Bismillah.
Begitu juga mereka yang ada pangkat ini, Allah persilakan masuk syurga , seperti di nyatakan oleh Allah dalam al Fajr:29,
Assalamu'alaikum,
Allah beri nikmat Nya kepada kita dengan memilih kita berada dalam majlis ilmu. Kerana tak semua orang dapat berada dalam majlis ilmu melainkan orang yang dipilih oleh Allah. Ini satu tanda rahmat dan kasih sayang Allah. Dan dengan nikmat dan rahmat Allah ini pula menjadi jalan untuk kita mencapai syurga Allah kelak.
Maka apa tanda kita bersyukur kepada Allah atau tanda kita tidak kufur kepada nikmat Allah ? Apakah ciri-ciri orang yang bersyukur itu? Lihat surah al Furqan: 63 hingga 77 ,
Kalau Allah sebut abid itu maknanya semua hambaNya , baik yang beriman atau yang kufur. Lihat ali Imran:182,
Tetapi jika Allah sebut ibad itu maknanya itu hamba-hambaNya yang taat atau dekat dengan Allah. Iaitu satu anugerah yang istimewa dari Allah. Kita di dunia ini darjah yang tertinggi seperti tun , tan sri dan sebagainya. Tapi di sisi Allah darjah paling tinggi ialah abdul atau hamba Allah.
Maka dengan sebab itu, nabi kita mendapat pangkat hamba Allah seperti dalam ayat 1, surah al Isra',
Begitu juga mereka yang ada pangkat ini, Allah persilakan masuk syurga , seperti di nyatakan oleh Allah dalam al Fajr:29,
Jadi, perkataan ibad atau hamba ini jika digabungkan dengan nama Allah maka ia jadi istimewa. Tapi jika perkataan ini digabungkan dengan makhluk maka ia jadi hina dan buruk. Seperti hamba dirham, hamba manusia, hamba pangkat hamba dunia dan sebagainya. Maka itu hamba yang buruk. Tetapi jika digandingkan dengan arrahman iaitu 'ibadurrahman , maka itu pangkat yang tinggi dan mulia.
Bagaimana nak dapat tittle 'ibadurrahman?
Kenapa Allah letak nama hamba ini kepada arRahman? Kenapa tidak kepada nama Allah yang lain? Seperti ibadullah?
ArRahman bermaksud pemurah, penyayang, pengasih. Jadi, bukan semua orang yang Allah kasih , Allah sayang dengan sayang yang sempurna . Kecuali orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang Allah kasihi. Sebab itu Allah gandingkan 'ibad dengan arrahman. Maka berusahalah dan berdoalah supaya Allah pilih kita jadi 'ibadurrahman. Sebab itu pemuda Kahfi semasa dalam keadaan untuk selamatkan imannya , mereka berdoa meminta kasih sayang Allah iaitu,
Dengan kasih sayang Allah yang dimintanya, maka Allah selamatkan mereka dari kejahatan orang yang zalim. Dengan cara yang Allah mahu. Iaitu Allah tidurkan selama 300 tahun lebih.
Orang yang dapat kasih sayang Allah maka ia selamat , ia berjaya dan sebagainya. Orang yang dapat kasih sayang Allah, Allah tahu macamana nak ususkan dia , bagaimana dan bila masanya.
Jadi apakah ciri- ciri orang yang dapat kasih sayang Allah itu atau dipanggil 'ibadurrahman? Lihat al Furqan:63 ,
1. Bila berjalan di muka bumi , ia berjalan dengan rendah hati dan tenang. Iaitu tak menyombong kan diri. Apa pekerjaan nya pun boleh menjadi ibadurrahman, tak semestinya yang balik dari al Azhar sahaja . Tukang gunting pun boleh.
Bila seseorang ada kelebihan baik pangkat atau kekayaan ia boleh jadi sombong. Maka ibadurrahman ini sifatnya yang pertama ialah ia tidak sombong , ia merendah diri.
