Langkau ke kandungan utama

75) HENDAK TIPS MERAIH CINTA ALLAH?

Bismillah.
Assalamualaikum,      


        Apabila Allah cintakan hamba Nya  dia akan membalasnya dengan nikmat yang terbesar iaitu syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.

        Seperti kata Allah dalam al quran surah ar Rahman: 46,
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya, ada dua syurga” 
(Ar-Rahman: 46)

       Semua orang mahukan syurga. Tidak ada orang yang tidak mahu. Tapi sebelum itu bagaimana cara kita hendak meraih cinta Allah supaya akhirnya kita diberi ganjaran syurga?

Baca 10 tips bagaimana meraih cinta Allah :


1. Membaca al quran dengan faham.

         Ada sahabat dulu yang sedang membaca al quran dalam solat ketika menjadi pengawal malam, telah di panah. Sahabat itu tidak berhenti hinggalah panahan yang kedua sampai. Ia tak berhenti membaca al quran tetapi kerana mengingatkan pesanan nabi supaya menjaga keselamatan  pasukan maka ia terpaksa berhenti. 

        Begitu lah tahap cinta sahabat dulu kepada al quran. Tapi kita kini baca quran sekejap saja. Melihat hand phone lebih banyak dari membaca al quran. Baca surah pendek sahaja  dalam solat. Baca pun tidak faham walaupun  sudah baca 20 tahun lamanya. 

          Tapi kita boleh faham bahasa inggeris dalam masa  sebulan saja jika untuk tujuan   bekerja atau belajar. Tapi 20 tahun tak boleh faham bahasa arab. Kenapa?  Bagaimana hendak mendapat cinta Allah?

2. Solat sunat selepas solat fardhu.

        Bila malas solat sunat itulah tanda kita tak cintakan Allah. Habis solat fardhu terus bangun atau sekadar berzikir sahaja  ,  itu belum cinta Allah.
 
           Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 

"Sesungguhya Allah ta’ala berfirman: Siapa yang memusuhi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku

 wajibkan atasnya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya. Dan jika Aku telah 

mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan 

Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.“ (Riwayat Bukhari). 

      Oleh itu banyakkan amalan  sunat, lagi banyak lagi Allah cinta. Malas buat yang sunat, jauh dari cinta Allah. Iaitu sehingga telinganya, matanya , kaki dan tangannya hanya digunakan kepada yang Allah redha saja.
       
       Bila nak bercakap kita  fikir dulu, jika tiada kebaikan , maka berhenti bercakap. Begitu juga mata dan telinga jika bukan melihat dan mendengar yang  Allah redha, maka berhenti. Itulah  tanda kita mendahulukan Allah lebih  dari nafsu sendiri.

3. Sentiasa berzikir kepada Allah.
   
         Iaitu ketika berdiri,  duduk  atau berbaring. Nabi tak pernah tidak berzikir kecuali ketika hadas besar. Sebab itu  penting untuk kita amalkan zikir harian yang nabi ajar. Setiap keadaan ada zikirnya. Keluar rumah  , masuk rumah , naik kenderaan, keluar tandas, hendak makan, sesudah makan semua ada zikirnya. Nak tidur,   bangun tidur. Semua ada zikir.  Itu menunjukkan orang beriman sentiasa berzikir. Macamana kita nak dapat  cinta Allah sedangkan  kita  tak amalkan zikir yang diajar nabi?
    
4. Utamakan cinta Allah lebih dari nafsu sendiri ketika bertembung dengan nafsu.

          Ketika lapang kita senanglah nak pergi solat jemaah dan lain-lain. Tapi bila kita sibuk dengan urusan  dunia , urusan bisnes, urusan  kerja, masa itu bertembung dengan  nafsu. Kalau kita cinta Allah maka kita lawan nafsu dan ikut apa yang dituntut oleh Allah ketika itu.
  
        Bila melihat yang diharamkan Allah kita tundukkan mata kerana tahu Allah melihat kita. Kita pun lawan nafsu kita kerana itu yang Alllah suka . Ketika hendak becakap, nak lepas cakap kita ingat kata Allah iaitu jangan bercakap kecuali yang baik. Maka kita jaga percakapan kita baru kita akan rasakan kemanisan iman.

