Langkau ke kandungan utama

233) ADAKAH WAKTU KITA DI MEDSOS ( INTERNET) AKAN DITANYA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,



      Kita ini sama. Kalau kita buka media sosial ( internet) , bersedia- kah kita untuk ditanya oleh Allah, tentang waktu yang kita gunakan itu? Sabda nabi s.a.w,

    "Tidak berganjak kedua-dua kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara: 
tentang umurnya, untuk apa dihabiskan; 
tentang ilmunya, bagaimana dia mengamalkannya; 
tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuhnya, untuk apa ia gunakan."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

      Tentang umurnya, bukankah umur itu waktu? Maka kita pasti akan ditanya tentang waktu yang kita gunakan. Allah mengatakan dalam surah At takathur: 8,


          Maka di antara nikmat yang nabi s.a.w sebutkan ialah nikmat waktu yang terluang.  Nabi s.a.w bersabda lagi,

   "Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara;
waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
waktu sehatmu sebelum waktu sakitmu,
masa kayamu sebelum datang masa fakirmu,
masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
dan hidupmu sebelum datang matimu."
 (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak-nya)

      Salah satunya,  masa luangmu sebelum datang masa sibukmu. Maka ketika ada masa terluang tiada apa-apa nak buat, sedang santai, lalu kita  buka internet melihat medsos, menonton sesuatu, entah apa yang kita  tonton,  orang tidak tahu. 

    Bersediakah kita untuk ditanya, mengapa kau gunakan waktu mu menonton  ini? Kalau kita bersedia maka silakan tonton,  kalau tidak bersedia dengan jawapan yang Allah redha, maka jangan . Itu bererti kita tidak bersyukur dengan  nikmat waktu kita. 

    Kita rasa sudah bersyukur tapi sebenarnya belum. Di antara nikmat yang kita kurang syukuri ialah nikmat waktu. Seharusnya kalau kita bersyukur maka setiap nikmat yang Allah berikan tidak kita gunakan  sedetik pun kecuali kepada benda yang bermenafaat.  Harusnya demikian.

   Tapi ternyata di antara kita masih buang waktu, menghabiskan waktu dengan medsos, bermakna syaitan mencuri banyak waktu kita. Iaitu dengan yang tidak bermenafaat bahkan yang bermaksiat, bahkan yang menurunkan iman kita. Bukti kita tidak mampu menjawab dengan betul  dihadapan  Allah nanti  ialah bila kita tutup medsos itu, iman kita terus jatuh. Keyakinan kita kepada hari akhirat menurun. Bermakna pasti ada yang salah, yang bermaksiat yang kita tonton. Hati kita kepada akhirat itu jadi keras,  tidak takut dengan azab Allah. Itulah effek nya yang serta-merta. 


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
31/3/25


      


       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...