Langkau ke kandungan utama

89) MENGAPA WAJIB MENYEMBAH ALLAH SAHAJA?

Bismillah.
Assalamualaikum,


        Mengapa manusia mesti menyembah dan bertuhankan Allah sahaja.? Mengapa tidak boleh bertuhan kepada makhluk-makhluk lain seperti matahari ,  bulan , berhala dan sebagainya?

        Maka di sini ada jawapannya mengapa manusia wajib menyembah dan bertuhan kan Allah satu-satunya sahaja. Allah berkata dalam surah al Baqarah:255,

        Ayat ini menceritakan semuanya tentang Allah. Seolah-olah kita bertanya siapakah kamu?   Allah jawab ," Aku ialah Allah." Jadi , Allah nak ceritakan mengenai diri Nya  di dalam ayat di atas..
      
       Sebenarnya, kalau kita kenal dan taat kepada  Allah , Allah tak dapat apa-apa pun. Dan jika kita tak kenal Allah dan tak taat kepada  Allah , Allah tak rugi satu sen pun. Sebenarnya , faedah nya adalah 100%  untuk manusia . Sebab Allah tahu nikmat yang paling besar dan jalan yang paling selamat ialah bila manusia kenal Allah. Asas agama ialah kenal Tuhan.

        Apa makna Allah?  Iaitu tuhan yang satu-satunya yang  berhak disembah. Allah itu berasal dari perkataan ilah. Ditambah dengan alif lam maka jadi lah  Allah. Nama tuhan yang terbesar ialah Allah. Tuhan yang disembah.
        
Mengapa Hanya  Allah tuhan yang Berhak diSembah?

          Kata nabi s.a.w , 'Perkataan yang terbaik yang diucapkan olehku dan semua para rasul ialah lailaha illallah.' 
       
        Tapi ramai tak yang mengucapkan kalimah lailahaillallah tapi tak solat? Atau yang buka aurat? Ramai.
      
       Sebenarnya ia tak faham apa makna ucapan itu. Iaitu makna lailahaillallah ialah:

1. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Tuhan-tuhan lain selain Allah tidak layak di sembah.

2. Tidak ada peraturan atau undang-undang yang patut diikut melainkan undang-undang Allah.

3. Tidak ada benda yang kamu mesti takuti  kecuali Allah. Takut hanya kepada Allah sahaja bukan benda lain.

4. Tidak ada benda yang kita boleh  bertawakkal kecuali kepada Allah. Tidak boleh mengharap kepada manusia begitu juga jin.

       Oleh itu,  bila kita ucap perkataan ini kita kena ubah semua  cara kehidupan kita. Bila kita ucap perkataan ini kita tidak boleh lagi ada unsur-unsur jahiliah lagi.  Tidak boleh ada lagi amalan-amalan berbentuk bid'ah, iaini  yang bukan dari sunnah. Kena tukar semua.
       
        Tidak ada amalan kecuali amalan  yang berasal  dari Allah dan  rasul.
     
     Bila orang yang ucap perkataan ini masih lagi buat benda ikut nafsunya, sebenarnya ia tak faham makna perkataan ini.
     
      Jadi, kenapa hanya Allah tuhan yang berhak disembah ?. Maka Allah jawab, melalui ayat di atas, iaitu kerana  Allah itu:

1.  Al hayyu. Maknanya Allah itu maha hidup. Hidup Allah tiada permulaan yang  dipanggil azali dan tiada akhir  yang dipanggil abadi. Tiada siapa yang menciptaNya. Dan beza hidup kita dengan hidup  Allah ialah hidup kita ada akhirnya. Tetapi Allah tidak. 

2. Al qayyum . Dari perkataan qiam (berdiri). Maknanya Allah itu tidak bergantung kepada apa-apa saja. Ia berdiri sendiri. Dan makna kedua ialah , Allah berdiri yang mana Ia tempat bergantung semua makhluk.
       
       Oleh itu amat tak betul jika manusia  bergantung kepada sesuatu  yang tidak berdiri sendiri. Iaitu makhluk semuanya.