Contoh ibadurrahman ialah para sahabat nabi. Khalifah Saidina Umar semasa sampai di Baitul Maqdis , pembantunya yang naik kaldai sedang ia berjalan kaki. Kerana apa ? Kerana mereka bergilir-gilir menaiki kaldai itu.
Begitu juga nabi. Bila ia naik unta lalu terlihat kanak-kanak berjalan, maka dipanggilnya naik unta sekali. Adakah kita bila naik kereta atau motorsikal, ternampak budak-budak berjalan mahu menumpangkan mereka?
Ibadurrahman juga bila jumpa orang maka ia beri salam , senyum. Tapi kita bila ada pangkat sikit, jawab salam pun tak mahu, mata tak mahu melihat kepada orang,
Oleh itu kita kena minta, kena doa kepada Allah supaya dikurniakan hati yang merendah diri. Tidak sombong. Kerana nabi berkata bahawa ,
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat zarah”.
(HR Muslim)
Apa makna sombong? Sombong ialah menolak kebenaran dan memperkecilkan manusia. Bila jumpa Bangla, tak mahu beri salam dan tersenyum kerana memperkecilkannya. Itu sombong.
Dengan orang sombong pun, kita tak boleh bersikap sombong. Seperti nabi Musa bila berjumpa dengan Firaun. Allah pesan kepada Musa supaya pergi dan berkata dengan lemah-lembut kepada firaun.
Ibadurrahman mesti tidak bersikap sombong . Tidak boleh wanita bersalam dengan wanita yang lain hanya bersalam hujung jari sahaja. Itu menunjukkan kesombongan.
Nabi bersabda lagi,
“Sesiapa yang suka orang lain berdiri untuknya maka siaplah tempatnya di neraka.”
Riwayat Abu Daud (5229) dan al-Termizi (2755) daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Kata al-Termizi: “Hadis ini hasan.”
Para salaf dulu berkata bahawa mereka tidak menghormati manusia lebih daripada menghormati nabi. Bila nabi datang, beliau melarang para sahabat bangun menghormati dirinya. Nabi benci orang bangun kerana menghormatinya.
Sebab itu para ulama dulu tidak mahu orang bangun untuknya apa lagi mencium tangannya. Jika ada orang suka bila orang bangun kerananya, maka itu bukan ibadurrahman walaupun serbannya besar.
Sebab itu sepatutnya di sekolah , bila guru masuk kelas , guru lah yang memberi salam kepada muridnya. Dan murid keadaannya duduk bukan berdiri.
Orang yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan. Bukanlah kereta mahal, besar untuk kita sombong kepada orang. Orang yang sombong suka supaya orang melihat kepadanya dan melihat kekayaannya. Tapi ibadurrahman kalau boleh senyap nak senyap lagi. Tapi sebab ezos patah bunyi kuatlah dulu. Belum ada modal nak baiki, nak buat macamana.
2. Jika orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan, “Salam”.
Maksudnya, menurut Al-Maraghi dalam tafsirnya, jika orang-orang bodoh mencelanya dengan kata-kata yang buruk, mereka (‘ibadurrahman) tidak membalas ucapan mereka dengan kata-kata serupa, tetapi memaafkan serta membalasnya dengan ucapan yang baik.
Lawan kepada sifat hamba kepada Tuhan ar-Rahman adalah orang jahil; dan jahil ini adalah sifat yang tidak baik dan mereka yang jahil tidak ada peluang untuk masuk ke dalam syurga. Kerana di dalam Al-Qur’an apabila Allah ﷻ sebut tentang orang yang jahil, itu bermaksud mereka itu tidak selamat. Jahil yang dimaksudkan adalah jahil agama.
Dari segi bahasa, kalimah ‘jahil’ bermaksud orang yang tidak dapat menggunakan akal mereka untuk kawal nafsu mereka. Iaitu mereka yang ikut perasaan mereka sahaja. Kita memang sentiasa ada emosi seperti marah dan benci, tetapi orang yang ada akal, akan dapat kawal emosi dia tidak terikut-ikut dengan emosi.
