Langkau ke kandungan utama

237) KENAPA PERLU ISTIQAMAH BERAMAL ?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,



        Istiqamah dalam ketaatan kepada Allah swt adalah satu ibadah yang sangat mulia dan ibadah yang sangat sulit. Terlebih lagi kita semua sedar, bahawa iman kita ini naik dan turun.  Dan kita hidup dalam zaman yang penuh fitnah, fitnah syubhat, fitnah syahwat dan fitnah dunia. Terlalu banyak perkara-perkara yang memalingkan kita,   menarik kita untuk meninggalkan  jalan yang lurus. 


Ganjaran luar biasa

     Oleh itu jika kita berbicara tentang istiqamah di zaman ini maka ia sesuatu yang sangat berat, tapi tujuannya yang sangat mulia. Kerana itu,  Allah swt memberikan  ganjaran yang luar biasa kepada orang yang istiqamah. 

    Pertama,  ia akan mendapat husnul khatimah, iaitu kebahagiaan tatkala ia akan meninggal dunia.  Allah swt berfirman,

          Sebahagian ahli tafsir menafsirkan  ayat ini, iaitu tatkala sakaratul maut, datang banyak malaikat kepada mereka berkata, jangan kau takut dengan apa yang ada di hadapanmu,    jangan kau bersedih dengan apa yang kau tinggalkan, dan gembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kalian. 

     Jadi,  orang yang istiqamah  ia akan  meraih husnul khatimah. Bila kita melihat orang mati tersenyum boleh jadi malaikat datang kepadanya memberikan khabar gembira kepadanya. Dan itulah cita-cita setiap orang yang soleh ,dapat mati husnul khatimah. Semoga Allah  kurniakan kita husnul khatimah.


Di dunia

      Di dunia bagaimana kehidupan bagi orang yang  istiqamah? Kata Allah swt ,

     Khauf ( takut)  itu ialah kekhuatiran tentang apa yang akan datang.   Jadi mereka yang istiqamah ini menjalani kehidupan  ini dengan penuh kebahagiaan, tidak seperti orang yang jauh dari Allah , yang tidak istiqamah,  yang penuh dengan dosa, maka mereka gelisah dalam kehidupan ini . Walau tatkala mereka memiliki harta yang banyak, tetap juga gelisah.

      Ada orang yang hartanya tidak banyak  ,   cukup-cukup saja  tapi mereka sering tersenyum, tidak terlalu khuatir,   tidak terlalu bersedih dengan apa yang ia tinggalkan . Tapi ada orang sebalik- nya memiliki harta yang banyak tapi khuatir, khuatir bisnesnya hancur , khuatir dengan saingan- nya, banyak khuatir yang ia rasakan.  Padahal harta di tangan- nya. Kemudian,  banyak kejadian masa lampau yang ia sering fikirkan. 



Ciri-ciri orang istiqamah

     Itu bukan ciri-ciri orang yang istiqamah. Orang istiqamah yang selalu di atas jalan Allah , Allah hilangkan itu semuanya. Kata Allah,

      Tidak ada kekhuatiran , kegelisahan yang berlebihan dalam kehidupan mereka, dan tidak ada kesedihan   dalam hidup mereka.  Orang yang mencapai darjat istiqamah ia akan bahagia. 

    Ini ganjaran yang luarbiasa bagi orang yang istiqamah, dijanjikan  syurga di akhirat, tatkala sakaratul maut pun bergembira, dan dalam kehidupan dunia juga bahagia. 


Perkara yang berat

      Namun ini adalah satu perkara yang berat. Oleh itu nabi s.a.w menyebut,  antara orang yang mendapat naungan Allah ketika matahari 1 batu di atas kepala ialah,

   “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.   (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah  dan seterusnya.....

[HR: Bukhari:72]

    Pemuda yang tumbuh dalam mentaati Allah swt iaitu ia istiqamah hingga akhir hayatnya. 

         Kita yang masih muda ini, mampukah kita istiqamah dalam fitnah yang luar biasa kini, gejolak syahwat yang luar biasa,  tarikan  dunia yang luar biasa ini? Inilah ujian hidup di dunia. Barangsiapa yang istiqamah, yakinlah di dunia lebih-lebih lagi di akhirat ia bahagia. 


Cara istiqamah.

   Bagaimana cara untuk istiqamah?
Antaranya ialah:

1.  Berdoa kepada Allah swt.
      Ini senjata bagi seorang mukmin yang pertama. Ada orang menjadikan  doa itu senjata terakhir.  Itu salah.  Maka jadikan  doa sebagai senjata utama dan pertama dalam kehidupan sehari-hari. Dan antara doa yang paling agung memohon istiqamah ialah,

       Setelah kita bertawasul dengan ibadah kita sendiri,  bahawa hanya kepada Engkau aku menyembah, bukan kepada selain Mu, hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan,  bukan kepada selain Mu, maka baru lah kita meminta , tunjukkan kami jalan yang lurus. 