3. Allah tidak mengantuk. Sebab semua manusia boleh dikuasai oleh mengantuk, tetapi tidak kepada Allah.

4. Allah juga tidak tidur. Ada orang mengantuk tapi tak boleh tidur. Ada juga orang tidur walau ia tak mengantuk. Tapi Allah , kedua-duanya tidak.

5. Ia pemilik langit dan bumi. Langit dan bumi yang sebesar ini di miliki oleh Allah. Tidak ada makhluk lain yang memilikinya.

6. Tidak ada sesiapa yang mampu memberi syafaat di akhirat kecuali dengan izin Allah. Walaupun nabi Muhammad s.a.w kepada anaknya Fatimah,  melainkan dengan izin Allah.

7. Allah mengetahui semua perkara yang lepas , yang sedang dan yang akan datang.  

       Bagi orang beriman jika  hari ini ia aman dan ada rezeki yang cukup dan sihat , maknanya ia  telah dapat dunia dan seisinya.  Kenapa ? . Kerana hari esok belum tentu sampai. Jadi , apa kewajipan orang beriman? Nak menyesali hari semalam? Dah tak berguna. Oleh itu orang beriman sentiasa beramal kerana esok belum tentu sampai.
 
8 .  Manusia tidak mengetahui sesuatu ilmu kecuali sedikit sahaja.  Umpama air yang melekat di jari berbanding air seluas laut.

        Oleh itu manusia  patut takut kepada Allah untuk berbuat maksiat. Kerana Allah tahu semuanya, Allah nampak semuanya. Walau ketika kita sendirian di dalam bilik yang gelap.

9. Kursi Allah meliputi langit dan bumi besarnya. 

      Dari hadis yang berbunyi,  ' Tidaklah langit dan bumi jika  dibandingkan  dengan kursi Allah  , melainkan seperti segulung besi yang dicampak di tengah-tengah padang pasir ( yang luas). Dan tidaklah kursi  Allah jika dibanding dengan arasy Allah melainkan  seperti segulung besi yang kecil dicampak di tengah padang pasir yang luas'. 

        Maknanya kursi Allah lebih besar dari langit dan bumi. Dan arasy Allah pula lebih besar dari kursiNya.

         Jadi   Allah nak beritahu kita betapa  hebatnya Allah  melalui ciptaanNya. Jika ciptan Nya saja begitu besar sehingga tak dapat dibayangkan, bagaimana pula Allah itu sendiri?
    
        Tapi manusia bila lihat benda-benda  ia kagum dengan benda itu, lupa nak kagum kepada penciptanya. Manusia berfikir separuh sahaja , tak sampai habis.

10. Walaupun kursi dan arasy itu besar ,  ia tak membebankan Allah untuk menjaga dan mengurus kedua-duanya. Allah itu bukan saja Pemilik dan Penjaga tapi juga Pengurus ciptaanNya. Walau langit ada 7 lapis, bumi berlapis-lapis,  tapi Allah senang saja menguruskannnya.

11. Allah itu maha tinggi.   Tinggi dari sudut zatNya iaitu Allah istiwa di atas arasy,  dan tinggi  dari sudut sifatNnya. 

12. . Allah bersifat agung. Agung dari segi kuasaNya,  penglihatanNya , pendengaranNya, kasih sayangNya dan lain-lain sifat Allah , semuanya agung.

      Jadi kerana semua sifat Allah di ataslah maka hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah. Kenapa manusia sembah benda yang lemah? Yang mengantuk, yang tidur ,yang  tidak tinggi kedudukannya, yang tidak mencipta  dan yang tidak agung sifatnya?

     Begitu juga kenapa manusia perlu takut kepada benda-benda yang lemah dan tidak takut kepada tuhan yang agung sifatnya?

Kesimpulan
     
     Oleh itu,  jika kita sembah Allah sahaja, kita akan jadi manusia  paling tenang, tidak takut kepada benda/ makhluk Allah lagi  berani dan paling bahagia. Sebab apa?  Kerana dia menyembah kepada tuhan yang paling kaya dan paling kuat.



Padanv Jawa.
24/8/23



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...