Jadi ,orang yang jahil itu cara cakap mereka memang tidak beradab. Dan kita boleh lihat perkara ini apabila kita berdakwah mengajak kepada tauhid dan sunnah, dan ada golongan yang masih berpegang kepada ajaran lama. Mereka ini tidak ada dalil, tetapi mereka hendak melawan juga.
Jadi , apa yang mereka lakukan, mereka akan menggunakan kata-kata kesat dan buruk. Kerana mereka hendak lawan juga, tetapi dalil tiada, maka kekasaran yang mereka gunakan. Maka kalau kita lihat manusia menggunakan kata-kata kesat, mereka itu sebenarnya tidak ada dalil.
Maka kita jangan jadi macam mereka juga – teruskan guna bahasa yang lembut dan berhemah – jangan jadi bodoh macam mereka pula. Inilah maksud ‘salaama’ dalam ayat ini. Ianya dalam bentuk mafhul hal iaitu dalam ‘keadaan aman’. Kalau mereka hendak gunakan kata-kata kesat, biarkan, kita tidak rugi pun. Kita tidak perlu gunakan kata-kata kesat kerana kita ada hujah dan dalil yang kuat. Kita tetap bercakap baik dengan mereka.
3. Orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.
Di saat orang lain lelap dalam tidurnya, dia berasyik masyuk dengan Tuhannya. Dia tumpahkan segala kerinduan yang membuncah dalam dadanya kepada sang Kekasih, yakni Allah Swt.
Orang beriman itu takut untuk bertemu tuhannya nanti. Dia rasa tidak selamat walaupun amalnya banyak semasa hidup. Seperti Abu Bakar yang takut kepada Allah. Tapi kita masih seronok lagi, walaupun amal tak seberapa. Waktu sahur tak bangun untuk beristighfar. Sedangkan waktu sahurlah masa terbaik untuk berdoa dengan doa ,
'Wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman dengan Mu, ampunilah kami atas dosa kami, dan jauhkan kami dari api neraka.'
Inilah doa dibaca waktu sahur. Boleh juga dibaca,
Allah kata Dia turun ke langit dunia , nak ampun orang yang minta ampun, nak makbulkan sesiapa yang meminta, tapi kita sombong tak mahu menyahut seruan Allah ini. Ini bukan sifat ibadurrahman.
4. Sederhana dalam berbelanja
Ciri seterusnya bagi ibadurrahman ialah ia bersederhana dalam berbelanja. Lihat al Furqan:67,
Iaitu tidak melampau dalam berbelanja dan tidak pula lokek atau kedekut. Contohnya, dapat saja gaji, dalam beberapa hari sudah habis dibelanjakan kerana mengikut nafsunya. Ataupun terlampau kedekut atau berkira dalam membelanjakan anak isteri. Hari-hari ikan kering dan sayur taugeh. Taugeh, kicap, telur, itu saja yang diberi makan. Padahal duitnya banyak. Bukan ia tak mampu tapi kerana kedekut. Ini bukan sifat ibadurrahman.
Membazir pula ada dua hal dalam pembaziran , iaitu israf dan membazir. Israf seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Jurjani iaitu:
'Israf merupakan penggunaan ke atas sesuatu yang perlu secara berlebihan dari kadar keperluan.'
Manakala membazir pula ialah penggunaan ke atas sesuatu yang tidak perlu. (Lihat Al-Ta’rifat, Hlm. 24)
Contohnya, sebuah kereta itu satu keperluan, tetapi jika sehingga ada 3 buah itu israf. Manakala, membeli kereta yang di dalamnya dihias dengan emas , itu membazir. Kedua-duanya adalah dilarang.
Padahal bila nak infak, nak beli kitab, sangat kedekut.. Ibadurrahman sentiasa tidak kedekut dan tidak boros dalam ber belanja.
5. Mereka tidak menyembah selain Allah
Mereka tidak beribadat atau berdoa kepada selain Allah. Hanya kepada Allah sahaja mereka beribadat seperti dinyatakan dalam surah al Furqan:68,
Ianya bermaksud apabila ia berdoa kepada Allah, lalu berdoa juga kepada yang lain . Seperti ia berdoa juga kepada ahli kubur, kepada wali , kepada malaikat, madad ya Ali, madad ya Hussin dan sebagainya. Ini semua perbuatan yang syirik.