       Adakah bila kita minta jalan yang lurus bermakna kita masih belum lurus?  Tidak,  kemungkinan kita masih belum lurus atau kalau kita sudah  lurus, kita minta dibuka banyak jalan  lurus yang lain. Masih banyak kebaikan yang kita jahil, belum mengerti. . Maka kita minta jalan yang lurus. 'Ya Allah tunjukkan kami jalan  kebaikan  yang lain yang kami belum tahu.'

        Dan tegarkanlah kami di jalan  lurus yang kami tempuh. Alhamdulilah kita solat waktu , di masjid, ikut pengajian, ya Allah tegarkanlah   aku di jalan tersebut. Ini antara  makna bagi ayat,


Perkara yang berat

        Istiqamah itu bukan  perkara yang ringan, ia berat .  Handphone saja boleh membuat kita rosak. Hidayah , kesesatan ada dalam handphone. Google boleh menunjukkan kebaikan, kadang juga menunjukkan kesesatan. Kalau dulu, orang jika mahu selamat, ia masuk ke rumahnya dan menutup pintu. Dia takkan  terkena fitnah. Sekarang orang masuk ke dalam rumah, tutup pintu malah terkena fitnah.    Fitnah di mana-mana , orang membawanya di dalam poketnya. Yang kalau tertinggal, ia pulang mengambilnya semula. 

      Maka fitnah sekarang begitu luarbiasa, begitu keras menggoda. Betapa banyak orang yang hancur hidupnya gara-gara handphonenya. . 

    Oleh itu bila kita berdoa ,

maka hadirkan dalam hati,    'Ya Allah, aku sangat memerlukan bimbingan Mu ya Allah, kepada jalan yang lurus. Ingatkan  aku jika aku bersalah , bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan yang belum aku ketahui.'
  
    Ini doa yang paling agung yang kita baca di dalam solat kita. 


Doa paling banyak

      Kemudian,  antara doa yang paling banyak nabi s.a.w  baca dalam sujud beliau iaitu,

       Padahal nabi s.a.w sudah jelas masuk syurga, orang paling bertaqwa, tapi nabi tahu hatinya di tangan Allah swt.  Sabdanya, 
     
   "Ya,  sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.”
 [Riwayat al-Tirmizi (2140)]
[Hadith ini adalah hasan ]

       Jika nabi pun berdoa begitu,  yang imannya jauh daripada iman  kita  , apalagi kita yang imannya biasa saja. Maka hendaklah kita berdoa dengan serius dengan  doa ini.

     Antara doa yang harus kita perhatikan lagi ialah doa dalam zikir pagi-petang.  Dalam zikir tersebut banyak doa-doa untuk  menghindarkan godaan syaitan. Contohnya,

        Ini kita minta di pagi hari kerana berita-berita yang kita dengar, aurat-aurat  yang kita lihat, banyak hal-hal  haram yang kita lihat, maka  kita mohon kepada Allah agar benar-benar  Allah bimbing kita. Ini semua agar kita dapat istiqamah


2.  Memilih teman yang benar.
       Cari komuniti, seseorang jangan sendirian. Tatkala sendirian mudah digoda oleh syaitan. Cari teman-teman yang soleh,  bergaul dengan teman-teman yang soleh. Rasulullah s a.w perintahkan demikian. Sabda nabi s.a.w,

 “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.”

(Riwayat al-Bukhari, 5534)

     Kalau ada teman yang soleh pegang ia erat-erat, ikut dia. Kerana sabda nabi  s.a.w,

   “Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulan nya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan.”

(Hasan Sahih Riwayat Abu Daud, 4833)

      Sahabat untuk  tempat kita mencurahkan perasaan, tempat kita diskusi, tempat kita berbual,  jangan sembarang orang,  kerana nabi yang suruh . Kerana agama seseorang terpengaruh dari temannya. Kalau kita bersahabat dengan seseorang, antara dua, kita terpengaruh atau dia yang terpengaruh. Dia ikut kita atau kita ikut dia. Kerana pasti ada sinkronisasi . Kalau tidak ada sinkronisasi persahabatan tersebut pasti terlerai. Jadi, jangan salah pilih teman,  cari teman yang kita boleh  ajak dia kepada kebaikan atau dia mengajak kita kepada kebaikan. 

    Ada pun jika bersahabat yang tiada menafaatnya, selalu mengarah kita kepada keburukan, maka tinggalkan teman tersebut. Kerana keselamatan agama kita lebih penting. 