5. Selalu perhatikan dan hayati nama-nama dan  sifat  Allah.

         Kita mungkin tak tahu nama dan sifat-sifat  Allah apalagi maksud nama-nama Allah itu.  Al ghaffur,  arrahim. Sayang nya Allah pada kita , Allah beri kita sihat boleh belajar tadabbur al quran. Ramai orang yang sudah meninggal maka tidak lagi berpeluang mencari pahala  Allah. Berada dalam kubur entahkan di azab tapi kita masih lagi berpeluang hidup itu satu nikmat dari Alllah.
    
         Al jabbar. Kalau Allah nak hukum kita sekelip mata saja. Tapi kita buat dosa setiap hari namun Allah biarkan , bagi sihat lagi. Maka selalulah ingat Allah melalui nama-nama Nya.

6. Bila beribadah hendaklah rasa kita orang yang paling hina.
        
          Bila solat, atau puasa atau baca quran hendaklah kita rasa kita ini paling jahat, paling banyak dosa , paling hina. Jangan ada rasa 'aku dah ok sejak solat malam ni'. Maka rosaklah hati kita. Menghapuskan kemanisan beribadah. Oleh itu  kita hendaklah sentiasa merendah diri.

Lihat surah al mukminun: 60,
." dan mereka yang memberikan apa yang mereka berikan (sedekah) dengan hati penuh rasa takut (karena mereka tahu) bahwa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya,"

     Sifat takut tidak diterima amalan,  rasa hina,  rasa rendah diri di depan Tuhan adalah sifat yang baik supaya dapat merasakan kemanisan iman.

7. Kena ada waktu kita berkhalwat dengan Allah.
    
           Khususnya ketika baca quran. Tidak baca depan orang, jangan ada hand phone di sebelah, atau ada bunyi -bunyian lain. Kerana kita sedang bercakap dengan Allah maka jangan ada gangguan  lain. 

        Jangan tengah baca kita berhenti jawab telefon atau lain-lain. Kita sudah habis masa berpuluh tahun dengan manusia, sedangkan dengan Allah sedikit saja. Yang sikit itu pun kita curi lagi untuk makhluk. Maka tidak akan rasa kemanisan iman dan  kebesaran Allah sebab kita tak hormat pun dengan Allah.

8. Sentiasa bergaul dengan orang yang soleh.
   
          Cari kawan yang selalu mengingatkan kita,  yang selalu beribadah, menutup aurat dan banyak ilmu. Jangan berkawan dengan orang yang  lagha. Bukan bermakna memutuskan hubungan . Sebab nabi ada berpesan;
     "Seseorang itu adalah mengikut agama kawan-kawannya.'

          Kalau kawan bercakap pasal bisnes kita pun akan sama cakap pasal bisnes , kalau cakap pasal makan kita  pun ikut cakap pasal makan.  Tapi kalau kawan kita suka cakap pasal quran , pasal sunnah  ,   kita pun  akan  terkena tempiasnya juga.

9. Jauhkan diri dari apa saja yang menyebabkan dosa dan hati jadi keras.

     Kalau ada kawan yang suka mengumpat , tinggalkan. Kadang kita pergi ke kedai suka  membazir maka jangan pergi.  Pantang tengok semua nak beli walaupun tak perlu. Sebab Allah tak suka orang membazir.  Walaupun benda kecil tapi lama-lama ia akan jadikan hati keras.

10. Bertaubat kepada Alllah bila buat dosa.

          Bertaubat segera bahkan sepanjang masa. Sebab kita memang selalu buat dosa. Oleh itu kena istighfar dan taubat sepanjang masa.
       
          Taubat tak perlu tunggu tengah malam, solat taubat. Bila berdosa , istighfar dan  tinggalkan  dosa itu, menyesal dan berazam tak akan buat lagi. Itu lah jalan taubat.


Kesimpulan

            Ilmu atau tips ini tidak akan  dapat mengubah diri kita jika tidak diamalkan dan mohon pertolongan Allah.  Allah sahaja yang dapat mengubah hati kita supaya menjadi dekat dengan Allah.


Klang.
27/7/23




   


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...