Jikà masyarakat tidak faham prinsip aqidah menurut sunnah nabi, maka senang jatuh kepada syirik.
Contohnya ada ustaz yang mengajar di satu surau bahawa, jika nak buang satu sifat mazmumah, dan masuk satu sifat mahmudah, kena pergi ziarah 7 makam wali. Ini ajaran siapa? Seolah-olah para wali boleh memberi menafaat pula kepada manusia. Tiada dalil baik dari sunnah mahupun al quran. Maka ini membawa kepada syirik. Kalau dengar macam ini, start motor balik rumah saja. Benarlah kata imam Syafi'e iaitu 'jika kamu belajar sufi, belum sempat petang lagi, kamu dah jadi bodoh.'
Jadi kalau nak jadi ibadurrahman jangan sesekali meminta atau berdoa kepada selain Allah. Jangan ziarah kubur untuk bersihkan hati. Orang yang sudah mati tidak dapat menolong apa-apa lagi. Agama tidak boleh direka-reka, mesti ada dalil yang sahih.
6. Tidak membunuh manusia kecuali dengan hak.
Di nyatakan di dalam ayat 68: al Furqan juga. Maknanya haram mengambil nyawa manusia kecuali dalam perang atau memberi hukuman bunuh.
Tapi kenapa Allah sebut tentang dosa yang amat besar ini sedangkan sebelum ini ianya tentang solat dan tentunya orang yang solat tidak akan membunuh orang lain. Kerana Allah hendak memberitahu bahawa kita kena mulakan dengan menjaga dosa-dosa besar dahulu.
Ayat ini juga memberitahu kita bahawa walaupun telah tinggi spiritual seseorang itu tetapi dia tetap tertakluk kepada hukum-hukum Allah. Tidak ada sesiapa yang terlepas dari tertakluk dalam hukum Allah.
7. Menjauhkan zina.
Zina adalab dosa besar. Dalilnya surah al Isra':32,
Ada juga dalil hadis menyatakan besarnya dosa zina,
Diriwayatkan dari Ibnu Abiddunya, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
ما من ذنب بعد شرك أعظم عنداللّه من النطفة وضعها رجل في رحم لا يحلّل
Artinya: “Tidak ada dosa yang lebih berat setelah syirik di sisi Allah dari seorang laki-laki yang menaruh spermanya di dalam rahim wanita yang tidak halal baginya.”
Bermacam-macam kategori zina
Zina ada berbagai-bagai kategori mengikut keadaan diri orang itu, masa atau tempat ia berlaku.
Seseorang yang berzina dengan ramai orang, lebih besar dosanya dari pada yang berzina dengan satu orang saja.
Seseorang yang berzina terang-terangan, lebih besar dosanya dari pada yang berzina secara sembunyi-sembunyi.
Seseorang yang berzina dengan wanita yang bersuami, lebih besar dosanya dari pada yang berzina dengan wanita yang tidak bersuami. Kerana dalam perbuatan tersebut telah merosakkan perkahwinan seseorang.
Seseorang yang berzina dengan tetangga, lebih besar dosanya dari pada orang yang berzina dengan selain tetangga. Kerana perbuatan tersebut dapat merosak hubungan tetangga.
Seorang yang berzina dengan isteri mujâhid (orang yang berjihad) di jalan Allâh lebih besar dosanya dari pada yang berzina dengan wanita lainnya.
Seseorang yang berzina dengan mahramnya (seperti ibunya, kakak perempuan, adik perempuan) lebih besar dosanya dari pada yang berzina dengan selainnya.
Orang yang berzina pada malam atau siang bulan Ramadan lebih besar dosanya dari pada yang berzina pada selain waktu tersebut.
Orang yang berzina di tempat-tempat yang mulia dan utama lebih besar dosanya dari pada yang berzina di selain tempat-tempat tersebut.
