Langkau ke kandungan utama

181) APAKAH JALAN YANG DIJAMIN SELAMAT?

Bismillah,
Alhamdulillah ,
Assalamu'alaikum,




       Kita pasti mahukan jalan yang paling selamat di dunia ini, kerana ia membawa keselamatan di akhirat nanti. Tapi apakah jalan yang selamat itu? Tidak ada sesiapa yang dapat menunjukkan jalan  yang selamat itu kecuali nabi yang telah mendapat wahyu dari Allah swt. Kerana kebenaran itu dari Allah bukan dari sesiapa.

       Maka  nabi s.a.w menjamin sesiapa yang berjalan di atas jalan yang beliau sudah bentangkan , dengan berpandukan  al quran dan sunnah, yang sudah mendapat cap legimitasi dari Allah swt melalui firmanNya dalam al Maidah:3,



       Ya, beliau jamin tidak akan tersesat. Dan tidak akan banyak berikhtilaf.  Dalam hadisnya nabi bersabda ,

     "Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar dan mentaati pemimpin, sekalipun yang menjadi pemimpin itu adalah hamba ‘abdi Habsyi (yang berkulit hitam.)               Sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup di antara kalian selepasku akan melihat perselisihan yang banyak, maka berpegang teguhlah dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafaa Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah erat-erat dan gigitlah dia dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah oleh kalian setiap perkara yang baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu adalah sesat.’”
(HR Ibnu Majah)
   

Perselisihan

        Nabi berkata akan berlaku perselisihan yang banyak selepas kematiannya. Sedangkan kata- kata nabi pasti benar.  Dan memang kenyataannya sekarang benar.  Jadi, apa solusinya?

      Iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnahnya dan sunnah khulafah arrashidin. Dan berpegang teguhlah kepadanya.

        Ada pula lawannya yang mesti kita jauhi,  apakah dia?  Iaitu  segala yang diada-adakan dalam agama ini. Iaitu menokok- nambah amalan dan keyakinan yang tidak pun diajar oleh nabi s.a.w. Kerana setiap yang baru dalam agama itu bid'ah. Dan bid'ah itu kesesatan. 

        Itulah sebabnya kita perlu berpegang kepada sunnah nabi dan menjauhi bid'ah. Semua hadis yang sahih itu adalah sunnah nabi dan yang tidak ada dalam hadis, atau yang ada dalam hadis palsu itu adalah bid'ah. Pegang dan  ikutlah sunnah nabi s.a.w dan jauhi bid'ah,   kita akan selamat di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Dr. Dasman,
Klang.
8/7/24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...