Langkau ke kandungan utama

73) ASAS UNTUK KENAL ALLAH

 Bismillah.
Assalamualaikum,        


   

            Kebanyakan manusia tidak kenal Allah. Oleh itu mereka tiada rasa takut kepada  Allah dan tiada rasa syukur kepada Allah.
    
         Apakah asas untuk kenal Allah? Pilih salah satu jawapan berikut:
a) belajar sifat 20
b) belajar tauhid 3
c) belajar tauhid usul tsalasah
d) belajar kitab kuning
e) berfikir tentang alam sekeliling

         Apa jawapan terbaik untuk kita kenal Allah? Jawapan di atas  semua betul tapi semua orang belum cukup kenal Allah juga. Siapa yang paling kenal Allah ? Iaitu nabi dan sahabat. Sedangkan mereka tak belajar dari apa-apa  kitab pun kecuali al quran. Melalui al quran mereka belajar dengan melihat langit , siang dan malam, bintang, berfikir tentang makanan, berfikir tentang tumbuhan , dan  berfikir tentang haiwan. Akhirnya mereka betul-betul kenal Allah. 

 Apa bukti mereka kenal Allah?

         Iaitu hidup mereka semuanya untuk Allah 100%.  Tapi kita macam-macam cara belajar tauhid, macam-macam  kitab tapi cinta dunia masih menebal. Masih kedekut untuk infak harta. Masih cinta dunia lebih dari cinta akhirat. Maknanya apa? Iaitu cara kita kenal Allah tidak  tepat.

 Lihat surah An nahl:11
"Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir."

Manakala di an Nahl:12 pula,

“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya), (QS. An Nahl :12)


dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran. 
(an-Nahl: 13)



Lihat juga surah al Fathir:28
28. "Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan haiwan-haiwan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama. Sungguh, Allah Maha perkasa, Maha Pengampun."


          Sungguh  hanya yang takut kepada Allah ialah ulama. Apa kaitannya dengan ayat di atas? Tentang binatang berbagai warna, orang berbagai warna, tumbuhan berbagai jenis, tiba-tiba  Allah kata yang takut pada Allah ialah orang yang berilmu.

 Apa Kaitannya?

           Orang yang takut pada Allah ialah orang yang berilmu kata Allah. Ilmu apa? Iaitu  ilmu kenal Allah. Yang Allah sebut tengok langit, tengok tumbuhan , tengok haiwan, daripada situ ia dapat ilmu tentang Allah. Inilah orang yang paling takut pada Allah.

        Jadi kaedahnya, semakin manusia kenal Allah semakin manusia takut Allah. Semakin ia jadi orang bertaqwa. 

         Daripada ayat diatas juga , dari mana ia dapat ilmu hingga ia takut kepada Allah? Adakah dari sekolah, atau dari  universiti? Tidak. Tapi Allah kata mereka inilah yang paling kenal dan takut kepada Allah. Iatu dengan melihat dan berfikir tentang ciptaan Allah. Sebab itu Allah pelbagaikan ciptaannya untuk memperkenalkan diri Nya.  Allah boleh saja nak jadikan sayur satu jenis saja  , ikan satu jenis saja dan binatang satu jenis saja. Tapi Allah pelbagaikan supaya kita berfikir tentang kebesaran Allah . Akhirnya kita semakin kenal dan  rasa kehebatan Allah. 
 
        Tapi manusia tak fikir begitu,  daripada mula masuk sekolah, apa yang manusia diajar untuk di fikirkan? Iaitu  tentang hidup di dunia . Cita-cita nak jadi apa bila besar nanti. Tentunya kerja yang bagus-bagus.

         Tapi tiada cita-cita nak jadi ulama yang takutkan Allah.  Bahkan ramai yang berilmu tapi tak takut kepada Allah. Kenapa?
    

Kesimpulan

        Untuk kenal Allah tak perlu kos apa-apa sebenarnya.  Para sahabat dulu paling kenal Allah kerana terus belajar dari kaedah al quran. Takut Allah tapi menguasai dunia.



Padang Jawa,
22/7/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...