Syirik, membunuh dan zina adalah dosa besar. Oleh kerana besarnya dosanya, maka hukum bagi ketiga-tiga hal ini adalah bunuh.
Mendapat pembalasan
Orang yang melakukan dosa-dosa tersebut tidak akan lepas dari pembalasan Allah. Samada di alam kubur mahupun di alam akhirat. Lihat al Furqan: 69,
Bahkan di hari kiamat nanti akan dilipatgandakan azabnya, lagi kekal azab itu dalam keadaan terhina di dalam neraka. Dengan bau yang busuk dan sebagainya.
Maka jauhkan syirik, membunuh dan zina.
Bertaubat
Orang yang berdosa lalu bertaubat, Allah janjikan dalam al quran seperti kataNya,
Melainkan orang yang bertaubat dari dosanya tersebut lalu ia beramal dengan amal yang soleh maka Allah gantikan semua dosanya itu dengan kebaikan. Itu menunjukkan Allah maha pengampun dan setelah diampun, Allah kasih kan dia pula. Tidaklah Allah selama-lamanya membenci orang yang berdosa. Setelah bertaubat, Allah kasihkan dia pula.
Bertaubat itu salah satu syaratnya ialah ia mesti beriman. Selagi ada kufur dan syirik ia lakukan, taubatnya tak diterima Allah. Jika ia dah beriman maka kena beramal dengan amal yang soleh. Amal yang bid'ah tidak diterima Allah. Dalilnya,
"Barang siapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak."
(HR Bukhari dan Muslim)
Apa maksud mengganti keburukan dengan kebaikan itu? Ada tiga pendapat ulama mengenainya dengan syarat ia bertaubat dengan taubat yang sempurna, iaitu:
1. Setiap dosa yang ia buat dulu Allah gantikan dengan pahala. Kalau dosanya 100, maka Allah gantikan dengan 100 pahala.
2. Allah letakkan rasa cinta atau suka di hatinya untuk beramal soleh yang berterusan.
3. Bila ia berdosa zina contohnya dan dihukum rejam lalu ia redha dan sabar. Maka dengan redha dan sabar itulah ia mendapat ganjaran pahala dari Allah. Dari dosa ia mendapat pahala.
Sebab itu pada zaman nabi ada sahabat yang kena hukum rejam lalu ada yang mengutuknya. Tapi nabi larang mengutuknya kerana kata nabi, dengan taubat nya itu dapat mengatasi semua dosa penduduk Madinah itu.
Dosa
Ada dosa yang di kategorikan di bawah hudud dan satu lagi di bawah qisas. Syirik dan zina itu di bawah hudud. Manakala membunuh itu di bawah qisas.
Jika di bawah hudud, hukumnya hak Allah. Tak dapat dimaafkan oleh manusia. Contoh, jika ia berzina terbukti cukup syaratnya, maka hukumnya rejam atau sebat, tidak boleh dimaafkan.
Jika dibawah qisas berlaku kemaafan. Contoh dia memaafkan orang yang membunuh anaknya, tetapi perlu bayar diyat atau gantirugi.
Taubat
Allah suka hambaNya yang bertaubat seperti firman Allah dalam ayat 71 : al Furqan ini,
Bukan hanya dosa syirik atau bunuh atau zina yang Allah terima taubatnya, bahkan semua dosa bila bertaubat dan beramal soleh maka Allah akan terima. Kita sentiasa diberi masa untuk taubat. Taubat adalah satu ibadah yang besar. Ianya satu perintah, bukan pilihan sebab manusia semuanya ada dosa.. Allah suka bila hambaNya bertaubat dari dosa-dosanya, sehinggalah pintu taubat tertutup iaitu bila nyawa sampai di ghargharah atau matahari naik dari sebelah barat. Masa itu pintu taubat sudah ditutup.
Hukum taubat ini wajib, terutama bagi yang sudah berumur 40 tahun. Lihat al Ahqaf:15,
Ada doa di dalam ayat ini yang bermula dengan, ya rabbku, tunjukilah aku supaya bersyukur.....dan seterusnya.
