Langkau ke kandungan utama

126) APA DOSA PALING BESAR DI SISI ALLAH?

Biamillah.
Assalamu'alaikum ,

     Apakah dosa paling besar di sisi Allah s.w.t?  Kerana dosa itu ada urutannya, ada tingkatannya, maka dosa besar mengikut urutannya ialah:
1. Syirik besar
2. Syirik kecil
3. Bid'ah
4. Dan seterusnya  apa-apa dosa selain dari yang diatas.
5. Dosa-dosa kecil

        Jadi, dosa yang paling besar ialah syirik kepada Allah. Dalilnya surah Luqman:13,
     
Apa makna syirik?

         Makna syirik ialah memalingkan  ibadah kepada selain daripada Allah. Iaitu dalam urusan agama atau dalam mendekatkan diri kepada Allah .

       Oleh itu hendaklah  seseorang itu istiqamàh  di atas tauhid. Seseorang tidak  akan memahami makna syirik melainkan dia mempelajari ilmu tentang dua perkara ini, iaitu tauhid dan syirik. Dalam al quran Allah memerintah kita ambil tahu bahawa,
       Hendaklah kita ketahui dan maklumi tentang makna tauhid yang terkandung dalam kalimah tauhid di atas.  Iaitu tidak ada illah yang benar untuk diibadahi melainkan Allah dan jangan kamu palingkan ketaatan kamu kepada selain Allah.  Ketaatan kepada selain Allah boleh berlaku akibat  dari kejahilan atau kesalahfahaman. Puncanya ada dua:

1. Tidak belajar
2. Ia belajar tapi ilmu yang salah.

       Sehingga dia menganggap syirik itu ialah tauhid dan tauhid itu ialah syirik.  Dalam perjalanan ke peperangan Tabuk Rasulullah s.a. w pernah menegur sahabatnya yang baru masuk Islam, yang memahami tauhid dengan cara yang salah.  Bila mereka melihat ada satu pohon, lalu mereka meminta kepada rasulullah supaya jadikan untuk mereka satu pohon yang berkat yang mereka
boleh mengambil berkat darinya. Tetapi nabi menegur mereka bahawa itu akan membawa kepada kesyirikan.

        Syirik akbar bertentangan dengan tauhid secara keseluruhan. Syirik akan membatalkan  tauhid seseorang walaupun ia solat , walaupun ia hadir kuliah. Jika ia melakukan syirik maka seluruh amalnya akan terbatal. Bila ia berdiri di hadapan  Allah nanti dia terkena dengan ayat ini,
Dan ayat ini juga,
       Iaitu semua amalannya semasa di dunia dulu terbatal, tak diterima dan menjadi  debu kerana Islamnya terbatal. Sebab itu syarat ibadah diterima ialah:
1. Mentauhidkan Allah
2. Sesuai dengan apa yang dicontohkan oleh nabi.

       Jika salah satu dari dua perkara di atas tidak ada maka ibadahnya tak diterima.  Seperti kata Fudhail bin Iyadh iaitu " Amalan itu mesti ada dua iaitu ikhlas dan benar".

       Ikhlas itu makna nya beramal kerana Allah dan kepada Allah sahaja. Benar pula bermaksud amalan itu mesti benar mengikut apa yang diajarkan oleh Allah dan  nabiNya. Solat, berzikir, berdoa, apa-apa   amalan lain mesti mengikut aturan dari nabi, tidak  boleh memandai- mandai. Tidak boleh ikut cara sendiri walaupun ia kelihatan baik di mata manusia. Selama-lamanya tidak boleh.
      
         Syirik bukan perkara kecil. Nabi datang pun untuk menghapuskan perkara-perkara syirik ini di kalangan manusia. Dan menggantikannya dengan tauhid.

        Ketika rasulullah ditanya, dosa apakah yang paling besar di sisi Allah? Maka jawab nabi, iaitu ' Kamu menjadikan tandingan  bagi Allah, padahal Dia menciptakan kamu.'

