Salam sejahtera,
Hidup minima bererti kita bebas dari benda2 yang berlebihan, yang tak diperlukan atau yang hanya sekadar memenuhkan ruangan sahaja. Cukup dengan sekadar yang ada, sekadar yang diperlukan.
Tanpa berlebihan, bermakna kita dapat menahan perbelanjaan kepada perkara yang tak perlu. Ini bermakna akan terdapat wang berlebihan ditangan kita. Dengan ini, kita dapat menghalakan wang itu kepada hal yang lebih berfaedah seperti derma atau sedekah kepada orang yang lebih memerlukan, seperti orang2 yang kehilangan punca pendapatan, orang miskin yang sakit dan sebagainya.
Dan ini pasti memberi menafaat kepada orang yang hidup, dan memberi pulangan kepada kita sendiri selepas mati.
Daripada menghabiskan wang dan harta kepada perkara yang melampaui batas, cara begini sangat berbaloi kepada kita dan orang2 yang kita bantu.
Padang Jawa
4/7/18

Ulasan
Catat Ulasan