapi sebenarnya kita hanya perlukan sedikit sahaja makanan yang perlu. Selebihnya hanya men jadi lemak dan menggemukkan badan kita. Akhirnya kita mendapat sakit seperti diabete dan obesiti.
Keluarga atau kerajaan terpaksa menanggung kos merawat orang sakit ini dengan banyaknya.

         Makanan yang tidak habis dimakan akan dibuang begitu saja. Terutama dalam bulan puasa, atau dihotel2, bertan2 makanan dibuang. Ianya satu pembaziran.

         Makan dalam kadar yang sedikit itu menyihatkan. Berapa ramai orang merana sakit hanya disebabkan makan berlebihan.

         Firman Allah yang ar rahman:

Wahai manusia, makanlah dan minumlah apapun yang ada di bumi ini selama dia halal dan thayyib. Dan jangan sekali-kali kalian mengikuti langkah-langkah syaitan kerana syaitan adalah musuh yang nyata bagi kalian. (Albaqarah; 168)

        Tidak saja Allah bercerita mengenai langit dan bumi sahaja, tetapi hal-hal yang kecil pun di beri nya panduan. Semata-mata supaya kita mengambil pengajaran. Makan yang halal dan yang baik fizikalnya dan baik kesannya dan jangan berlebih-lebihan.

         Oleh itu , mari makan secara minima. Ia menyihatkan badan,  menjimatkan wang, masa  dan tenaga. Ia membebaskan kita menjadi hamba makanan. Berapa banyak wang dan masa kita habis hanya kerana makanan.

Tips: "Makan dengan tiga bahagian perut, satu untuk makanan, satu untuk air dan satu untuk pernafasan"

27/7/18

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...