Langkau ke kandungan utama

197) MENGAPA MENGADU KEPADA MANUSIA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum ,



      Bila ditimpa masalah   atau  kesusahan , mengadulah hal dan masalah itu kepada  Allah yang pertama-tamanya. Apalagi jika hal privasi yang paling privasi. Contohnya masalah keluarga yang sepatutnya  di rahsiakan  dari pengetahuan orang luar ,  jangan pula sebaliknya  di curahkan masalah itu  kepada orang umum. 

       Kalau anda ada masalah, baik masalah peribadi, masalah ekonomi, masalah pekerjaan dan  sebagainya,  sampaikan kepada Allah, maka tak lama lagi akan ada penyelesaiannya. Tetapi jika di curahkan kepada manusia  nescaya ia tak mampu selesaikannya. Bahkan mungkin membuatkan keadaan lebih sulit, kerana dapat  nasihat yang salah.

      Lihat apa kata nabi s.a.w mengenai masalah berkaitan ekonomi,  atau selainnya ,

    “Barang siapa yang tertimpa kesusahan kemudian mengadu kepada manusia maka kesusahan nya tidak akan teratasi. Dan barang siapa tertimpa kesusahan kemudian mengadu kepada Allah, maka Allah akan memberi jalan keluar dari kesusahan, cepat atau lambat.” 
(HR Tirmidzi).

      Ini nasihat buat kita semua. Tetapi   telah jadi satu fenomena yang parah di zaman medsos ini, dimana orang suka mencurah kan isi hatinya , ditulis dalam statusnya di media sosial, baik secara terang-terangan atau berisyarat. Sebagai cara mencari penyelesaian masalahnya. 

      Namun,   yang  benarnya, kalau ada masalah mengadulah kepada Allah terutama di waktu malam  yang sunyi . Nescaya akan cepat selesai masalahnya. Itu juga tanda taqwa kita kepada Allah, iaitu redha dengan takdir Allah swt  dan kembali kepada Allah yang maha Mengetahui masalah kita. 

      Kalau mengadu hal kepada manusia, misalnya ,  boleh jadi ia akan membuka aib pasangannya atau yang berkaitan. Ini akan menyebabkan retak menjadi belah dan  sudah terlambat untuk diselamatkan.  Dan masalah juga tidak selesai.  Tapi kalau mengadu kepada Allah, kita tidak membuka aib pasangan kita, bahkan Allah akan beri penyelesaian terbaik.  


     
Cara terbaik

       Cara terbaik dalam memohon pertolongan Allah ialah dengan cara solat , doa dan sabar.  Lihat apa kata Allah dalam surah al Baqarah: 153,


      Tentunya pastikan kita orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Sesudah itu , sabar bila ditimpa ujian atau masalah. Kemudian tetap mengerjakan solat dan berdoa di dalamnya . Di situlah datangnya pertolongan Allah.  Dengan sabar itu maka Allah selalu dekat dengan kita dan membuka jalan penyelesaianNya untuk kita. 

Semoga bermenafaat.


Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
10/9/24
 

      
      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...