Menurut Imam Ibn Kathir, pada asalnya ayat ini menyeru kepada mereka yang telah mencapai umur 40 tahun untuk memperbaharui taubat kepada Allah SWT.
Sebahagian ulama lain pula menyebut bahawa ayat ini dianjurkan untuk dibaca sebagai doa tatkala umur mencapai 40 tahun, dan amalan ini ada diriwayatkan daripada golongan salaf. Imam al-Razi menyebut:
وَيُرْوَى أَنَّ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ لَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ إِلَى تَمَامِ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Diriwayatkan bahawa tatkala Umar bin ‘Abd al-‘Aziz mencapai umur 40 tahun, beliau berdoa: “اللَّهُمَّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ” hingga ke akhir ayat.[2]
Imam al-Syaukani pula berkata:
وَفِي هَذِهِ الْآيَةِ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي لِمَنْ بَلَغَ عُمْرُهُ أَرْبَعِينَ سَنَةً أَنْ يَسْتَكْثِرَ مِنْ هَذِهِ الدَّعَوَاتِ
Maksudnya: Ayat ini menjadi dalil bahawa seseorang yang mencapai umur 40 tahun mestilah memperbanyakkan membaca doa-doa (yang disebut dalam ayat 15 Surah al-Ahqaf) ini.[3]
Syeikh Wahbah al-Zuhaily pula menambah:
على الإنسان أن يشكر نعمة الله عليه إذا بلغ أربعين سنة، وهي مرحلة كمال العقل والبنية، وأن يطلب من الله تعالى توفيقه للعمل الصالح الذي يرضيه، وأن يجعل الصلاح ساريا في ذريته، راسخا متمكنا فيهم
Maksudnya: Apabila seseorang itu mencapai umur 40 tahun yang merupakan marhalah kesempurnaan akal dan fizikal, dia mestilah mensyukuri nikmat Allah ke atasnya, dan memohon taufik daripada-Nya untuk melakukan amal soleh yang diredai-Nya, serta mengurniakan pula kebaikan yang terpasak kukuh pada anak dan zuriatnya.
Jika umur 40 masih lagi lalai leka, tidak bertaubat, biasanya akan terus hanyut. Oleh itu bagi siapa yang mendapat hidayah segeralah beramal soleh kerana masa tak menunggu kita.
8. Tidak jadi saksi palsu.
Lihaf al Furqan: 72.
Saksi palsu ini iaitu bila ia dipanggil untuk jadi saksi dalam satu-satu kes, maka ia berkata tidak benar atau bohong dari hal sebenar. Jadi, orang yang dipanggil ibadurrahman tidak akan menjadi saksi palsu, dia akan bercakap benar. Walaupun orang itu kawan baiknya sendiri.
Kedua, yang dikatakan saksi palsu juga ialah orang yang bila melihat kezaliman ia tidak mencegah kezaliman itu. Ia tidak bangun untuk menegakkan kebenaran setelah kebenaran itu dipalingkan. Iaitu jika ada orang memberi keterangan yang palsu sedangkan ia tahu maka ia membalas keterangan itu dengan keterangan yang sebenar. Ini juga di panggil tidak menjadi saksi palsu.
Tetapi sebaliknya jika dia tahu hal yang sebenar tapi ia mendiamkan diri sahaja , tidak mahu memberi keterangan yang sebenar , maka itu dikira jadi saksi palsu. Bila dia tidak memberi keterangan yang sebenar maka akan terjadi kezaliman kepada yang dituduh.
9. Meninggalkan perkara yang sia-sia
Jika ada hal yang sia-sia atau lagha di depannya , orang ibadurrahman tidak akan bersama dengan hal itu. Seperti di surah al Furqan:72 juga ,
Dan jikalau mereka lalu atau bertemu dengan kumpulan yang sedang melakukan perkara-perkara yang lagha (buang masa dan tidak berfaedah) maka mereka akan meninggalkan golongan itu.
Mereka lalu ke tempat itu pun dengan tidak sengaja kerana mereka tidak buat benda-benda itu. Kalau mereka tahu tempat itu tempat orang buat lagha, mereka pun tidak pergi ke tempat itu dari asal lagi.
