Langkau ke kandungan utama

100) MANUSIA MULIA DENGAN AL QURAN.

Bismillah
Assalamu'alaikum,



       Di dalam al quran ,setelah Allah memberitahu  bahawa sifat rasul itu adalah  lelaki dari kalangan manusia , tetapi musyrikin Mekah tetap meminta rasul itu dari kalangan  malaikat. Maka Allah meminta musyrikin supaya bertanya ahli kitab terdahulu , seperti pendeta Yahudi, adakah rasul itu terdiri dari kalangan malaikat? Dan adakah rasul dari kalangan  manusia itu  suatu perkara yang baru?
    
        Semua kitab terdahulu menunjukkan rasul itu terdiri  dari manusia yang lelaki bukan malaikat.

       Sesudah itu Allah beritahu apa akibat jika mereka tak beriman dengan  rasul dan apa pula hasilnya jika beriman dengan rasul. Dengan itu maka Allah turunkan ayat 9 surah Anbia' ini:


         Sesudah terbukti di dalam kitab terdahulu bahawa rasul itu dari jenis manusia lelaki, maka siapa yang beriman kepadanya  , Allah  akan tunaikan janjiNya kepada mereka. Apa janji Allah itu?

        Iaitu Allah akan selamatkan mereka. Dan sesiapa yang tidak beriman kepada rasul, maka Alllah berjanji akan binasakan mereka yang melampau itu. 



Allah tolong orang yang tegakkan al quran

         Bila para rasul itu didustakan atau ditolak kenabian mereka  , maka Allah akan datangkan pertolonganNya. Lihat surah yusuf:110,
          Allah datang kan pertolongan kepada para rasul yang sudah putus asa berdakwah kepada kaumnya itu. Lalu mereka  diselamatkan Allah. Manakala orang yang berdosa itu Allah timpakan musibah.

      Manakala kita  sekarang tak buat pun kerja dakwah  , bagaimana Allah nak beri pertolongan kepada orang Islam yang ditindas di merata dunia. Bahkan kita berangan-angan nak masuk syurga Allah. Apa kata Allah dalam surah al Baqarah : 214?
        Di sini Allah nak tegur orang Islam yang berangan-angan nak masuk syurga sedangkan belum datang lagi ujian seperti kaum terdahulu. Iaitu mereka ditimpa ujian dengan kemiskinan, kesakitan dan tekanan perasaan apabila mereka menyeru manusia beriman kepada Allah, sehingga mereka tertanya-tanya  bila sampainya  pertolongan Allah?  Maka Allah jawab bahawa pertolongan Allah itu dekat.

       
Tiga jenis ujian

      Tiga    jenis ujian tersebut, iaitu kemiskinan, kesakitan dan tekanan perasaan itu datang kerana buat kerja dakwah. Bukan disebabkan  hal-hal dunia seperti bersukan,  beriadah atau melancong.   Hanya orang yang buat kerja dakwah atau membantu Islam yang  mendapat ujian tersebut yang akan mendapat pertolongan  Allah. Itu  sunatullah.
       
        Pertolongan Allah kepada nabi s.a.w datang selepas 21 tahun berdakwah. Setelah ramai para  sahabat yang terkorban ,sakit dan tergoncang hati mereka. Bukan sekejap perjuangan nabi baru pertolongan  Allah sampai iaitu  apabila nabi s.a.w  dapat membuka kota Mekah pada tahun 8 hijrah.
      
        Walaupun  Allah syaratkan tiga jenis ujian  itu untuk seseorang dapat masuk syurga, tapi ujian  seseorang juga bergantung kepada iman seseorang
Kalau iman kuat Allah uji berat, kalau iman tipis ,   Allah uji sedikit saja.


Dorongan berdakwah
    
         Apa yang mendorong seseorang untuk buat kerja dakwah walaupun pertolongan belum sampai?  Ini Allah terangkan dalam surah Anbia:10,
        Iaitu kerana kandungan al quran itu sendiri yang akan memuliakan sesiapa yang membaca dan menyampaikannya kepada manusia.

Peringatan dari al quran 

        Allah turunkan kitab al quran  yang isinya menunjuk  kepada manusia apa tujuan hidup, apa sebab-sebab kemuliaan manusia dan apa sebab yang akan menyebabkan  azab kepada manusia. 

       Sebab itu bila baca quran, fokus yang utama ialah peringatan di dalamnya, bukan nak khatam. Bila fokus khatam maka  tidak akan dapat peringatan . Bila tidak dapat peringatan maka sifat buruk takkan berubah. Walaupun khatam berkali-kali.
    
        Peringatan dari Quran akan merawat penyakit hati seperti dendam, hasad , cinta dunia ,   pemarah dan lain-lain. Kenapa kita tak menggunakan akal untuk memahami tujuan alquran itu diturunkan? Ia semata-mata kebaikan untuk kita bukan keburukan. Mengapa tak ambil peduli? Allah mencela orang yang tak nak faham isi al quran. 

