Langkau ke kandungan utama

1) Erti Hidup Minima


  • Salam sejahtera,



             Saya memulakan blog ini dengan memberi erti 'Hidup minima' itu sendiri. Apakah maksud tajuk diatas?

            Maksudnya ialah, mengnyahkan semua unsur yang berlebihan  dan menetapkan sesuatu yang penting dan berguna sahaja disekeliling kita . Unsur yang dimaksudkan disini adalah berbentuk kebendaan ataupun material. Manakala menetapkan sesuatu yang penting dan berguna pula maksudnya kita tinggalkan yang penting dan berguna saja untuk kegunaan kita dan orang yang berkaitan dengannya. Ini bermakna kita menilai diri kita sendiri melebihi daripada menilai benda2.

            Manakala menilai sesuatu yang penting dan berguna adalah bersifat subjektif, kerana ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain, mengikut tujuan seseorang itu memilikinya untuk kegunaanya. Ini bermakna kita membuat keputusan berdasarkan apa yang kita perlukan bukannya atas dasar apa yang kita mahukan.

         Ia tidak bermakna apa yang kita beli mesti murah, bahkan ia boleh jadi sangat mahal, bergantung kepada keperluan kita.

         Jadi hidup minima ini adalah suatu praktikal bukan teori semata-mata. Ianya adalah satu gaya hidup. Ia juga adalah hasil minda kita bukannya satu ketetapan yang rigid. Ianya untuk dihayati dengan manfaat yang tertentu pula.




Padang Jawa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

189) APAKAH 10 PEMBATAL ISLAM?

Bismillah. Alhamdulillah, Assalamu'alaikum, Nikmat terbesar       Allah telah berikan kita berbagai nikmat yang tak terhitung banyak- nya.  Antara nikmat yang paling besar yang diberikan ialah nikmat Islam dan sunnah. Imam Abul Aliyah r.h (23 -93H), seorang tabiin yang mulia mengatakan,  'Allah swt memberiku dua nikmat, aku tidak tahu antara dua itu mana yang paling berharga, yang pertama bila Allah beriku hidayah Islam, yang kedua bila Allah tidak menjadikan ku berfikiran khawarij, sebaliknya memberiku hidayah sunnah.' Menjaga Nikmat      Islam adalah nikmat terbesar yang  diberikan, oleh itu menjadi kewajipan bagi kita menjaga nikmat tersebut. Agar kita diwafat- kan oleh Allah swt di atas Islam dan di atas sunnah. Maka, Allah pun berpesan dalam surah Ali Imran:102,          Maka ini perlu kita jaga sehingga Allah mencabut nyawa kita. Risalah kecil        Dengan tujuan ini ...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...