       Patutkah bila Allah yang cipta kita, mengurniakan rezeki Nya sehingga tak terhitung, kemudian Allah minta kamu tunduk kepadaNya, sebagai rabb  yang ditaati, dan diibadahi  tiba-tiba kamu berpaling kepada makhluk. Sebagaimana majoriti manusia dari dulu sampai hari kiamat. Majoriti nya kufur kepada Allah. Penduduk dunia sekarang 8 billion  yang Islam cuma 2 billion, 6billion  lagi kafir. Melakukan berbagai kesyirikan dan kemaksiatan yang menyebabkan murka Allah.

Kelompok yang selamat

       Daripada 2 billion umat islam bukan semua nya betul  tauhidnya. Terpecah kepada 73 kelompok. Semuanya masuk neraka kecuali 1 kelompok. Siapa kah mereka ? Iaitu mereka yang berjalan  di atas jalan rasulullah  dan para sahabatnya.

       Jadi kalau nak selamàt, tengok amal kita sama atau tidak dengan nabi? Bagaimana cara nak tengok? Contohnya zikir lepas solat, mula-mula sekali istighfar 3x. Sama tak macam nabi? Boleh dilihat di kitab Al Azkar Imam Nawawi.

        Ada yang baca lepas solat, baca alamtarakai 7 kali. Datang dari mana?  Dalam urusan ibadah tak boleh tukar. Sop nya sudah ada, tak boleh tukar. Sebab apa ini berlaku ? Iaitu sebab kejahilan  atau keberanian. Ia tak rasa takut atau berani membuat sesuatu yang tidak diajar oleh nabi,  sebab  ia rasa itu  satu ibadah  atau cara mendekatkan diri kepada Allah.  Ini tablis iblis yang paling bahaya. 

        Kata ulama salaf iaitu Fudhail bin Iyadh, " Pelaku bid'ah itu lebih dicintai oleh iblis daripada pelaku maksiat , kerana pelaku maksiat itu mahu ia bertaubat, tetapi pelaku bid'ah sulit untuk bertaubat."

        Biasanya pelaku maksiat itu tahu itu berdosa, ada niat dihatinya ingin membersihkan diri. Tetapi pelaku bid'ah tidak rasa hendak bertaubat sebab ia tak rasa ia bersalah. Bila kita tegur dia takkan mahu berubah. Sebab dia kata ramai orang alim  yang buat. Sedangkan Allah tak terima taubat pelaku bid'ah sehingga ia tinggalkan  bid'ah itu.

        Di akhirat nanti nabi tak benarkan umatnya yang membuat bid'ah dari minum air telaga kautsar nabi.  Dalilnya   hadis nabi,

Dalam satu hadis , Rasulullah S.A.W bersabda: “Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)

       
       Sebab itu bab agama ini mesti ada ketelitian. Memastikan ia benar atau salah. Bukan urusan dunia saja kena berhati-hati.

      Oleh itu jangan sampai sudah sampai alam barzakh baru nak menyesal. Sudah tak berguna.  Seperti firman Allah,
        Selamat apa? Selamat akidahnya, selamat ibadahnya, selamat akhlaknya , selamat semua urusan agamanya. Iaitu selamat seperti para nabi dan para sahabat.  Oleh itu pentingnya belajar.

          Belajar bukan hanya di kuliah. Di rumah pun  kena belajar, buka kitab. Dalam urusan dunia kita sanggup belajar dari tadika hingga ke universiti. Keluar duit, pergi merata tempat,  bersungguh-sungguh kita. Tapi dalam urusan agama, ikut saja kebiasaan yang ada. Tak payah kaji ,  tak payah semak . Adakah patut?


Bersantai-santai

       Begitulah umat Islam zaman kita ini, bersantai-santai  dalam bab agama. Waktu 2/3 dunia tunduk  kepada Islam, sikap umat Islam bukan seperti sekarang. Mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal. Sebab itu umat islam tak menang, ditimpa musibah dan berbagai-bagai lagi. Padahal umat islam itu ramai,  negara Islam kaya. Kenapa Islam tak jadi pemimpin dunia?