Maka ini adalah tentang orang yang tersilap sampai ke tempat itu. Kalau begitu, dia akan berundur keluar dan meninggalkan mereka. Tapi tidaklah dia keluar dengan menghina mereka ataupun menyakitkan hati mereka tetapi dia akan keluar dengan cara yang mulia. Iaitu orang yang menjaga dirinya dari duduk bersama dengan orang-orang yang lalai leka itu. Kerana kalau duduk-duduk dengan mereka pun, takut jadi macam mereka juga.
10. Bila mendengar ayat-ayat Allah ia tidak memekakkan telinga.
Bila didengar kan ayat-ayat Allah iaitu al quran kepada mereka , maka mereka 'ibadurrahman akan mengambil perhatian dengan sebenar-benarnya, ia tidak jadikan telinga mereka tuli seperti dalam ayat 73; al Furqan ini,
Dan mereka tidaklah buta dengan pemahaman Al-Qur’an itu. Maksudnya selepas mereka mendengar dan memahami penjelasan daripada ayat-ayat Al-Qur’an itu, maka pandangan mereka tentang alam dan kehidupan ini berubah sesuai dengan ayat-ayat yang dibacakan kepada mereka.
Iaitu bila di beritahu ini ayat al quran, ini hadis, ia akan ambil pengajaran, taat apa suruhannya dan tinggal apa larangan nya. Tapi jika ia kata, itu betullah ayat al quran, tapi kita kena ikut adat kita, tradisi kita dan kebiasaan masyarakat, maka itu bukan 'ibadurrahman.
Tapi bagi ibadurrahman bila ia dengar ayat quran , ia terus sami'na wa atho'na. Ia tak banyak soal. Walau pun orang lain tidak mahu ikut itu bukan urusan dia. Dia lebihkan perintah Allah dari dari kehendak manusia . Ia tinggalkan mana-mana yang bukan amalan nabi atau yang bukan sunnah nabi. Biar pun ia menjadi amalan masyarakatnya.
11. Mendoakan anak isteri dengan doa yang baik.
Selain menjaga diri sendiei dari dosa dan maksiat, orang ibadurrahman juga mendoaka anak isterinya dengan doa yang baik seperti dalam ayat 73: al Furqan ini,
Tidak saja ia mendoakan diri sendiri tetapj juga ia doa juga untuk isteri , anak-anak dan keturunannya. Kerana ia sayangkan mereka semua. Ia mahu semua masuk syurga. Iaitu dengan doanya,
Mereka juga orang yang mahu mendapat kebaikan dan pahala dengan keluarga mereka dan keturunan mereka. Mereka nak jadikan ahli keluarga mereka sebagai penyebab mereka dapat pahala. Bukan nak sikit-sikit, tapi banyak yang mereka minta. Jadi ini doa minta darjat yang tinggi.
Mempunyai keturunan yang baik adalah satu perkara yang amat menguntungkan. Kerana itulah disebutkan di dalam Sahih Muslim melalui hadis Abu Hurairah r.a. yang telah mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:
“إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ عَلَمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ مَنْ بَعْدَهُ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ”
"Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu anak saleh yang mendoakan (orang tua)nya, atau ilmu yang bermanfaat sesudah dia tiada, atau sedekah jariyah."
Dan kegembiraan yang sebenar adalah apabila melihat anak-anak kita suka kepada agama, suka mengerjakan ibadah seperti solat dan suka membaca Al-Qur’an tanpa dipaksa. Alangkah indahnya kalau lihat anak-anak kita buka Al-Qur’an senyap-senyap dan baca tanpa disuruh?
Maka, ini adalah doa yang dikeluarkan oleh hati orang yang baik. Kerana orang ibaadur rahman ini pentingkan agama. Maka kalau mereka lihat anak isteri mereka pun suka kepada agama, maka gembiralah hati mereka. Bukan hal dunia yang mereka tengokkan dan dambakan, tapi mereka suka kalau agama isteri dan anak-anak mereka baik.