Apa maksud zikrukum?

  Mengikut ar Razi maksud zikru kum ialah:

  1.  Kemuliaan ,ketinggian atau kehebatan kamu   . Maksudnya sesiapa yang beramal dengan quran ia akan dapat kemuliaan  , ketinggian dan kehebatan di dunia dan akhirat . Contohnya nabi s.a.w  dan para sahabat. Nama-nama seperti Abu Bakar, Umar, Bilal  dan abu Hurairah disebut-sebut manusia dari dulu hingga sekarang walaupun mereka miskin. Kenapa mereka disebut? Kerana beramal dengan al quran.

2. Peringatan kepada manusia.
Supaya jangan ada sifat dengki ,  sangka buruk dan supaya manusia ambil perhatian tentang  apa yang tidak halal bagi kamu. Dan mengingatkan manusia apa yang wajib , apa yang sunat diamalkan .

3. Bermaksud janji buruk dan janji baik.
Iaitu janji neraka bagi yang kufur  dan janji syurga bagi yang beriman.
    

Kemuliaan dengan al quran

         Allah sendiri berkata bahawa al quran itu akan membawa kemuliaan kepada manusia. Lihat surah az Zukruf:44 
       Sebelum quran turun, kaum musyrikin Mekah  dalam keadaan hina, bunuh anak, menyembah berhala dan lain-lain. Tapi dengan alquran mereka akhirnya berubah menjadi mulia. Jika manusia mahu kemuliaan tapi tak ikut quran maka ia akan salah jalan.

         Ketika Umar radhiyallahu ‘anhu menjadi khalifah, beliau menunjuk Nafi’ bin Abdul Harits untuk menjadi gabernur di Mekah.

      Suatu ketika, Nafi meninggalkan Mekah kerana hendak bertemu Umar di daerah Asfan.

“Siapa yang menggantikanmu di Mekah?” tanya Umar.

“Ibnu Abza.” Jawab Nafi’.

“Siapa Ibnu Abza?” tanya Umar.

“Salah satu mantan hamba di Mekah.” Jawab Nafi’.

“Mantan hamba kamu jadikan sebagai pemimpin?” tanya Umar.

“Dia hafal al-Quran, dan faham tentang ilmu faraid.” Jawab Nafi’.

Kemudian Umar mengatakan, bahwa Nabi ﷺ pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya Allah mengangkat sebagian kaum berkat kitab ini (al-Quran), dan Allah menghinakan kaum yang lain, juga kerana al-Quran.”
(HR. Muslim)

        Jadi, Umar r.a  bersetuju dengan Nafi' kerana alquran telah mengangkat  seseorang yang beramal dengannya.

      Begitu juga imam Syafie contohnya. Oleh kerana dia penghafal dan pengamal al quran maka  namanya disebut-sebut hingga sekarang.

       Tetapi  hari ini ibubapa berhabis duit untuk anaknya  , supaya anaknya  mulia di sisi manusia.  Tapi kadang bila dah mulia dan kaya ia tinggal kan dan lupakan emaknya. Sebab apa,?  Sebab ibubapanya mahu anaknya mulia di sisi manusia bukan di sisi  Allah.

       Tapi bapa Maryam bernazar bahawa  anak yang dikandung isterinya mahu di jadikan mulia di sisi Allah maka sampai sekarang nama Maryam disebut-sebut  manusia.

Adakah Quran senang difahami?

     Jika senang difahami apa buktinya?
Lihat apa kata Allah dalam surah  al Qamar:17,
         Alquran itu Allah mudahkan tetapi mengapa manusia tidak mahu  mengambil peringatan darinya? Sedangkan manusia perlukan alquran seperti  orang yang lapar dihidangkan makanan sedap tapi tak dimakan. Kenapa? Apa masalah orang itu? Iaitu samada ia buta atau hilang selera.
  
          Sama seperti alquran . Alquran itu menghidangkan ilmu yang terbaik untuk manusia. Kita pula dahaga ilmu dan  dahaga iman Tapi kita tak teringin meneliti alquran,  kenapa? Itulah kerana hilang deria rasa akibat cinta dunia yang menebal di dalam dirinya. 

     Ayat dari surah al Qamar  ini  diulang lima kali dalam surah ini. Iaitu pada ayat  17, 23,32  ,40 dan 51 . Ini bermaksud  ayat ini penting tapi kenapa  manusia tak faham-faham? 
 
        Allah tak kata Allah mudahkan quran untuk dibaca dan  dikhatam. Tapi  untuk diambil peringatan. Itu tujuan alquran diturunkan. Maka Allah tanya lagi...

Kesimpulan

           Al quran   turun dengan penuh keberkatan dan kebaikan. Dan  cara nak dapatkan  kebaikan itu ialah dengan tadabbur dan ambil peringatan darinya.
 Orang yang begitu  lah orang yang dipanggil ulul albab.

       
Padang Jawa.
13/9/23

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...