     Maka cari teman yang baik, yang boleh mengingatkan kita ketika kita salah , tidak malu menegur kita tatkala kita salah. Itu teman yang luar biasa. Banyak teman bila kita buat salah ia tak menegur. Kalau sahabat yang baik,  nampak kita salah ia tegur dengan cara yang baik. Itu namanya sahabat.  Cari teman seperti itu dalam komun9iti yang baik kerana ini membantu kita istiqamah. Kalau salah pergaulan maka akan sangat mudah menyimpang dari jalan Allah swt.



3.  Sering istighfar.
      Bukan maksud  istiqamah kita tidak pernah salah. Itu mustahil. Tapi istiqamah itu kita berusaha di jalan yang lurus, sesekali kita melencong maka harus segera kembali. Dan kita pasti ada melencong, tak  mungkin tidak. 


    Oleh sebab itu nabi s.a.w  bersabda lagi ,

  “Sesungguhnya agama itu mudah. Dan selamanya agama tidak akan memberatkan seseorang melainkan memudahkannya. Karena itu, luruskanlah, dekatilah, dan berilah khabar gembira! Minta tolonglah kalian di waktu pagi-pagi sekali, siang hari di kala waktu istirahat dan di awal malam,” (HR. al-Bukhari [39] dan Muslim [2816]).  
  
    Nabi berkata, tepatlah kalian jika tidak maka  mendekatlah kepada ketepatan dan bergembiralah dengan syurga. Yang dituntut  ialah tepat tetapi tidak semua orang boleh mencapainya. Maka dekatilah kepada kebenaran. 

Sabda nabi s.a.w,
  "Istiqamahlah kalian, kalian tidak akan mampu (sempurna), tetapi berusahalah mendekati (kesempurnaan) dan bergembira lah."
(Hadis hasan menurut al-Albani)


        Ada orang mampu datang solat sebelum masuk waktu , ada orang tidak. Tidak mengapa , yang penting berusaha kepada kebaikan. Yang tepat dapat khabar gembira, yang mendekati juga dapat khabar gembira dari nabi s.a.w. Tatkaka kita sudah berusaha tetapi ada penyimpangan,  maka tatkala menyimpang segera kembali ke asal. Kerana tak mungkin orang mampu lurus sentiasa, siapa pun dia.  Dia pasti ada melencong. Adakalanya ia khusyu',  dan seringnya tidak khusyu'.

    Oleh itu Allah swt berfirman,

         Istiqamahlah dan beristighfar lah. Kerana Allah tahu setiap manusia ada kekurangan. Maka kekurangannya di tambal dengan istighfar. Demikian juga nabi s.a.w mewasiatkan kepada Mu'az bin Jabal,

    "Bertaqwalah kepada Allah di manapun kau berada, dan hendaknya setelah melakukan kejelekan engkau melakukan kebaikan di mana itu dapat menghapuskannya. Serta bergaullah dengan orang lain dengan akhlak yang baik".
(HR. Ahmad 21354, Tirmidzi 1987, ia berkata: ‘hadits ini hasan sahih)
     
   Jadi tatkala istiqamah pasti ada membuat kesalahan. Bila melakukan kesalahan dua perkara dilakukan, 
   Pertama istighfar, 
   kedua,  lakukan kebaikan,
agar kebaikan itu dapat menghapus keburukan  yang ia lakukan.

     Ibnu Taimiyah r.h menyamakan  kebaikan seperti air bersih dan dosa seperti najis. Maka jika ada najis , air bersih yang banyak dapat membersihkannya.  Seperti orang Badwi yang kencing di masjid nabi,  lalu nabi suruh siram dengan  air maka hapuslah najis tersebut.

      Maka jika kita bermaksiat ;  melihat perkara yang haram, mendengar perkara yang haram, maka hati kita seperti kena najis. Bagaimana najis di hati boleh hilang?  Iaitu dengan istighfar dan 
perbanyakkan amal soleh. Kalau makin banyak buat amal soleh, maka air bersih kita makin banyak. Kalau air makin banyak , ada najis sedikit-sedikit  tak diambil kira oleh Allah swt.  Dosa-dosa kecil yang kita lakukan  dileburkan dalam kebaikan kita yang banyak. Maka perbanyakkan  amal soleh dalam kehidupan. 

      Orang yang istiqamah bukan  semestinya tidak berbuat salah. Ulama mengatakan  tanda kebahagiaan  ada tiga:
1.  Bila diberi kurniaan oleh Allah ia bersyukur.
2.  Kalau diuji oleh Allah ia ber- sabar.
2.  Kalau ia berdosa segera ia beristighfar. 