Satu lagi tafsir untuk potongan akhir ayat doa ini adalah mengandungi muqaddar. Iaitu ia bermaksud: “jadikanlah kami orang-orang yang layak menjadi ikutan”. Maknanya mereka sudah jadi baik sehingga boleh dijadikan ikutan (imam) kepada orang lain. Kerana imam itu duduk di depan dan menjadi ikutan kepada makmum di belakang. .
Orang-orang yang berdoa seperti ini maka tentu sekali mereka akan mendapat apa yang mereka minta itu. Asalkan tahu makna apakah yang kita minta. Jangan kita sebut sahaja tapi tidak tahu apa yang kita minta. Kerana doa ini masyhur, tapi adakah mereka yang membacanya faham apa yang dibaca?
Maka janganlah kita jadi seperti mereka. Belajarlah maksud doa-doa yang kita selalu baca. Supaya kalau kita baca dalam faham, maka kita lebih tawajjuh (fokus) dan lebih ikhlas lagi dalam doa kita. Dan kalau kita ikhlas dalam doa, Allah akan makbulkan. Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
Penghormatan dan ucapan selamat
Oleh kerana ibadurrahman itu ialah orang yang selalu bersusah payah semasa di dunia untuk taat kepada Allah, meninggalkan maksiat, dan menegakkan kebenaran, maka di akhirat Allah beri mereka penghormatan dan ucapan yang baik seperti di ayat 75: al Furqan,
Apa akan Allah beri atau janji Allah kepada ibadurrahman ini? Iaitu, Syurga yang tinggi. Kenapa dapat syurga yang tinggi ? Kerana semua perkara itu untuk diamalkan perlukan kesabaran . Bukan saja syurga tetapi dapat juga penghormatan dan ucapan salam.
Penghormatan itu maknanya satu ucapan yang baik dari para malaikat. Ucapan salam itu pula dari Allah sendiri seperti mana ucapan Allah dalam surah Yasin,
Kerana ia adalah hambaNya yang ibadurrahman maka Allah beri ucapan salam kepadanya. Ini benar-benar satu kepuasan kepada seorang manusia.
Jika sekadar ucapan salam tapi tiada tempat tinggal pun belum seronok lagi . Jadi Allah beri mereka itu tempat tinggal yang kekal aelama-lamanya seperti firman Allah,
Bila disebut syurga , ia mesti kekal. Bukan duduk sekejap tapi selama-lamanya. Di sunia ini duduk tara mana banglo pun ia tidak kekal. Bukan satu syurga tapi dapat empat syurga seorang.
Setelah Allah gambarkan nikmat syurga yang ibadurrahman dapat, Allah juga mengingatkan orang yang tidak akan dapat malah jauh dari syurga Nya iaitu dalam ayar 75: al Furqan ini,
Siapakah mereka ? Iaitu orang yang disamping meminta atau beribadat kepada Allah, ia berdoa juga kepada selain Allah. Orang begini Allah tak pedulikan. Kerana ia berdusta kepada Allah dalam ibadatnya. Allah takkan bantu ia di akhirat nanti, walaupun di dunia ini ke hulu ke hilir menjunjung replika capal.
Ringkasnya
Secara ringkasnya insan 'ibadurrahman itu ia nya:
1. Tidak sombong
2. Mengabaikan orang yang bodoh
3. Beribadah waktu sahur
4. Sederhana dalam berbelanja
5. Tidak syirikkan Allah
6. Tidak membunuh manusia
7. Menjauhi zina
8. Tidak jadi saksi palsu
9. Meninggalkan perkara yang sia-sia
10. Ambil perhatian dengan ayat-ayat Allah.
11. Mendoakan anak dan isteri.
Pesanan suci
Oleh kerana kita masih ada sisa masa lagi, maka berubahlah . Jadi lah insan 'ibadurrahman iaitu orang yang di kasihi Allah. Bukan hanya dikasihi manusia sebab manusia itu tidak kekal, Allah dan syurgaNya yang kekal.
Student Ust Yob.
Klang.
8/11/23
Ulasan
Catat Ulasan