Langkau ke kandungan utama

55) BAGAIMANA MEMILIH PEGANGAN TERBAIK?

Bismillah,
Assalamualaikum,


       Ada bermacam- macam bacaan dan ucapan yang kita dengar dari buku dan manusia yang kita boleh dapati setiap hari. Terutama yang melibatkan pegangan dan amalan dalam hidup kita.

     Bagaimana kita memilih yang terbaik dari  apa yang kita dengar dan baca itu supaya ia menjadi berguna kepada kita di dunia dan akhirat?

Lihat:
Surah Az-Zumar:18 
          "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang terbaik (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."

         Iaitu orang yg mendengar atau membaca apa-apa saja, dari ustaz, dari guru atau siapa saja, kemudian dia fikir , dia renung lalu dia memilih yg  terbaik.

         Maka mereka itulah yang mendapat hidayah. Iaitu yang dapat petunjuk kejalan yang lurus. Jika dengar kata-kata apa saja, semua dia telan bulat-bulat maka itu tak waras.

       Ada juga yang mendengar dan memilih yang terbaik tapi ia tidak mau ikut, iaini dia lebih suka ikut nafsu sendiri, maka itu juga tak waras.

      Masalah nya apakah yang terbaik itu?
Boleh lihat di azzumar:23

Az-Zumar:23 - 
"Allah telah menurunkan perkataan yg terbaik iaitu Kitab Suci Al-Quran yang serupa (mutu kandungannya ) lagi berulang-ulang".

       Jadi alquran  adalah perkataan-perkataan yang terbaik untuk manusia dan orang yang paling waras dan mendapat hidayah ialah yang ikut alquran sebagai pegangannya. Bukan perkataan-perkataan dari manusia walau sebijak mana pun ia. Tidak akan sama perkataan manusia dengan perkataan dari Allah. 

       Ramai orang belajar agama  tapi tidak faham dan tak ikut alquran maka itu belum waras. Tapi ada orang yang belajar engineering tapi dia ikut al quran maka dia orang yang berakal. Lihat betapa pentingnya fahaman ikut al quran .Jika orang yang mendengar apa-apa saja dan terima semuanya maka akalnya ada masalah.

     Sebagai analogi, ada nasi yang basi, ada nasi sejuk dan ada nasi panas lagi. Tiba- tiba dia pilih nasi yang basi , otaknya betul atau tidak? Atau dia ambil yang sejuk, tidak ambil yang panas apakah dia waras? Pastilah tidak cukup akalnya.

        Jadi,  kalau bab makan pun kena pilih yang ter baik dan sihat kenapa dalam dalam bab pegangan  pula pilih yang dhaif, yang bid"ah , yang tiada dalil dan tinggalkan yang sahih ? Maka itu tidak waras padahal agama membawa kita  keakhirat yang kekal ! Sedang dalam bab makan pun kita pilih terbaik dan yang sihat mengapa bab akhirat kita pilih yang lemah ? Hadis dhaif ,hadis palsu pun tak apa ini dah lama orang buat katanya. 

     Inilah makhluk yang paling jahat iaitu yang tak boleh berfikir iaitu ikut saja apa orang buat. Suka kongsikan yang tidak sahih seperti kata- kata yang tiada dalil tapi meninggalkan yang sahih.


        Seperti ada orang yang suruh baca 787 kali bismillah didepan kaabah . Siapa suruh? Nabi tak suruh,  itu bukan kata- kata nabi,  tapi kata-kata tok syeikh. Paling banyak nabi suruh zikir 100 kali saja tidak ada yang sampai 700 kali . Nabi suruh baca bismillah masa nak makan sekali bukan 700 kali. Inilah otak yang tak waras.

Kesimpulan 

      Yang betul- betul dapat hidayah dan yang berakal  sempurna ialah yang:
1. Ia dengar atau baca 
2. Lalu ia memilih yang terbaik

     Dan yang terburuk ialah dengar dan terima semua apa yang ia dengar tanpa meminta dalil yang sahih.

      Jadi, alquran adalah pegangan kita yang terbaik tidak ada yang lebih baik darinya. Jikalau masih ada memegang selain dari alquran sebagai panduan pasti ia akan tersesat.


Padang Jawa 
23/4/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...