Langkau ke kandungan utama

52) HiKMAH WUDHU'

Bismillah,
Salam,



   Wudhu'ini asal maknanya ialah mengelokkan, mencantikkan dan membersihkan.

        Dalam Islam , membersihkan ini dalam dua hal iaitu jasmani dan rohani. Jasmani itu seperti bila ada najis kita basuh. Bagaimana pula membersih rohani?

       Kita kentut mengapa basuh muka , tangan dan kaki? Sepatutnya basuh punggung lah! Ikut logik akal kita. Jadi pembersihan disini salah satunya ialah pembersihan rohani.

  Apa dalil wudhu itu membersih rohani?


Iaitu dari hadis nabi yang bermaksud,

“Bila seorang Muslim berwudhu, ketika membasuh muka, maka keluar dari wajahnya dosa-dosa yang pernah dilakukan matanya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, maka keluarlah setiap dosa yang pernah dilakukan tangannya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kakinya, maka keluarlah dosa yang dijalani oleh kakinya bersama titisan air yang terakhir, sampai ia bersih dari semua dosa.” (HR Muslim).

Lain-lain Hikmah berwudhu:


1.Mendapat doa dari malaikat;

Dari hadis nabi,

"Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci’.” (HR Ibnu Hibban)


2. Menjadi Identiti  muslim pada Yaumul Hisab

Dari hadis nabi,

Abu Hurairah RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya saudara-saudara kami itu akan datang dalam keadaan putih cemerlang karena wudhu dan aku yang akan membimbing mereka ke telaga.” (HR Muslim)

3. Tanda Keimanan;

      Di dalam salah satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Bersuci (wudhu’) adalah separuh daripada iman. Alhamdulillah akan memenuhi mizan (timbangan). Subhanallah wal hamdulillah akan memenuhi antara langit dan bumi. Sholat adalah cahaya. Shodaqoh adalah tanda.

     Kesabaran adalah sinar. Alquran adalah hujjah (pembela) bagimu atau hujatan atasmu. Setiap orang keluar di waktu pagi; maka ada yang menjual dirinya, lalu membebaskannya atau membinasakannya.” (HR Muslim)

4. Dikenali oleh rasulullah di akhirat nanti:

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan dahi, kedua tangan dan kaki mereka bercahaya, karena bekas wudhu.” (HR Bukhari dan Muslim)

5. Melepaskan ikatan syaitan semasa tidur.

    Rasulullah SAW bersabda: ”Syaitan akan datang mengikat ujung kepala kalian ketika sedang tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan syaian akan membisikkan ‘Kamu masih memiliki malam yang panjang, maka tidurlah.’ Jika engkau bangun dan mengingat Allah, maka akan terlepaslah ikatan pertamamu.

      Apabila engkau kemudian berwudhu maka akan terlepaslah ikatan kedua. Dan jika engkau melakukan salat, maka akan terlepaslah ikatanmu yang ketiga. Jika engkau tidak melakukan ketiga hal itu, niscaya hatimu akan menjadi sesat dan malas.” (HR Bukhari dan Muslim)


     Oleh itu jika tidak perlu, janganlah di lap anggota wudhu itu selepas berwudhu. Kerana setiap titisan air yang datang dari anggota wudhu itu maka terhapus satu dosa. Dosa dari muka yang terdiri dari mata, mulut dan telinga. Semua dosa yang tak disengaja atau dosa kecil dari anggota tersebut akan dihapuskan dengan kita mengambil wudhu. Sebab itu dipanggil hadas yang bermaksud kejadian. Sebab anggota itu yang berinteraksi dengan alam.

     Sebab itu agama guna istilah wudhu kerana wudhu itu an nazafah iaitu membersihkan rohani iaitu dosa dari anggota-anggota wudhu. Sebab itu wudhu mesti dimulakan dengan bismillah. Sebab dengan dengan bismillah itu baru ia menjadi perkara syariat jika tidak ia jadi seperti basuh muka saja. Seperti juga menyembelih. Dengan bismillah binatang itu jadi halal. Tanpa bismillah ia jadi bangkai.

Kesimpulan.

       Wudhu' nampak kecil sahaja tapi ia membawa makna yang besar.  Allah amat sayang kepada hambaNya maka diberinya jalan untuk menjaga diri sendiri dengan cara berwudhu'.


Padang Jawa 
10/6/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...