Langkau ke kandungan utama

734) BAGAIMANA MEMULAKAN PERUBAHAN HIDUP YANG LEBIH DIREDHAI ALLAH ?

Bismillah.
Alhamdulillah. 
Assalamualaikum, 






Kehidupan lebih baik 

  Setiap manusia pasti menginginkan kehidupan yang lebih baik, hati yang tenang dan pengakhiran hidup yang diredhai Allah.

  Namun, perubahan tidak semestinya bermula dengan sesuatu yang besar. Ia boleh bermula dengan amalan kecil yang dilakukan secara ikhlas dan istiqamah.

  Jangan tunggu menjadi insan yang sempurna untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mulakan dengan apa yang mampu dilakukan hari ini. Sedikit demi sedikit, mudah-mudahan Allah membimbing kita ke jalan yang diredai-Nya.



1. Bersedekah setiap kali ada kesempatan.

  Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Hulurkan bantuan mengikut kemampuan, walau pun sedikit.

  Nilai sedekah bukan semata-mata pada jumlah wang yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati.

  Senyuman, bantuan tenaga dan perkataan yang baik juga termasuk dalam sedekah.

  Ingatlah, sesuatu yang kecil pada pandangan manusia mungkin besar nilainya di sisi Allah.


2. Bangun malam dan dirikan solat walaupun dua rakaat.

  Cuba latih diri bangun malam untuk menghadap Allah walaupun hanya dua rakaat solat. .

  Selepas itu, peliharalah solat Subuh dan usahakan solat Dhuha.

  Solat malam mendidik jiwa supaya lebih dekat dengan Allah, manakala solat Dhuha mengajar kita memulakan hari dengan mengingati-Nya.

  Jangan pandang kecil amalan yang dilakukan secara berterusan.


3. Banyakkan istighfar walaupun perlahan dan sedikit.

  Biasakan lidah menyebut Astaghfirullah setiap hari.

  Kerana kita manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan dan dosa. Istighfar bukan sekadar meminta keampunan, tetapi juga pengakuan bahawa kita memerlukan rahmat Allah.

  Jangan biarkan dosa menjauhkan kita daripada Allah. Sebaliknya, jadikan dosa sebagai sebab untuk kita segera kembali kepada-Nya.


4. Berzikir di sela-sela pekerjaan.

  Jangan fikir bahawa mengingati Allah hanya boleh dilakukan ketika berada di atas sejadah.

  Ketika memandu, memasak, bekerja atau berehat, basah kan lidah dengan zikir.

Sebutlah, 
  Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dan La ilaha illallah.

  Zikir menghidupkan hati. Apabila hati sentiasa mengingati Allah, kita akan lebih berhati-hati dalam perkataan, perbuatan dan keputusan hidup.


5. Jaga solat pada waktunya.

    Jadikan solat sebagai keutamaan, bukan sesuatu yang dilakukan apabila ada kelapangan.

  Solat ialah    hubungan langsung antara seorang hamba dengan Penciptanya.

  Jangan kita begitu menjaga masa untuk urusan dunia sehingga mengabaikan panggilan Allah.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa, ayat 103:

"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."

  Menjaga solat bermakna kita sedang menjaga hubungan dengan Allah.


6. Berbakti kepada ibu bapa.

  Jangan tunggu   mereka tua, sakit atau tiada lagi di dunia untuk kita menghargai mereka.

  Hormati, sayangi, bantu dan doakan mereka.

  Bercakaplah dengan lembut, jangan meninggikan suara dan jangan melukakan hati mereka.

  Firman Allah dalam Surah Al-Isra', ayat 23, 
  Di mana Allah memerintah kan supaya kita berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan melarang kita berkata kasar kepada mereka walaupun dengan perkataan "ah".

  Keredhaaan Allah sangat berkait dengan kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa.



7. Baca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit.

   Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk meninggalkan Al-Quran.

  Jika belum mampu membaca banyak, mulakan dengan beberapa ayat setiap hari.

  Bukan sekadar membaca, tetapi berusahalah memahami maksud dan mengamalkan petunjuknya.

  Al-Quran bukan hanya untuk dibaca ketika ada kematian atau majlis tertentu. Ia adalah petunjuk kehidupan yang perlu menemani kita setiap hari.



8. Ikhlas menerima ujian Allah.

  Kehidupan tidak selalunya berjalan seperti yang kita harapkan.

  Ada masa    kita diberikan kesenangan, ada masa kita diuji dengan kesakitan, kehilangan, kesempitan rezeki dan kekecewaan.

  Belajarlah menerima ketentuan Allah dengan sabar dan redha.

  Redha bukan bermaksud kita berhenti berusaha,     tetapi menerima ketentuan-Nya tanpa berputus asa daripada rahmat-Nya.

  Yakinlah bahawa setiap ujian mempunyai hikmah yang mungkin belum mampu kita fahami.


Penutup

  Perubahan hidup yang diredhai  Allah tidak bermula dengan     banyaknya harta, tingginya    kedudukan atau hebatnya penampilan seseorang.

  Ia bermula apabila hati mula mahu kembali kepada Allah.

  Jangan terlalu sibuk menghitung amalan orang lain sehingga terlupa memperbaiki amalan sendiri.

  Jika dahulu kita sering meninggalkan solat, mulakan dengan menjaga solat.  Jika dahulu kita jarang membaca Al-Quran,    mulakan dengan beberapa ayat. Jika dahulu kita sering melakukan kesilapan, perbanyakkan istighfar dan bertaubat.

  Ingatlah, kita tidak perlu menjadi     sempurna untuk kembali kepada Allah. Tetapi kita perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri agar menjadi hamba yang lebih baik.

 Semoga sisa umur yang Allah pinjamkan kepada kita dipenuhi dengan amal soleh, hati yang bersih, kehidupan yang diberkati dan pengakhiran yang husnul khatimah. آمين.


   Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  (Ar Ra'd:11) Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berl...

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...