Langkau ke kandungan utama

Catatan

237) KENAPA PERLU ISTIQAMAH BERAMAL ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,         Istiqamah dalam ketaatan kepada Allah swt adalah satu ibadah yang sangat mulia dan ibadah yang sangat sulit. Terlebih lagi kita semua sedar, bahawa iman kita ini naik dan turun.  Dan kita hidup dalam zaman yang penuh fitnah, fitnah syubhat, fitnah syahwat dan fitnah dunia. Terlalu banyak perkara-perkara yang memalingkan kita,   menarik kita untuk meninggalkan  jalan yang lurus.  Ganjaran luar biasa      Oleh itu jika kita berbicara tentang istiqamah di zaman ini maka ia sesuatu yang sangat berat, tapi tujuannya yang sangat mulia. Kerana itu,  Allah swt memberikan  ganjaran yang luar biasa kepada orang yang istiqamah.      Pertama ,  ia akan mendapat husnul khatimah, iaitu kebahagiaan tatkala ia akan meninggal dunia.  Allah swt berfirman,           Sebahagian ahli tafsir menafsirkan...