Langkau ke kandungan utama

77) KENAPA PENTING BERAKHLAK MULIA?

Bismillah.
Assalamualaikum, 


           
          Nabi s.a.w datang untuk menyempurnakan akhlak yang mulia kepada manusia. Akhlak seseorang itu dapat dipandang oleh manusia maka ia melambangkan agama yang dibawanya. Jika buruk akhlaknya maka agama itu pun dipandang buruk juga. 

         Ada peristiwa di zaman nabi yang melambangkan akhlak nabi yang mulia . Dan ada pula peristiwa sekarang yang telah menyimpang dari akhlak nabi yang sebenar.

          Mula-mula kita lihat kisah yang berlaku di dalam satu masjid di satu negeri. Seseorang telah mencuri tabung masjid . Kemudian ia ditangkap dan telah dihukum,  dikasari dengan melampau oleh Ajk masjid tersebut  yang ianya  memakai serban , pakai jubah, yang tak berhenti mengikut kuliah maghrib di situ. Tapi sayang, hati mereka tiada rahmat kepada orang lain. Semuanya mengikut hawa nafsu yang geram sahaja.

Akhlak nabi
  
     Kita lihat pula bagaimana akhlak nabi yang lembut hingga orang kafir jadi beriman. Ada seorang kafir bernama Sumamah bin Asan  .. Ia ketua satu kabilah iaitu   al Yamamah. Ia telah ditawan oleh orang Islam di dalam satu peperangan . Akhirnya  ia dibawa dan diikat di sebatang tiang masjid nabi.
   
         Ia kafir. Pencuri duit masjid tadi dengan kafir mana lebih jahat? Tapi nabi tak pernah berkasar dengan nya apalagi menyuruh sahabat memukulnya. Nabi beri ia minum,  beri dia makan. Di hari pertama nabi masuk , nabi bertanya kepada  Sumamah, " bagaimana keadaan kamu hari ini Sumamah"?
Jawabnya, " kalau kamu bunuh aku, ketahuilah bahawa darah aku berharga, kaum aku akan   nenuntut bela. Dan jika kau beri aku nikmat  ( bebaskan  ) aku adalah orang  yang paling pandai membalas budi, dan jika kau mahukan tebusan  aku akan beri, kerana aku ada harta yang banyak. "

         Hari kedua pun nabi bertanya, bagaimana keadaan kamu hari ini Sumamah? Maka di jawab oleh Sumamah dengan jawapan yang sama  seperti semalam. 
       
         Hari ketiga pun nabi bertanya seperti hari kedua , bagaimana keadaan  kamu hari ini Sumamah? Maka dijawab oleh Sumamah dengan jawapan  yang seperti dua hari sebelumnya. Lantas nabi pun meminta sahabat membuka ikatannya . Nabi tak buat apa-apa lagi kepada Sumamah. Manakala Sumamah yang baru terlepas itu tidak balik kepada kaumnya tetapi ia pergi mencari air untuk dia mandi . Kemudian ia kembali  kepada nabi di dalam masjid dan  terus ia mengucap dua kalimah syahadah  di hadapan  nabi.
      
        Kemudia ia berkata," wahai rasulullah sebelum ini engkau ada lah orang yang paling akau benci di atas mukabumi ini, tapi hari ini engkau adalah orang yang  paling aku sayang. Sebelum ini agama engkau ialah agama yang paling aku benci tapi hari ini agama engkau lah agama yang paling aku cinta. Dan sebelum ni bumi Madinah ini ialah bumi yang paling aku benci tapi sekarang Madinah ini adalah bumi yang paling aku cintai."  Kemudian dia meminta rasulullah mengajarnya cara umrah sebab dia hendak pergi umrah.


Kesan akhlak yanh baik

           Dari kisah di atas, dengan akhlak mulia  nabi, orang kafir masuk islam.  Tapi adakah  dengan akhlak  Ajk masjid , imamnya, nazirnya , menyebabkan orang seronok nak pergi masjid?  Semakin ramai orang nak pergi  masjid? Realitinya kanak-kanak  tak suka , remaja pun tak suka. Yang suka ialah persatuan orang pencen @ POP. Sebab apa? Sebab bosan duduk di rumah dengan karenah anak dan isteri.  Sebab  itu ketika  kuliah mereka  duduk mana? Tiang sana  satu ,  tiang sini satu. Bukan semua.
    
         Antara budak yang curi duit tadi dengan ustaz yang dapat 200 tiap kali datang tapi tak mengubah akhlak ahli jemaah itu, siapa lebih bersalah?  Pendidikan masjid  yang gagal . Ia memperlakukan budak tersebut seperti haiwan. Adakah patut?
     
       Pendidikan di masjid gagal melahirkan ajk yang rahmah kepada orang lain. Yang mencuri lagi patut di beri rahmah.  Takkan demi duit masjid yang tak seberapa kita sampai menyiksa dia hingga hampir mati dan ia masuk neraka? Nyawa manusia dengan duit mana lebih mahal?
     
       Dan ada satu kisah orang Badwi yang kencing dalam masjid nabi. Mana lebih teruk, kencing dalam masjid  dengan curi duit masjid? Tapi adakah nabi biarkan sahabat pukul  si Badwi itu? Kenapa nabi larang sahabat  sedangkan  Badwi itu sudah kencing dalam masjid? Sebab nabi nak sahabat berakhlak baik kepada orang yang bersalah.  Kalau sekarang orang kencing dalam masjid,   ajk buat apa kepada dia ?
    
Kesan akhlak yang buruk

          Bila orang Islam tak berakhlak,  menyebabkan orang tak suka kepada Islam . Itu bahaya yang lebih besar jika tak berakhlak. Sebab akhlak  dapat dilihat. Sebab itu ramai yang masuk  Islam dulu kerana akhlak nabi  bukan kerana  kuliah maghrib  nabi, bukan juga kerana  forum perdana nabi.
      
       Ada satu kes curi duit masjid juga dulu, pencuri itu kena belasah hingga berdarah. Tiada  rahmat kepadanya.

Dalam surah ali imran: 159
Allah berkata:
159." Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Karena itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

         Dalam ayat di atas Allah bagitau bahawa akhlak lembut nabi itu Allah masukkan ke hatinya. Jikalau ia berakhlak buruk ,  hati keras,  mulut kasar,  semua sahabatnya akan lari darinya. Walaupun  ia  seorang nabi. Ini kan pula kita orang awam biasa, lagi patut lebih berakhlak.

         Yang penting ialah  beri rahmat dan belas kasihan walaupun  pun ia pencuri. Kenapa kita tak  fikir nak bawa dia ke jalan Allah? Bawa dia solat, fahami quran dan jadi muslim yang  baik? Bukan fikir duit sahaja. Belum ada masjid di Malaysia ini terputus duit lagi. Kita lebih takut duit masjid dicuri daripada takut tidak berdakwah kepada pencuri itu. Kita tetap akan ditanya nanti.

Kesimpulan.

       Akhlak melambangkan luaran sesuatu agama itu. Jika akhlak penganutnya baik orang nampak agama itu pun baik. Sedangkan akhlak adalah buah ibadah. Jika akhlak kita buruk bermakna ibadah kita tak berhasil.



Klang.
31/7/23

      

    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...