         Kerana umat Islam hilang satu perkara yang penting iaitu tauhid kepada Allah.  Ini syarat pertama yang Allah mahukan. Kita boleh tanya diri sendiri. Sepanjang hidup kita pernah kah kita menghabiskan belajar satu kitab tauhid? Tanya saja rukun iman kita. Sudah belajarkah iman  kepada Allah? Ada berapa malaikat di sisi kita? Berapa hak alquran yang mesti kita tunaikan? Ada belajar biografi ringkas semua para nabi?

        Kalau semua soalan itu kita tak dapat jawab, macamana Allah nak beri kemuliaan kepada kita? Kenapa doa-doa kita Allah tak makbulkan? Palestin itu sudah 75 tahun terjajah, putaran dari dulu sampai sekarang sama saja. Perang, bom, berhenti , bangunkan semula, perang lagi. Padahal doa orang yang dizalimi itu makbul. Kenapa masih lagi tertindas?
      
       Jika kita teliti alquran akan ada jawapannya. Kenapa Allah tak beri kekuasaan  kepada umat Islam ? Lihat an Nur: 55,
             Jadi ada dua syarat utama iaitu;
1. Beriman
2. beramal soleh

        Kemudian mereka istiqamah diatas dua hal ini. Dan mereka tidak jatuh kepada kesyirikan.  Seperti pergi kekuburan minta doa, pakai tangkal, bomoh, dukun, sihir dan lain-lain.

 
Apakah syirik akbar ?

       Iaitu beribadah kepada selain Allah. Memalingkan ibadah kepada selain Allah. Pertama, apakah maksud ibadah? Adakah hanya solat, puasa, haji, zakat sahaja? Ibadah ialah apa saja yang Allah perintahkan melakukannya. Baik ucapan mahupun perbuatan. Jika ia beribadah maka mesti dibuat sesuai dengan aturan nabi. 

          Syahadah,  laila haillallah , muhammadur rasulullah. Jadi bila
kita bersyahadah ' bahawa Muhammad itu pesuruh dan hamba Allah' , maka ia mengandungi 4 perkara:
1. Membenarkan  apa saja yang nabi katakan
2. Taat apa yang nabi perintah
3. Jauhi apa yang dilarang nabi.
4. Tidak beribadah kecuali dengan cara yang disyariatkan Allah.

          Aturan-aturan semua sudah disediakan. Tinggal ikut saja. Contohnya, masuk masjid dengan kaki kanan, baca bismillah, salawat dan doa masuk masjid. Begitu pula sebaliknya keluar masjid dengan kaki kiri, baca   bismillah , salawat dan doa keluar. Itulah sunnah nabi.

        Hingga imam Ahmad pernah  berdoa supaya ia hidup dalam Islam dan dalam sunnah. Lagi banyak sunnah kita buat lagi banyak nikmat kita dapat  iaitu nikmat akhirat. Ada orang sampai mati tak pernah buat satu sunnah, itu rugi.  Sedangkan kitab sunnah dikarang oleh ulama seperti al Azkar, Hisnul Muslim dan sebagainya.

         Syirik besar itu apa contohnya? Iaitu menyeru atau berdoa kepada selain Allah. Ada orang menyeru selain Allah , ada yang mencari keberkatan kepada selain Allah, ada yang minta tolong kepada orang yang hidup tapi ia jauh iaitu ia tak mendengarnya, ada yang meminta kepada syeikh-syeikh  yang sudah mati  . Sehingga ada pula kitab dikarang yang membolehkannya. Orang melayu asal ada saja dalam kitab, ia pasti betul. Kalau quran bolehlah kita terima bulat-bulat. Tetapi kalau kitab manusia kena semak dengan alquran dan hadis sahih baru boleh pakai.

          Ayat 'Ada dalam kitab, takkan salah' inilah yang telah menjerumus manusia melayu in kedalam kesesatan. Pendapat manusia mesti ditimbang dengan quran kerana ia perkataan manusia.

