Langkau ke kandungan utama

56) BAGAIMANA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH?

Bismillah,
Salam,    



       Hidup ini tak pernah lekang dari ujian dan musibah. Bak kata orang ' bumi mana tak tertimpa hujan?'.
  
       Tapi Allah tak biarkan hambaNya begitu saja dalam menghadapi semua itu. Ada panduan dan pertolongan yang Allah berikan melalui kitab suciNya.

Lihat di surah...al Fatihah:5 
   
 

" Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

            Apa kaitan antara sembah Allah dan mohon pertolongan kepada Nya?Kenapa lepas ibadah Allah suruh minta pertolongan kepadaNya?

       Sebab Allah tahu mentaati perintah Allah sesuatu yang susah walaupun ianya mudah. Misalnya, Solat dengan panjat gunung mana lebih mudah? Solat kan? Tapi orang lebih seronok panjat gunung daripada panjat tangga masjid.  Bangun malam solat tahajjud dengan bangun malam tengok bola mana susah?  Bola kan? Padahal tengok bola lebih lama iaitu lebih susah, tapi boleh pula bangun.

        Ibadah itu susah sebab kena  lawan nafsu. Sebab itu kena  minta pertolongan  Allah. Begitu juga jika menghadapi masalah hidup.


Bagaimana cara minta Bantuan Allah?


      Kita baca ayat di surah fatihah  diatas bertahun-tahun  tapi tahu tak cara minta pertolongan Allah? Atau tak perasan? Adakah cukup menyebut  'tolonglah kami' sahaja?  Bagaimana caranya?

      Caranya ada dalam surah...
Albaqarah : 153.
Al-Baqarah:153 - Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"


      Ayat ini ditujukan khas kepada orang mengaku beriman. Bukan semua manusia. Orang beriman  ada tandanya iaitu yang beramal dengan amal soleh yang sama dengan nabi. Kata ibn Mas'ud " kalau kamu orang beriman hendaklah ia dengar dan ambil perhatian jika ayat yang bermula dengan ' hai orang-orang beriman'.  Jika  tak mahu dengar ayat itu,  maksudnya dia bukan orang beriman.

        Di ayat seperti di atas mesti ada perintah atau ada larangan yang Allah nak sampaikan dalam ayat itu yang berkaitan dengan iman kita. Kalau ikut , tanda beriman dan kalau tidak,   tanda tidak beriman kepada Allah. 

      Sebab itu wajib faham ayat ini jika nak jadi orang beriman. Bukan setakat betul tajwid sahaja.


 Apa perintah  Dalam ayat diatas?

     Perintahnya  ialah mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.  Iaitu bila susah nak buat amal kena sabar . Sabar lawan nafsu, sabar solat sunat , sabar berinfak. Akhirnya jadi mudah.
      
         Juga dengan solat. Bila minta pertolongan Allah mintalah dalam solat sebab di situ ada tempat yang mustajab doa, iaitu di dalam sujud dan sesudah tahiyyat sebelum salam. Dengan solat kita sujud, ruku' dan tunduk jiwa dan raga kepada Allah.

     Begitu juga dalam hal dunia bila ada masalah kena sabar. Sabar itu maknanya tidak  marah, tidak merungut dan tidak buruk sangka.  Kalau tak sabar perkara kecil pun boleh jadi besar .


       Sebab itu nabi mudah nak solat malam sebab nabi paling sabar orangnya.

 Sabar dan Solat mana lebih penting?

      Kedua-duanya penting.  Kalau sabar lebih penting dari solat kenapa sabar tiada dalam rukun islam?  Apa jadi kalau sabar ada dalam rukun Islam? Kalau ada maka ramai lah yang tak jadi Islam sebab tidak sabar. Jadi, faedah  sabar itu ialah  mencantikkan Islam seseorang.


 Mengapa kena sabar?

          Sebab Allah bersama orang yang sabar. 

Kenapa Allah tidak sebut Allah bersama orang yang solat? Tidak ada dalam al quran begitu ..Sebab yang solat belum tentu sabar. Bahkan yang solat pun ada masuk neraka wail,  sebab itu Allah bersama orang sabar bukan setakat solat sahaja.

       Sabar juga dalam menunggu pertolongan Allah sampai. Allah tidak sia-siakan waktu seseorang menunggu itu. Allah beri pahala tanpa had kepada orang yang sabar.

         Kalau dia sabar tapi tak solat , Allah bersama dia atau  tidak? 

        Dia tak solat maknanya dia tak sabar dalam mentaati Allah. Oleh itu bagaimana Allah mahu bersamanya?

      Sebab itu minta tolong dari Allah dengan sabar dan solat.


Ada berapa Hal dalam bersabar?

Iaitu dalam tiga hal:

1. Sabar mentaati Allah
2. Sabar menjauhi larangan Allah
3. Sabar dengan takdir Allah.

      Dalam tiga hal diatas yang pertama paling susah. Sebab pertama kena lawan nafsu, kemudian kena bertindak seperti pergi solat . Sabar dengan takdir ramai orang boleh  sebab dia tahu dia tak dapat mengubahnya.  Tiada pilihan kecuali bersabar sahaja. Itulah yang terbaik.


Kesimpulan.

        Allah tau hidup ini penuh ujian kerana memang dunia ini tempat ujian bagi manusia. Ujian tentu susah. Maka Allah tunjuk jalan bagaimana mahu lepas dari ujian tersebut. Sebab itu kita kena baca dan faham isi alquran . Bukan setakat khatam baca sahaja.


Klang.
20/6/23


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...