Langkau ke kandungan utama

47) APA MAKSUD SEMBAH ALLAH?



Bismillah,
Salam semua, 

         Kebanyakan kita bila ditanya apa maksud ibadah akan terus kepada solat, haji, puasa , baca quran dan sebagainya.

       Dakwah nabi yang pertama kepada kaumnya ialah 'Wahai kaumku sembahlah Allah.' Ia tidak kata wahai kaumku dirikan solat. Kenapa? Padahal solat itu ibadah wajib yang utama!

Lihat surah an nissa':36

       "Dan sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada dua orang ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai  orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.."(4:36)

       Menyembah Allah adalah tugas manusia yang pertama dan utama. Maksud sembah Allah itu ialah hanya Allah saja yang disembah dan tidak menduakan Allah dengan sesuatu apa pun. Tidak sembah berhala, tidak berdoa kepada wali atau orang soleh, tidak menjadi dunia sebagai tujuan hidup, tidak mengambil hukum selain dari hukum Allah. Patuhi  Allah dalam segala urusan. Iaitu buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah tak suka.

        Jika ini sudah jelas dan jadi pegangan barulah didirikan solat dan beramal dengan lain -lain amal.. Jika pegangan aqidah  belum masuk ke dalam hati maka ibadat  dikerjakan dengan rasa berat atau berpura-pura atau riak. Jika hati sudah diisi dengan aqidah Allah saja yang disembah , maka lain- lain hukum atau suruhan senang dilakukan. Sebab asas aqidah ialah sembah/patuhi Allah secara keseluruhan. Itulah yang dimaksudkan  Allah  ciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadah kepada Nya.

       Tapi sekarang bila ditanya apa maksud ibadat, jawabnya solat, puasa, haji dan zakat sahaja. Tanpa di mulai dengan sembah Allah . Maka jadilah solat tapi buat maksiat, solat tapi rasuah, pergi haji tapi  minta tolong  dari dukun, dan lain-lain. Kenapa ? Kerana tiada dalam hati hanya Allah disembah secara keseluruhan. Yang difahaminya ibadah itu solat , diluar solat tiada kaitan. Sebab itu orang Islam terkadang ada dua watak, satu watak dalam solat dan satu diluar solat. Satu watak dalam masjid , satu watak di luar masjid. Satu watak di Mekah ,satu watak di Malaysia. Berbeza watak.

     Akhlak pun sama. Solat tapi akhlak sama macam orang kafir. Pakaian, pergaulan dan cara bertegur sapa sama macam orang kafir. 

      Kenapa jadi begitu? Kerana salah step dalam pendidikan. Dimana silapnya? Iaitu masuk saja sekolah tidak diajar sembah Allah tapi di kenalkan dunia, cinta dunia. Selepas itu baru disuruh solat . Sebab itu jadi berat bila nak solat, jika solat pun untuk tujuan dapat dunia. Quran pula bila baru nak mula faham? Bila dah tua dah pencen. 

         Jadi , apa punca jadi begitu? Kerana ibu bapa yang tak mendidik dan tak faham atau buat-buat tak faham  dari awal umur.


Kesimpulan.

       Mengenal Allah sebagai satu-satunya tuhan yang disembah dan hanya Dia yang menjadi sumber hukum dan  panduan hidup adalah didikan pertama yang wajib ditekankan. Aqidah itu biar masuk dan melekat ke dalam hati, bukan hanya sebagai teori akademik sahaja.Tanpa itu seseorang tidak akan  beriman dan beramal dengan iman yang sempurna. Ini penting kerana ia boleh membawa kita samada ke syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya atau ke neraka yang panasnya menggelegakkan otak-otak kita.



Padang Jawa.
7/5/23
16, syawal 1444

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...