       Sebab itu kata imam Malik  'Semua perkataan kami boleh diterima boleh ditolak kecuali perkataan orang yang di dalam kubur ini ( nabi Muhammad s.a.w)'.  Siapa saja yang memberi arahan atau contoh  yang tidak ada dari ajaran  nabi, maka tinggalkan saja.

Amalan dari Tok Guru

        Sekarang ini ada banyak salawat itu dan ini. Gurunya kata , dapat dari mimpi bertemu nabi . Ada banyak salawat yang diajar nabi tapi yang  dari tok guru juga yang di ambil. Adakah  Tok Guru lebih berilmu dari nabi sendiri?

      Ada yang kata amal salawat tertentu,   sakit sembuh. Ada bukti mustajab.  Padahal nabi sudah mengajar ayat-ayat ruqyah, doa dan zikir. Kenapa tak amal, bahkan  ambil pula yang bukan  dari nabi? Hanya orang yang diberi hidayah ilmu yang sahih yang akan dapat mengamalkan apa yang nabi ajar.

       Ini ujian yang besar di zaman ini , di mana orang-orang beralih kepada selain yang  nabi s.a.w. ajar. Walaupun yang diamal bukan dari nabi itu mustajab bukan bermakna ia kebenaran. Boleh jadi itu adalah istidraj. Allah uji kita. Makin jauh, makin jauh dari Allah. Oleh itu kena pastikan amalan kita itu sahih.

Lihat an Nissa: 36,
Dan sabda nabi,
“Maukah aku beritahukan kepadamu dosa besar yang paling besar?” –Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya tiga kali–. Kami (para Shahabat) menjawab, “Tentu, wahai Rasûlullâh.” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Menyekutukan Allâh dan durhaka kepada kedua orang tua".
(HR Bukhari)


Apakah syirik besar ini ada di kalangan umat islam kini?

      Memang ada. Lihat surah Yusuf: 106,
  
         Banyak berlaku syirik seperti meminta kepada orang mati, percaya kepada dukun, sihir, percaya ramalan nasib dan sebagainya. Ada juga adat-adat yang berunsur kesyirikan. Percaya kepada tarikh tertentu,  mandi safar, percaya pada kalendar Jawa, iaitu percaya kepada ramalan. Ramalan itu perkara ghaib yang hanya Allah yang tahu. Sebab itu siapa yang mengaku ia tahu perkara ghaib maka ia kafir.

        Biasa yang mengaku perkara ghaib ialah bomoh , dukun dan pawang serta ustaz-dukun. Contoh katanya, "Ada banyak jin dalam badan awak . Atau katanya, awak ni kena sihir oleh jiran sebelah". Mereka bebas membuàt berbagai dakwaan yang menyesatkan. Kenapa tiada tapisan oleh pihak tertentu yang dapat menapis kesyirikan para ahli syirik ini?

Ujian akidah

         Sakit adalah ujian. Bukan demi untuk sembuh sanggup membuat perkara syirik.
Jika ia sabar, sakitnya membawa ia ke syurga. Tapi kalau sembuh dengan cara syirik, apa gunanya kalau  masuk neraka? Tapi ramai orang yang tertipu.

        Ujian akidah ini pasti ada. Bila ia sakit duduk wad, adakah dia masih solat? Alasannya pakaian kotor. Sebenarnya dalam keadaan darurat , boleh solat walau keadaan kotor. Kalau tidak boleh wudhu , boleh  tayamum. Ada juga bila naik bas, bas tak berhenti, dia tak solat. Padahal boleh saja solat dalam bas, walau bas bergerak.
        
         Ada  ustaz yang salah mengajar. Katanya tidak mengapa, nanti boleh qada. Ini ajaran yg menyimpang. Solat tetap kena buat  walau apa keadaan pun. Tiada istilah qada.  Begitu juga dalam pesawat, solat hormat waktu. Mana ada solat hormat waktu. Nama pun dah salah. Solat itu kerana Allah, bukan hormat waktu. Solat lah mengikut kemampuan yang ada. Kalau tiba-tiba mati dalam keadaan tak solat, boleh masuk syurga?

