Langkau ke kandungan utama

91) APA KEKUATAN ORANG BERIMAN?

  

Bismillah.
Assalamualaikum,


          Siapakah orang yang kuat dalam menerima ujian dalam perjalanannya untuk  mendapat rahmat Allah?  Lihat apa kata Allah dalam surah an Nahl: 42 ini,
         Iaitu orang yang sabar dan selepas itu bertawakkal kepada Allah.  Inilah  dua senjata bagi orang yang berhijrah dari jahil kepada iman dan amal untuk mendapat rahmat Allah,  iaitu,
1. Sabar
2. Tawakkal

      Jadi, orang yang ingin mengubah hidupnya dari jalan hidup yang lama kepada jalan hidup yang baru yang mengikut hidayah Allah, perlukan kesabaran. Sabar dalam menuntut ilmu, sabar beribadah, sabar meninggalkan larangan Allah, sabar menghadapi ujian dan sebagainya. 

        Selepas sabar , serahkan urusan atau keputusan yang diambil,   iaitu bertawakkal kepada Allah apa hasilnya. Ada orang sabar tapi tak serah pada Allah maka ia gagal. Ada orang serah pada Allah tapi panas baran. Tak sabar. Lepas marah , baru  nak serah  pada Allah , tengok-tengok  dah terlepas cakap , contoh dah terlepas kata cerai, baru nak sabar, sudah tak berguna.

        Manusia yang paling kuat ialah yang berserah kepada yang paling kuat, iaitu Allah. Siapa yang berserah kepada yang paling kuat ia jadi kuat. Siapa yang berserah kepada yang lemah, iaitu manusia, ia akan jadi lemah.

Sebanyak Mana Pahala Sabar?


        Kenapa kepada orang-orang beriman Allah masih suruh bertaqwa lagi? Bukankah iman dan taqwa itu sama? Sebabnya ialah iman itu boleh naik boleh turun, sebab itu Allah suruh orang beriman itu  bertaqwa sentiasa  kepada tuhan.
     
      Orang yang bertaqwa itu sentiasa berbuat baik kepada  Allah dan manusia.  Kebaikan atau Ihsan yang kita buat pasti Allah balas dengan kebaikan. Tapi ihsan yang macamana?  Ihsan kepada:

1. Allah,
 Iaitu kita menyembah Allah seolah-olah kita nampak Allah, jika tidak maka Allah sentiasa nampak kita.

2. Manusia
Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. 

      Kebaikan yang orang beriman lakukan pasti dibalas Allah dengan kebaikan juga. Samada di dunia dan tentunya di akhirat. Lihat surah ar Rahman :60,

       
         Sesudah bersabar dan berbuat kebaikan  jika kita merasakan rezeki kita sempit di satu tempat  ingatlah bahawa rezeki Allah itu luas. Orang beriman jangan khuatir. Orang luar pun datang ke tempat kita untuk mencari rezeki. Itu tanda rezeki  itu luas.
    
       Kadang-kadang dalam usaha kita mencari rezeki serentak  mentaati perintah Allah, kita perlu sabar. Berapakah pahala oran yang sabar?  Iaitu  pahala yang sempurna   akan didapat kan oleh orang yang sabar iaitu dengan pahala yang tak terbatas. Iaitu pahala yang hanya Allah mengetahuinya. Lihat az zumar:10,

        Sabar itu dikatakan sabar  yang benar pada masa kejadian . Iaitu pada masa ianya  berkaku  , adakah ia boleh sabar. Jadi bila  terkena musibah atau keburukan,  ingat surah az zumar: 10 ini supaya tetap sabar kerana ganjaran yang Allah nak berikan tanpa batas.



Alor Jambu, Kuala Nerus,
30/8/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...