    Selama kita dalam lingkungan   3 perkara ini, kitalah orang yang istiqamah. Kitalah orang yang bahagia.



4.  Biasakan melakukan perkara sunah.
        Yang wajib jangan ditinggalkan kerana itu sudah kemestian. Kalau  rasa malas, mungkin yang sunah kita tinggalkan  tapi yang wajib jangan ditinggalkan. Kalau yang wajib kita tinggalkan  maka agama kita akan  segera hancur. Jadi untuk menjaga yang wajib, bentengi ia dengan yang sunah-sunah. Syaitan semakin sulit untuk menggoda kerana sebelum ia menggoda yang wajib ,  yang sunah sudah menghalangi. 

     Seperti bila seseorang puasa bulan  Ramadhan. Selepas puasa Ramadhan  ia iringi dengan puasa sunah seperti puasa Isnin-Khamis atau 3 hari dalam sebulan, terserah kepadanya  mana yang ia suka.  Kalau ia semangat lagi ia boleh puasa Daud sehari puasa sehari  berbuka. 

        Ini menjaga kita supaya istiqamah . Kita menjaga yang wajib dengan perkara sunah. Syaitan  semakin sulit menggoda kerana kita bentengi agama kita dengan perkara-perkara yang sunah. 

    Solat pun demikian jangan buat yang lima waktu sahaja, solat qabliah dan ba'diah lakukan. Ini benteng bagi solat kita. Kalau mampu lagi, solat witir, kalau mampu lagi, solat malam , solat dhuha. Itu jalan istiqamah.

    Kemudian bila ada waktu, baca quran setiap hari. Bagaimana solat istiqamah, tapi jika  hari-hari yang berlalu tiada quran yang ia baca. Kita jangan  hanya berteori. Kalau mahu istiqamah lakukan sunah-sunah nabi s.a.w.   Baca quran setiap hari. Kalau tak mampu 1 juz, 1/2 juz. Kalau tidak, cukup 1 halaman . Yang penting ada quran yang kita baca. Kerana itu yang mengisi hati kita dengan sentuhan-sentuhan rohani , menguatkan hati kita.



5.  Menjaga lisan.
       Kita takkan dapat istiqamah tanpa menjaga lisan kita. Sabda nabi s.a.w,

  “Tiada lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya” (HR. Ahmad). 

      Ini dalil yang jelas bahawa istiqamah berkait rapat dengan lisan. Di zaman sekarang ini yang menunjukkan selain lisan ialah tulisan.  Kerana kita berada di zaman media sosial.  Maka hati-hati dalam berbicara baik dengan  lisan mahupun dengan tulisan. Hati-hati berkomentar dalam media sosial. Jangan sebarang berkomentar , jangan   sebaràng menganalisa , jangan sebarang mencaci , jangan sebarang mencerca. Kerana itu akan mempengaruhi isitiqamah kita. 

    Kalau ada teman kata-katanya kotor, tinggalkan orang tersebut. Betapa banyak orang terpancing dalam komentar. Tatkala berkomentar, berdebat, mancaci maki dalam facebook.  Itu tak perlu Kita tidak tahu siapa lawan kita itu. Entahkan orang yang buruk akhlaknya?

     Barangsiapa tidak menahan lisannya, menahan  dirinya, kadang hal-hal yang sebenar tidak pasti, sedangkan kita sudah membuat ulasan-ulasan. Kalau itu bukan kerja kita, bukan tanggungjawab kita lebih baik diam . Kerana itu akan mempengaruhi istiqamàh kita dan agama kita.

    Sia-sia orang yang rajin solat tapi membuat kenyataan yang salah, mencaci maki orang lain  menyebar kesesatan, hingga tersebar ke satu negara bahkan  satu dunia. Maka seseorang lebih baik banyak diam dan sibukkan dengan perkara-perkara perbadi yang bermenafaat.

      Bila tiba zaman fitnah, nabi berpesan,

“Lazimilah rumahmu, jaga lisanmu, Yang kau tahu itu baik maka lakukan dan yang kau ingkari tinggalkan, dan hendaknya kau sibukkan dengan privasimu, dan tinggalkan lah urusan kebanyakan masyarakat”

      Sibukkan dengan mengurus anak, isteri, itulah kebahagiaan. Sebahagian orang terlalu sibuk dengan  urusan orang lain, tiada waktu untuk anak isterinya. Maka hati-hati, tidak sampai istiqamah seseorang sampai istiqamah lisannya dalam kebaikan. Jangan rasa sudah cukup dengan iman dan amal kita yang ada. Harus berhati-hati dengan perkara yang merosakkannya. 

      
Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
14/4/25]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...