       
       Kesyirikan tetap akan ada, sebab apa? Sebab syaitan ada. Tujuan syaitan ialah meramaikan ahli neraka yang kekal di dalamnya. Itu cita-cita syaitan nombor satu. Jadi  dengan apa cara pun, siang dan malam, dia akan  menyesatkan manusia. Sehingga terpadam keislaman kita. Itulah janji syaitan di hadapan Allah. Jadi, syaitan akan berusaha siang dan malam agar jatuh manusia kepada kesyirikan. 

     Sebab itu tiap perbuatan, percakapan dan tindakan kena dijaga. Kena ada ilmu mengenainya sebab ia mudah berlaku.  Kenali apa-apa yang membatalkan  tauhid.


Apa hukum berdoa kepada orang mati, atau kepada orang hidup yang tidak hadir?
       
       
       Doa ialah permintaan samada untuk mendapat sesuatu menafaat atau menolak sesuatu mudharat.   Doa ada dua bentuk:
1. Doa ibadah
2. Doa bukan ibadah

       Doa yang berbentuk ibadah jika dipalingkan kepada selain Allah maka ia syirik besar. Doa ibadah ada 2 bentuk:
1. Doa ibadah.
2. Doa masalah

      Doa masalah itu yang kita minta kepada Allah. Dan ada tiga jenis pula:
1. Isti'anah
Memohon bantuan dari Allah.
2. Isti'azah
Berlindung kepada Allah dari segala kejahatan zahir atau batin.
3. Istighasah
Minta siangkat segala kepayahan yang sedang dihadapi. Seperti doa kepada rakyat Palestin sekarang.

          Doa bukan ibadah ialah dari sudut bahasa iaitu  ia seperti memanggil, meminta,  menjemput kepada  sesuatu. 

Bolehkah minta pada makhluk?

        Boleh meminta tolong kepada makhluk dengan syarat:

1. Dia hidup.
Tidak boleh minta kepada orang mati. Maka tidak boleh meminta kepada ahli kubur walaupun ia wali. Dia pun tak dapat melepaskan  diri dari azab, bagaimana ia hendak membantu orang lain.

2. Dia hadir.
Samada ada di depan kita atau boleh ditelefon dan sebagainya. Maknanya kalau ia ghaib, tidak boleh.
      
3. Dia mampu tunaikan permintaan kita.
Seperti kita minta buka suis lampu rumah kita.  Tetapi jika kita  minta dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diselamatkan dari bahaya, itu semua yang tidak mampu ditunaikan , itu tidak boleh.
       
 4. Tidak melanggar aturan syariat.
 Kadang dengan sebab ini menyebabkan dosa, seperti dia meminta kepada orang hisup, ada di depannya dan mampu ditunaikan. Tetapi permintaan itu benda haram seperti katanya, "Man tolong belikan aku satu nombor ekor."  Jadi, ini bukan syirik tapi dosa besar.

         Yang jadi syirik contohnya ia meminya nombor ekor dari ahli kubur, sebab ahli kubur itu sudah mati. Maka ia jatuh syirik dalam hendak membuat dosa besar.

       Menjaga tauhid supaya tidak ada syirik, kena ada ilmu dan bersungguh-sungguh ,tidak boleh bersantai-santai. Maka dalam menuntut ilmu kena ada lima ini:
1. Datang
2. Duduk
3. Diam
4. Dengar
5. Dhabit (di catit)
Jangan ada yang ke 6  , Dengkur.

Kesimpulan.

         Akidah yang benar adalah perkara paling utama bagi seorang muslim. Jika amal seseorang itu banyak, tapi akidah nya syirik, maka itu perkara yang sia-sia. Oleh itu seorang muslim wajib mengetahui selok-belok dalam akidah ini supaya ia selamat nanti.  Masa yang ada makin sedikit, jangan sampai menyesal setelah masuk ke alam barzakh.


Klang.
15/11/23
      

         



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...