Biamillah. Assalamu'alaikum , Apakah dosa paling besar di sisi Allah s.w.t? Kerana dosa itu ada urutannya, ada tingkatannya, maka dosa besar mengikut urutannya ialah: 1. Syirik besar 2. Syirik kecil 3. Bid'ah 4. Dan seterusnya apa-apa dosa selain dari yang diatas. 5. Dosa-dosa kecil Jadi, dosa yang paling besar ialah syirik kepada Allah. Dalilnya surah Luqman:13, Apa makna syirik? Makna syirik ialah memalingkan ibadah kepada selain daripada Allah. Iaitu dalam urusan agama atau dalam mendekatkan diri kepada Allah . Oleh itu hendaklah seseorang itu istiqamà h di atas tauhid. Seseorang tidak akan memahami makna syirik melainkan dia mempelajari ilmu tentang dua perkara ini, iaitu tauhid dan syirik. Dalam al quran Allah memerintah kita ambil tahu bahawa, Hendaklah ki...