Bismillah.
🤲 Doa Ketika Melihat Kaabah
Terdapat doa yang masyhur dibaca ketika pertama kali melihat Kaabah. Namun, doa khusus ketika melihat Kaabah tidak sabit daripada hadis sahih Nabi ﷺ menurut sebahagian ulama. Kita boleh berdoa dengan apa-apa doa yang baik.
Antara doa yang boleh dibaca ialah:
اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْبَيْتَ تَشْرِيفًا وَتَعْظِيمًا وَتَكْرِيمًا وَمَهَابَةً
Maksud: “Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, kebesaran, kehormatan dan keagungan kepada Baitullah ini.”
Disambung:
tambahkanlah kemuliaan,
kebesaran, kehormatan dan
kebaikan bagi sesiapa yang memuliakan, membesarkan dan mengagungkan dari mereka yang mengerjakan haji dan umrah. Ya Allah engkaulah assalam, daripadamu lah keselamatan, maka sambutlah kami dengan kesejahteraan.
🤲 Doa memohon kebaikan dunia dan akhirat
Ketika melihat Kaabah, kita juga boleh membaca doa yang terdapat dalam al-Quran:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksud: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.”
📖 Dalil: Surah Al-Baqarah, ayat 201.
🌹 Pesanan
Apabila pertama kali melihat Kaabah, hadirkanlah rasa syukur dan kerendahan hati kepada Allah. Berdoalah dengan penuh pengharapan, memohon keampunan dosa, keteguhan iman, kesihatan, kesejahteraan keluarga serta husnul khatimah.
Tidak ada doa khusus yang wajib dibaca ketika melihat Kaabah. Berdoalah dengan apa-apa doa yang baik, menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang kita fahami, kerana Allah Maha Mendengar setiap permohonan hamba-Nya.
Masuk masjid malalui mana2 pintu yg senang. Dalam keadaan khusyu dan rendah diri.
Bila melihat kaabah bertakbir 3 kali. Mengulang-ulang nya dengan kalimah "lailahaillallah ".
Pergi ke hajaral aswad. Sentuh, kucup ia tanpa bersuara serta tundukkan kepala. Ulang 3 kali.
Kemudian bertawaf qudum. Ia adalah ucapan salam kepada masjidil haram. Jika ada solat jemaah, solat dulu baru tawaf.
Sebanyak 4 pusingan.
Kemudian lakukan saie. Dengan meletak kain ihram sebelah bawah bahu kanan dan menyelitkan hujungnya diatas bahu kiri. Kanan terdedah.
Ulasan
Catat Ulasan