Langkau ke kandungan utama

49) Mengapa Perlu Peduli Allah Di Dunia Ini?

Bismillah,






         Manusia leka dengan dunia ini di mana dia hidup sekarang. Leka mengejar sesuatu atau menambah apa yang ada sehingga ia tak pedulikan 
Tuhannya.

         Mengapa dan apa pentingnya kita mencari tuhan di dunia ini? Salah satu sebabnya ialah kerana kita akan menghadapi satu hari yang besar iaitu hari kita dikumpulkan di padang mahsyar. Ketika itu manusia dikumpulkan seperti anak ayam yang dikumpul dalam kandang yang luas. Semua tidak berpakaian, semua dalam keadaan takut, risau dan sesal kerana akan berhadapan dengan hakim yang sebenar iaitu Allah. Menunggu di hisab amalan satu persatu.

          Tidak ada pelindung dan tidak ada yang memberi syafaat ( pertolongan) pada hari itu kecuali Allah. Seperti kata Allah dalam surah al An'am:51,


51. Peringatkanlah dengannya (Al-Qur'an) itu kepada orang yang takut akan dikumpulkan menghadap Tuhannya (pada hari Kiamat), tidak ada bagi mereka pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah, agar mereka bertakwa.

       Oleh itu kita perlu peduli Allah semasa hidup di dunia supaya di akhirat nanti Allah peduli kita dan bantu kita. Siapa yang tinggalkan Allah di dunia maka Allah akan tinggalkan ia di akhirat nanti, ia tidak diberi syafaat di kala kesusahan yang amat sangat di padang mahsyar nanti.

        Sesiapa yang tak pedulikan Allah di dunia ini, tak mahu ambil faham peringatan Allah dalam kitabNya, tak mahu beramal dan hanya mengikut hawa nafsu sahaja, diakhirat nanti baru nak cari Allah, sudah tak berguna. Seperti Firaun yang sombong kepada Allah, sesudah azab sudah didepan matanya, air laut sudah masuk kemulutnya, baru hendak beriman kepada Tuhan Musa a.s, sudah terlambat. Beriman itu ialah kepada hal yang ghaib, kalau sudah nampak neraka baru nak beriman , iman sudah tak berguna.

        Semua peringatan ini ada di sampaikan Allah melalui al quran. 


B-1-3, Klang.
24/5/23




           

          


   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...